Pengakap SMK Sri Tanjung - Kumpulan 41

  • Home
  • Pengakap SMK Sri Tanjung - Kumpulan 41

Pengakap SMK Sri Tanjung - Kumpulan 41 Persekutuan Pengakap Malaysia SMK Sri Tanjung, Benut, Pontian, Johor

Perhimpunan Rasmi Kokurikulum M13Unit Bertugas : PengakapTempat : Dewan Tertutup Baharu📍Tentatif:7.30 pg- Pengumuman mas...
13/04/2026

Perhimpunan Rasmi Kokurikulum M13

Unit Bertugas : Pengakap
Tempat : Dewan Tertutup Baharu

📍Tentatif:
7.30 pg- Pengumuman masuk barisan pentadbir
- Nyanyian lagu
- Bacaan Ikrar
- Bacaan doa
- Ucapan alu-aluan
- Laporan guru bertugas M12
- Ucapan pengetua
- Pengumuman guru bertugas
- Penyerahan buku laporan mingguan harian guru M12kepada guru M13
8.00pg - Bersurai

Program Khatam al-Quran dan Bubur Lambuk Peringkat Daerah Pontian Tahun 2026 14 Mac 2026SMK Dato’ Penggawa BaratSeramai ...
15/03/2026

Program Khatam al-Quran dan Bubur Lambuk Peringkat Daerah Pontian Tahun 2026
14 Mac 2026
SMK Dato’ Penggawa Barat

Seramai 8 orang ahli Pengakap SMK Sri Tanjung telah menyertai Program Khatam al-Quran dan Bubur Lambuk Peringkat Daerah Pontian Tahun 2026 yang berlangsung di SMK Dato’ Penggawa Barat.

Program ini diadakan bagi menyemarakkan penghayatan Ramadan serta memupuk semangat kebersamaan dalam kalangan pelajar melalui aktiviti keagamaan dan khidmat masyarakat.

Objektif Program:
• Menanam sikap mencintai dan memuliakan al-Quran dalam kalangan pelajar.
• Menggalakkan pelajar membaca serta berusaha mengkhatamkan al-Quran.
• Memupuk semangat kerjasama dan ukhuwah melalui aktiviti gotong-royong penyediaan bubur lambuk.
• Menghidupkan pengisian program kerohanian sepanjang bulan Ramadan.

Semoga program sebegini dapat terus menyemai nilai-nilai murni serta memperkukuhkan sahsiah diri pelajar selaras dengan semangat Ramadan yang penuh keberkatan.




Packing your Backpack 🎒
06/03/2026

Packing your Backpack 🎒

Kursus Ketua Patrol Peringkat Daerah Pontian 28 Februari 2026SMK Sri Tanjung Seramai 11 orang ahli Pengakap SEMESTA tela...
28/02/2026

Kursus Ketua Patrol Peringkat Daerah Pontian
28 Februari 2026
SMK Sri Tanjung

Seramai 11 orang ahli Pengakap SEMESTA telah terlibat dalam Kursus Ketua Patrol Peringkat Daerah Pontian yang berlangsung dengan jayanya di SMK Sri Tanjung.

Program ini telah menghimpunkan seramai 52 orang peserta yang terdiri daripada pelajar daripada 10 buah sekolah di seluruh daerah Pontian.

Diharapkan agar kursus ini dapat melahirkan Ketua Patrol yang berwibawa, berdisiplin serta mampu memimpin pasukan dengan cemerlang selaras dengan prinsip dan semangat kepengakapan.

Semoga Kursus Ketua Patrol ini memberikan manfaat yang besar kepada semua peserta serta menjadi platform untuk membentuk kepimpinan yang unggul dalam kalangan ahli Pengakap.

