Diploma Pendidikan Awal Kanak-kanak UPSI

Diploma Pendidikan Awal Kanak-kanak UPSI

Share

Kami merupakan rakan promosi bagi pengambilan pelajar mengikuti program Diploma Pendidikan Awal Kanak- Kanak yang diuruskan oleh UPSI Holdings

30/03/2018

INFO PENTING UNTUK CALON ² PERLU KETAHUI UNTUK PILIHAN YANG TEPAT

21/02/2018
Photos from Diploma Pendidikan Awal Kanak-kanak UPSI's post 11/02/2018

UPSI menjadi pilihan ramai untuk melanjutkan pengajian dalam bidang berteraskan pendidikan.

Photos from Diploma Pendidikan Awal Kanak-kanak UPSI's post 10/02/2018

Potensi besar bidang pendidikan awal kanak²

22/01/2018

KENAPE CIKGU TADIKA HEBAT?
=======================

1. Bila pelajar menangis, pujuk dengan macam2 cara
2. Bila pelajar takmau bergerak, cikgu akan dukung walaupun badan mereka besar dari biasa
3. Kadang2 ada pelajar yang terbuang air kecil atau besar dalam seluar semasa sesi pembelajaran, muntah lepas makan atau sebagainya, cikgu jugalah yang tolong basuhkan
4. Anak kecil kadang2 tak fokus, kita cakap apa tak faham, tapi mereka sangat sabar melayani sehingga anak-anak ini boleh duduk buat kerja dalam kelas menjelang akhir tahun. kita dengan anak kita seorang dua pun dah rasa tak berapa nak sabar, tapi mereka urus hampir 20 orang ok je.
5. Datang tak tahu baca, tulis dan kira, hujung tahun semua pandai macam2.
6. Mengajar membaca perlu masa, nak ajar bunyi satu huruf pun jenuh, inikan p**a nak ajar mereka membaca buku. mak pak tolong sabar. jangan baru dua tiga bulan hantar anak sekolah dah test mereka suruh baca surat khabar. (ini betul2 berlaku). bila anak tak boleh membaca surat khabar dah kelam kabut tanya cikgu, kenapa anak saya tak boleh baca? adoi..
7. Latih anak kecil bers**an, ingat senang ke? kita suruh lari ke depan mereka lari ke belakang. 😂
8. Melatih mereka buat persembahan semasa majlis graduasi, latihannya berbulan2. berpeluh mencurah2 demi nak bagi mak pak bangga dengan anak mereka.
9. Kena sepak terajang masa awal persekolahan tu biasa. tapi cikgu balas dengan pelukan mesra. siap bagi hadiah gula2 😍
Mesej saya nak sampaikan, jika mahu anak berjaya, hormatilah guru mereka. ini pesanan orang bijak pandai.
Cikgu tadika bukan sebarang orang, mereka sangat istimewa, kesabaran dan pengorbanan belum tentu semua orang mampu.
Jangan juga pandang kecil kepada mereka kerana pahala mereka mungkin lebih banyak dari kita. mereka ajar anak kita dari zero kot. pahala mengalir tak pernah putus sampai bila2.
Terima kasih kepada penulis.... saya copy paste jer....

17/01/2018

Jawatan kosong "Fast intake" 2018
=================

PENDIDIK/PENGASUH @ PEMBANTU PENDIDIK/PENGASUH

Berminat dengan pendidikan awal kanak-kanak

• Menjaga, mengasuh juga mendidik kanak-kanak
• Penyayang dan perihatin terhadap kanak-kanak
• Bertanggungjawab, cergas@pantas, boleh bekerjasama dengan baik
• Kelayakan minimum SPM
• Warganegara Malaysia
• Bersedia mengikuti kursus@latihan
• Lokasi Johor Bahru, Penempatan disediakan.

Sesi temuduga sebelum 31 jan 2018
Hubungi Puan Idah 011-1751 5288

01/01/2018

Ada Daftar Anak Di Pusat Asuhan Atau Pra-Sekolah? Jangan Lupa Claim RM1,000

Tinggal berapa hari lagi nak masuk 2018. Eloklah mula buat perancangan bayaran cukai untuk tahun 2017.

