27/01/2026
MERENTAS DESA SMK Raja Lope | 16 Januari 2026
Alhamdulillah, program Merentas Desa Peringkat Sekolah SMK Raja Lope telah berjaya dilaksanakan pada 16 Januari dengan penyertaan dan kerjasama yang sangat memberangsangkan daripada warga sekolah.
Program ini bukan sahaja bertujuan menggalakkan gaya hidup sihat dan aktif, malah dapat memupuk semangat kesukanan, daya tahan fizikal, disiplin serta kerjasama dalam kalangan murid. Aktiviti seperti ini juga menjadi medium penting untuk membentuk sahsiah dan jati diri pelajar secara holistik.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada pihak pentadbir, guru-guru, jawatankuasa pelaksana, para petugas serta semua murid yang telah memberi komitmen penuh bagi memastikan kelancaran program ini.
Semoga segala usaha dan pengorbanan ini diberkati Allah SWT, dan diharapkan program seumpama ini dapat diteruskan pada masa akan datang demi melahirkan generasi yang sihat tubuh badan, cergas minda dan seimbang rohani.