23/02/2026
Perhimpunan Kokurikulum Pertama 202619/1/2026
19/01/2026

Perhimpunan Kokurikulum Pertama 2026
19/1/2026

TAHNIAH PENGAKAP KUMPULAN KE-41Seramai 19 orang ahli Pengakap SEMESTA telah menerima Anugerah Rambu Pengakap Muda dan Re...
06/11/2025

TAHNIAH PENGAKAP KUMPULAN KE-41

Seramai 19 orang ahli Pengakap SEMESTA telah menerima Anugerah Rambu Pengakap Muda dan Remaja.

Majlis penyampaian anugerah ini telah diadakan di Kukup Golf Resort pada 5 November 2025.

Pihak sekolah merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada semua penerima atas kejayaan serta komitmen yang ditunjukkan dalam aktiviti kepengakapan. Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi kepada rakan-rakan lain untuk terus cemerlang dalam bidang kokurikulum.

Jamboree On The Air (JOTA) 2025SK Felda Inas, Kulai18 Oktober 2025 (Sabtu)Seramai 8 orang ahli Pengakap SEMESTA bersama ...
18/10/2025

Jamboree On The Air (JOTA) 2025
SK Felda Inas, Kulai
18 Oktober 2025 (Sabtu)

Seramai 8 orang ahli Pengakap SEMESTA bersama 2 orang guru pengiring telah menyertai Program JOTA 2025 yang dijalankan di SK Felda Inas.

Program ini memberi peluang kepada ahli Pengakap untuk berkomunikasi menggunakan radio amatur bersama rakan-rakan pengakap dari seluruh dunia. Melalui sistem stesen yang disediakan, para peserta berpeluang mempelajari pelbagai kemahiran komunikasi global.

Antara aktiviti menarik yang dijalankan ialah:
🔹 Stesen 1: Radio HF (HF QSO)
🔹 Stesen 2: Radio VHF (VHF QSO)
🔹 Stesen 3: International Phonetic Alphabet
🔹 Stesen 4: Slow Scan TV Images
🔹 Stesen 5: Kod Morse
🔹 Stesen 6: Pameran Radio Amatur
🔹 Stesen 7: World Time Zone
🔹 Stesen 8: Semaphore Alphabet
🔹 Stesen 9: Q Code
🔹 Stesen 10: Amateur Radio World Map & DXCC Country List

✨ Tahniah kepada semua peserta atas penglibatan aktif dan semangat kerjasama yang ditunjukkan sepanjang program berlangsung. Semoga pengalaman ini menambah ilmu dan minat dalam dunia komunikasi global!



Pengakap SEMESTA telah berjaya meraih tempat ke-3 dalam Pertandingan Pionering Tiang Bendera sempena Perhimpunan Agung P...
17/09/2025

Pengakap SEMESTA telah berjaya meraih tempat ke-3 dalam Pertandingan Pionering Tiang Bendera sempena Perhimpunan Agung Pengakap Johor 2025 yang berlangsung di Tanjung Leman, Mersing.

Turut dibanggakan, Kontinjen Daerah Pontian telah dinobatkan sebagai Juara Keseluruhan dalam perhimpunan tersebut.

Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua ahli kontinjen atas kejayaan yang membanggakan ini.

Pihak sekolah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan tahniah kepadaNUR AQEELAH FARHANA BINTI MOHD FAHRUL AMRI...
20/08/2025

Pihak sekolah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan tahniah kepada
NUR AQEELAH FARHANA BINTI MOHD FAHRUL AMRI

atas penyertaan dalam Kem Generasi Madani Pemimpin Murid Asrama Sekolah Harian Peringkat Kebangsaan Tahun 2025 yang berlangsung pada 7 hingga 10 Julai 2025 di Terengganu.

Semoga pengalaman berharga ini menjadi pemangkin untuk terus melahirkan pemimpin pelajar yang berwibawa, berilmu serta mampu membawa nama sekolah ke peringkat lebih gemilang.

Address

SMK Sri Tanjung

82200

Telephone

+6076902054

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pengakap SMK Sri Tanjung - Kumpulan 41 posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

  • Want your school to be the top-listed School/college?

Share