Jika anda mempunyai anak berumur 6 tahun dan ke bawah, pelepasan cukai pra-sekolah sebanyak RM1,000 telah diperkenalkan untuk mengurangkan beban ibu bapa yang menghantar anak 6 tahun ke bawah ke taman asuhan dan pra-sekolah berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Kementerian Pendidikan.

Boleh rujuk Perenggan 44(6)(1)(r) Akta Cukai Pendapatan 1967 atau lihat saja perkara #10 di bawah bagi Pelepasan Cukai Individu yang menyatakan “Yuran penghantaran anak ke Pusat Asuhan Kanak-Kanak atau Pra-sekolah”:

Dekat Mana Nak Semak Senarai Taska / Pra-Sekolah Yang Berdaftar?

Ada beberapa cara untuk semak samada taska anak anda berdaftar atau pun tidak.
(Rujuk gambar).

3. Laman Web Kementerian Pendidikan Malaysia E-Prasekolah (Perlu Daftar Dulu Baru Boleh Semak)

Cari Taska / Pra-Sekolah Yang Berdaftar Sahaja
(Rujuk gambar).

Sangat penting bagi anda untuk mendaftarkan anak anda di taska yang berdaftar sahaja. Ini adalah bagi memastikan tahap keselamatan dan tahap pendidikan taska tersebut adalah lebih terjamin. Pra-sekolah pop**ar seperti Pusat Perkembangan Minda CIC & Tadika Brainy Bunch adalah berdaftar dengan Kementerian Pendidikan Malaysia.

Berikut adalah perincian lebih lanjut mengenai taska atau taman asuhan kanak-kanak.

Akta Taman Asuhan Kanak-Kanak 1984 [Akta 308]

Tujuan penggubalan adalah untuk mengadakan peruntukan bagi pendaftaran, pemeriksaan dan penguatkuasaan ke atas TASKA dan bagi perkara yang berkaitan dengannya demi menentukan kesejahteraan, keselamatan dan perkembangan menyeluruh kanak-kanak diutamakan.

Definasi Taman Asuhan Kanak-Kanak

Di bawah Seksyen 2, Akta 308 “taman asuhan kanak-kanak” ertinya mana-mana premis yang menerima masuk empat (4) orang atau lebih kanak-kanak di bawah umur empat (4) tahun dari lebih daripada satu isi rumah untuk dijaga dengan upah.

Definasi Taman Asuhan Kanak-Kanak Berdaftar

“Taman asuhan kanak-kanak berdaftar” ertinya suatu taman asuhan kanak-kanak yang didaftarkan di bawah seksyen 7.

Di bawah Seksyen 6 (1) tiada seorang pun boleh menjalankan atau mengambil bahagian dalam pengurusan suatu taman asuhan kanak-kanak yang tidak didaftarkan dibawah peruntukan–peruntukan Akta ini.

Di bawah Seksyen 6 (2) Akta 308 memperuntukkan bahawa mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) adalah melakukan suatu kesalahan

Kategori Taska
Seksyen 5 Akta 308 memperuntukkan 4 kategori TASKA seperti berikut :

TASKA Di Institusi
Menerima 10 orang atau lebih kanak-kanak dalam jagaan
Ditubuhkan atas inisiatif pihak swasta dan Badan Bukan Kerajaan (NGO)

TASKA Di Tempat Kerja
Menerima 10 orang kanak-kanak atau lebih dalam jagaan
Ditubuhkan atas inisiatif majikan untuk kebajikan pekerja

TASKA Komuniti
Menerima 10 orang kanak-kanak atau lebih dalam jagaan
Menerima bantuan daripada Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri
Ditubuhkan atas inisiatif komuniti untuk manfaat kepada keluarga yang berpendapatan rendah di bandar dan luar bandar

TASKA Di Rumah
Menerima 4 hingga 9 orang kanak-kanak dalam jagaan
Dijalankan di kediaman sendiri
Simpan Resit Dan Boleh Claim Dengan LHDN

Walaupun bayar yuran taska anak sampai RM10,000 setahun, tapi dapat RM1,000 saja pelepasan cukai. Daftar sahaja tak guna kalau tak simpan resit daripada taska tadi. Pastikan resit tersebut disimpan elok-elok selama tujuh tahun. Anak anda pun dah masuk sekolah menengah selepas tujuh tahun kelak.

