SMA Al Falah Parit Tok Ngah,Perak

SMA Al Falah Parit Tok Ngah,Perak Laman Rasmi SMA Al Falah Parit Tok Ngah Tanjong Piandang Perak.Medium maklumat terkini dan berinformasi dari pentadbiran untuk guru kakitangan dan waris

Sekolah Menengah Agama Al Falah telah ditubuhkan pada tahun 1942. Sekolah ini merupakan sebuah sekolah menengah agama yang terkenal di utara Negeri Perak.Terletak di kawasan seluas 2.5 ekar yang diwakafkan oleh Duli Yang Maha Mulia Permaisuri Teh, Permaisuri Duli Yang Maha Mulia Sultan Iskandar. Sekolah ini berjaya mengeluarkan ribuan pelajar cemerlang yang telah melanjutkan pelajaran ke IPTA, Pus

at Pengajian Tinggi Islam di luar negara, menjawat jawatan dalam kerajaan dan swasta. Sekolah ini telah beroperasi selama lebih 50 tahun sebagai sekolah agama rakyat dan mengharungi pahit manis sejarahnya, kini pada tanggal 17 Mei 2005 sekolah ini telah diperakui sebagai sebuah Sekolah Menengah Agama Bantuan Kerajaan. Ini bermakna hampir keseluruhan pembiayaan pengurusan dan pembangunan sekolah akan dibiayai oleh kerajaan. Sekolah ini akan berwajah baru dan dijangka akan mendapat sokongan dan kepercayaan umat islam seluruhnya. InsyaAllah.

๐Ÿš€ RASMI DILANCARKAN | Pelantar Pembelajaran DELIMa 3.0๐ŸŒŸ Terokai pengalaman pembelajaran digital generasi baharu!DELIMa 3...
21/07/2026

๐Ÿš€ RASMI DILANCARKAN | Pelantar Pembelajaran DELIMa 3.0

๐ŸŒŸ Terokai pengalaman pembelajaran digital generasi baharu!

DELIMa 3.0 (Digital Education Learning Initiative Malaysia) merupakan pelantar pembelajaran digital rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia yang hadir dengan wajah baharu, pengalaman pengguna yang lebih lancar serta ekosistem pembelajaran yang diperkasakan dengan teknologi AI bagi menyokong pengajaran dan pembelajaran abad ke-21.

๐ŸŽฏ Mengapa DELIMa 3.0?
โœ… Antara muka yang lebih moden dan mesra pengguna
โœ… Akses pelbagai aplikasi pendidikan dalam satu platform
โœ… Pembelajaran yang lebih pintar dan diperibadikan
โœ… Menyokong inovasi PdP melalui teknologi AI

๐ŸŒ Layari sekarang:
https://d3.delima.edu.my

๐Ÿ” Log masuk menggunakan ID DELIMa anda dan terokai pelbagai ciri baharu yang disediakan.

Selamat menduduki Peperiksaan Percubaankepada semua calon SPM 2026 SMA Al FalahSemoga dikurniakan kesihatan , kelapangan...
13/07/2026

Selamat menduduki Peperiksaan Percubaan
kepada semua calon SPM 2026 SMA Al Falah

Semoga dikurniakan kesihatan , kelapangan hati dan ketenangan jiwa sepanjang peperiksaan.

Selamat maju jaya โœจ

Lakukan yang terbaik, yakin dengan usaha sendiri dan sentiasa berdoa. Semoga dipermudahkan urusan serta memperoleh keputusan yang cemerlang ๐Ÿคฒ๐Ÿป๐Ÿ’

KATAKAN TIDAK PADA ROKOK DAN V**E ๐Ÿ™…๐Ÿปโ€โ™‚๏ธ๐Ÿ™…๐Ÿปโ€โ™‚๏ธ๐ŸšญRokok dan v**e bukan lambang keberanian atau gaya hidup hebat, tetapi boleh...
05/07/2026

KATAKAN TIDAK PADA ROKOK DAN V**E ๐Ÿ™…๐Ÿปโ€โ™‚๏ธ๐Ÿ™…๐Ÿปโ€โ™‚๏ธ๐Ÿšญ

Rokok dan v**e bukan lambang keberanian atau gaya hidup hebat, tetapi boleh merosakkan kesihatan dan masa depan. Jangan mudah terpengaruh dengan ajakan rakan atau trend semasa kerana kesannya boleh menjejaskan diri sendiri dan orang lain.

Semoga dapat memupuk warga sekolah yang sentiasa mengamalkan gaya hidup sihat, berdisiplin dan bebas dari rokok dan v**e.

๐ŸŽฏ KEMPEN KESEDARAN DARVIH ๐ŸšซJAUHI DIRI DARIPADA BAHAYA!๐Ÿ”ด Apa itu DARVIH?DARVIH ialah singkatan kepada:๐Ÿšซ D โ€“ Dadah๐Ÿšซ A โ€“ Al...
05/07/2026

๐ŸŽฏ KEMPEN KESEDARAN DARVIH ๐Ÿšซ

JAUHI DIRI DARIPADA BAHAYA!

