16/05/2026
📚SELAMAT HARI GURU📚
Assalamualaikum w.b.t. dan salam sejahtera.
“Guru bukan sekadar pendidik, tetapi insan yang membentuk masa depan dengan ilmu, sabar dan kasih sayang.”
Kelab Debat Bahasa Melayu UPSI mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua guru atas segala jasa, pengorbanan dan dedikasi dalam mendidik anak bangsa. Semoga semua guru sentiasa diberikan kesihatan yang baik, kebahagiaan dan keberkatan dalam setiap langkah mendidik generasi pewaris negara.
“Guru Pemacu Reformasi Pendidikan”
24/04/2026
[SEMOGA MAJU JAYA KEPADA PESERTA DEBAT TERBUKA ASTAR (DTA) EDISI KE-27]
Assalamualaikum dan salam sejahtera, barisan kepimpinan KDBM ingin mengucapkan selamat maju jaya kepada peserta yang akan menyertai Debat Terbuka ASTAR (DTA) Edisi Ke-27.
Wakil-wakil adalah seperti berikut:
1. Irfan Bin Kamaruddin
2. Adam Alexander Dzulkarnain bin Abdullah
3. Muhammad Naqiuddin Bin Samsudin
Tarikh: 25 April 2026 hingga 26 April 2026
Tempat: Universiti Malaya
Semoga segala usaha dipermudahkan dan kejayaan milik anda dalam mengharumkan nama universiti di persada yang lebih tinggi.
11/04/2026
[TAHNIAH DAN SELAMAT MAJU JAYA]
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Barisan Kepimpinan Kelab Debat Bahasa Melayu (KDBM) mengucapkan tahniah kepada saudara Md Raysul Islam Siyam atas kejayaan melangkah ke peringkat akhir Pertandingan Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu (PABM) di Universiti Kuala Lumpur sebagai wakil Malaysia.
Selamat maju jaya di peringkat akhir. Semoga terus cemerlang dan mengharumkan nama UPSI.
11/04/2026
[SEMOGA MAJU JAYA KEPADA PESERTA PEMILIHAN WAKIL MALAYSIA KE PERTANDINGAN PIDATO ANTARABANGSA BAHASA MELAYU (PABM) 2026]
Assalamualaikum dan salam sejahtera, selamat maju jaya diucapkan kepada peserta yang akan menyertai Pemilihan Wakil Malaysia ke Pertandingan Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu (PABM) 2026.
Tarikh: 11 April 2026 hingga 12 April 2026
Tempat: Universiti Kuala Lumpur
Semoga segala usaha dipermudahkan dan kejayaan milik anda dalam mengharumkan nama UPSI di persada yang lebih tinggi.
21/03/2026
✨SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI🌙
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,
Kami merakamkan setinggi-tinggi ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua warga Universiti Pendidikan Sultan Idris yang meraikannya.
Semoga Syawal yang mulia ini membawa keberkatan, kegembiraan serta mengeratkan hubungan silaturahim sesama kita. Semoga segala amalan diterima dan diredhai.
Maaf Zahir dan Batin✨
19/02/2026
✈️ SELAMAT MENJALANI CUTI SEMESTER🌤️
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Kelab Debat Bahasa Melayu UPSI mengucapkan selamat bercuti kepada seluruh pelajar Ijazah Sarjana Muda UPSI.
Rehatkan diri, tenangkan fikiran.
Isi masa dengan perkara yang bermanfaat dan kumpul semula tenaga.
Semoga kembali nanti dengan semangat yang lebih segar dan langkah yang lebih yakin.
16/02/2025
[SELAMAT MENJALANI CUTI SEMESTER 1 SESI 2024/2025]
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Kelab Debat Bahasa Melayu Upsi ingin mengucapkan selamat menjalani cuti semester kepada seluruh warga Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Semoga tempoh rehat ini memberikan peluang untuk merehatkan minda, mengisi semula tenaga dan meluangkan masa dengan aktiviti yang mendatangkan faedah kepada semua. Jangan lupa untuk menikmati masa bersama keluarga dan rakan-rakan. Semoga kita berjumpa lagi pada semester yang akan datang.
Selamat bercuti!
Ikhlas Daripada,
Kelab Debat Bahasa Melayu Upsi
Sidang 2024/2025
29/01/2025
[SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU CINA 2025]
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Kelab Debat Bahasa Melayu Upsi ingin mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru Cina 2025 kepada seluruh warga Universiti Pendidikan Sultan Idris yang meraikannya.
Semoga tahun ini dilimpahi dengan kegembiraan dan kebahagiaan.
Gong Xi Fa Cai!
Ikhlas Daripada,
Kelab Debat Bahasa Melayu Upsi
Sidang 2024/2025
29/01/2025
[SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN AKHIR]
Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera.
Kelab Debat Bahasa Melayu (KDBM) ingin mengucapkan Selamat Menduduki Peperiksaan Akhir kepada semua mahasiswa/i ijazah sarjana muda semester 1 sesi 2024/2025.
Semoga mahasiswa dan mahasiswi diberikan ketenangan, kelancaran dan kelapangan dada untuk menjawab soalan-soalan peperiksaan dengan sebaik mungkin.
"Beranikan diri untuk bermimpi, semoga kejayaan mengejarmu"
Ikhlas daripada,
Kelab Debat Bahasa Melayu
Sidang 2024/2025
27/01/2025
[SELAMAT MEMPERINGATI PERISTIWA ISRAK DAN MIKRAJ]
27 Rejab 1446H | 27 Januari 2025
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Kelab Debat Bahasa Melayu (KDBM) Upsi ingin mengucapkan selamat memperingati peristiwa Israk dan Mikraj kepada semua mahasiswa dan mahasiswi UPSI yang beragama Islam.
“Maha Suci Allah yang telah menjalankan hamba-Nya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid Al-Haram (di Makkah) ke Masjid Al-Aqsa (di Baitul Maqdis), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.” (Surah Al Isra ayat 1).
Ikhlas daripada,
Kelab Debat Bahasa Melayu,
Sidang 2024/2025
20/01/2025
[ SELAMAT MENJALANI MINGGU ULANGKAJI]
Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera.
Kelab Debat Bahasa Melayu (KDBM) ingin mengucapkan Selamat Menjalani Minggu Ulangkaji kepada semua mahasiswa/i ijazah sarjana muda semester 1 sesi 2024/2025.
Semoga mahasiswa dan mahasiswi dapat menjalani minggu ulangkaji dengan tenang dan semoga berjaya.
"Perjalanan seribu batu bermula dengan langkah yang pertama"
Ikhlas daripada,
Kelab Debat Bahasa Melayu
Sidang 2024/2025