๐Ÿ”ด Apa itu DARVIH?
DARVIH ialah singkatan kepada:

๐Ÿšซ D โ€“ Dadah
๐Ÿšซ A โ€“ Alkohol
๐Ÿšซ R โ€“ Rokok
๐Ÿšซ V โ€“ V**e
๐Ÿšซ I โ€“ Inhalan
๐Ÿšซ H โ€“ HIV/AIDS

โš ๏ธ KENAPA PERLU JAUHI?
โŒ Merosakkan kesihatan fizikal & mental
โŒ Menyebabkan ketagihan
โŒ Menghancurkan masa depan
โŒ Meningkatkan risiko penyakit berbahaya

๐Ÿ’ก PILIHAN ANDA!
โœ”๏ธ Hidup sihat
โœ”๏ธ Fokus pelajaran
โœ”๏ธ Jauhi pengaruh negatif
โœ”๏ธ Sayangi diri & keluarga

๐Ÿ”ฅ KATAKAN TIDAK KEPADA DARVIH!
๐Ÿ’ช ANDA BIJAK, ANDA KUAT, ANDA BOLEH!

Majlis Pelancaran Minggu Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) 2026 telah dilaksanakan bagi meningkatkan kesedaran tentang ...
05/07/2026

Majlis Pelancaran Minggu Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) 2026 telah dilaksanakan bagi meningkatkan kesedaran tentang bahaya dadah, alkohol, rokok, v**e, inhalan dan HIV (DARVIH) kepada pelajar sekolah.

Pelancaran ini dianjurkan oleh Unit Hal Ehwal Murid (HEM) dengan kerjasama Unit PPDa sekolah sebagai usaha melahirkan pelajar yang mengamalkan gaya hidup sihat, berdisiplin dan bebas DARVIH.

Antara pengisian program:
โœ… Ucapan dan Perasmian Program PPDa
โœ… Bacaan Ikrar Antidadah
โœ… Penyampaian Mesej PPDa 5 Minit

Semoga program ini dapat memupuk kesedaran dan komitmen warga sekolah untuk bersama-sama menjayakan aspirasi:

โœจ "AL-FALAH BEBAS DARVIHโœจ

Assalamualaikum & Salam SejahteraBaucar buku kembali lagi โœจMelibatkan murid dari kelas peralihan hingga tingkatan 6 dan ...
03/07/2026

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Baucar buku kembali lagi โœจ

Melibatkan murid dari kelas peralihan hingga tingkatan 6 dan pelajar kolej vokasional.. penebusan buku sepenuhnya bermula 1/7/26 sehingga 31/10/26.

#๐˜ฎ๐˜ฆ๐˜ฎ๐˜ฃ๐˜ข๐˜ค๐˜ข๐˜ฎ๐˜ฆ๐˜ฎ๐˜ฃ๐˜ช๐˜ฏ๐˜ข๐˜ฌ๐˜ฆ๐˜ต๐˜ข๐˜ฎ๐˜ข๐˜ฅ๐˜ถ๐˜ฏ๐˜ข๐˜ฏ๐˜ฃ๐˜ข๐˜ฏ๐˜จ๐˜ด๐˜ข

01/07/2026

Majlis Persaraan Pn Hjh Norhasimah Bt Omar

30/06/2026
๐ŸŒธ ๐ŸŒธ ๐ŸŒธโ€‹Budimu Setulus Kasih, Jasamu Takkan Tersisih โœจโ€‹Detik waktu yang berlalu pergi membawa bersama seribu kenangan. Sel...
30/06/2026

๐ŸŒธ ๐ŸŒธ ๐ŸŒธโ€‹Budimu Setulus Kasih, Jasamu Takkan Tersisih โœจ

โ€‹Detik waktu yang berlalu pergi membawa bersama seribu kenangan.
Selamat bersara diucapkan kepada Pn. Hjh. Norhasimah Bt. Omar. ๐Ÿ’

โ€‹Terima kasih kerana menjadi lilin yang membakar diri demi menerangi masa depan anak bangsa. Kehilanganmu pasti akan dirasai, namun legasi jasamu akan terus kekal abadi.

โ€‹Setiap pertemuan pasti ada perpisahan. Hari ini, dengan penuh rasa hiba dan kesyukuran, kami ingin meraikan Majlis Persaraan buat guru yang amat kami sayangi, Pn. Hjh. Norhasimah Bt. Omar.
โ€‹Terima kasih Cikgu Norhasimah atas segala keringat, ilmu yang dicurahkan, dan kasih sayang yang tidak berbelah bahagi sepanjang berkhidmat di sini. Jasamu akan sentiasa terpahat di dalam hati kami. โœจ

Assalamualaikum. Untuk makluman semua ibubapa, pada hari sabtu ni 27/6/2026 akan diadakan gotong - royong seperti maklum...
26/06/2026

Assalamualaikum.

Untuk makluman semua ibubapa, pada hari sabtu ni 27/6/2026 akan diadakan gotong - royong seperti maklumat dalam poster di atas.

Kehadiran pelajar adalah wajib dan dikira sebagi perjumpaan Unit Beruniform dan Kelab Persatuan.

Ibu bapa dijemput hadir untuk bersama-sama menceriakan kawasan sekolah.

Terima kasih.

Address

Parit Tok Ngah
Tanjung Piandang
34250

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SMA Al Falah Parit Tok Ngah,Perak posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to SMA Al Falah Parit Tok Ngah,Perak:

Shortcuts

Share

Category