Kredit :Majalah Labur

14/12/2017

JAWATAN KOSONG SEBAGAI PENSYARAH BIDANG AWAL KANAK-KANAK DI KOLEJ TEKNOLOGI TIMUR
============================= ======

Pada Graduan Bidang Pendidikan Awal Kanak-kanak yang berminat boleh berhubung terus dengan Pn Aniza 0173215007

01/12/2017

0-6 tahun
Golden Age?

Merujuk pada apa Golden Age ni?

Bukan Flash Cards
Bukan Hafazan Al Quran
Bukan Solat
Bukan Buku kanak-kanak
Bukan Educational Toys
Bukan Set Pembelajaran yang harga 4 angka
Bukan Nursery Rhymes

Rupanya silap banyak sangkaan saya

Tersentak saya bila dengar kupasan mengenai nasihat Luqman dalam al Quran

Nasihat pertama berbunyi:

" Wahai Anakku,,Janganlah engkau menyukutukan Allah,
Sesungguhnya mempersekutukan (Allah) itu adalah benar-benar kezaliman yang besar"

Rupanya asas pendidikan anak ketika kecil pada masa kritikal yang kita gelarkan sebagai Golden Age ialah pendidikan AQIDAH

eh..kenapa tak sebut solat dulu?Solat jatuh ke tangga agak bawah dalam nasihat Luqman

Rupanya anak yang dberi asas pendidikan AQIDAH ketika 0-6 tahun akan mudah untuk bersolat pada usia 7 tahun nanti



Bagaimana p**a dengan didikan kenal Al Quran dan ajar solat seawal kecil?

Bagus..! Dan sepatutnya diteruskan..
cuma jangan terlalu disibukkn dengan Flash Card atau Hafazan/solat hingga tertinggal aspek pendidikan Aqidah

Membaca Al Quran dan Hafazan hanya merupakan skill yang kita mahu anak kuasai

Tetapi benih keimanan bermula dengan menanam Aqidah

Soalannya..

Bgaimana mahu tanamkan Aqidah dalam diri anak kecil?
(Tips ini untuk anak yang 2 tahun keatas)

1) Perkenalkan Allah dan CiptaanNya

"Mak, kenapa Allah buat kita ni ada gigi ?" soalan anak saya yang berusia 4 tahun sambil tunjuk dalam mulut

"Mak, dah hujan..kenapa Allah turunkan air dari atas?'

Saya pasti setiap anak kita selalu tanya soalan pelik-pelik pasal diri mereka atau Allah

Usahakan untuk beri jawapan, dan kaitkan dengan sifat-sifat Allah (asma' ul husna)

Contoh jawapan saya beri:

"Allah bagi adik dan mak gigi supaya kita boleh koyakkan makanan, dan boleh kunyah makanan sampai hancur..sebelum telan.
Adik bayangkan kalau kita tak de gigi, tercekik nak telan makanan keras dan besar..
Baikkan Allah sebab bagi kita gigi?"

Kadang-kadang giliran kita p**a bersoal jawab dengan anak

Contoh:

"Adik agak kenapa Allah bagi jagung ni ada rambut..?"

"Kenapa Allah jadikan malam gelap..tak de cahaya?"

Galakkan anak untuk berfikir tentang kejadian alam dan setiap yang Allah ciptakan tidak sia-sia

Tugas ibu ayah ialah lebihkan bercerita mengenai Allah dan CiptaanNya..

2) Perkenalkan Allah sebagai Ar Rahman Ar Rahim..
Bukan Allah yang garang..Bukan Allah yang s**a menyeksa

Yang ni aspek paling penting!

Ramai yang silap didik anak bab ini..

kenapa kena solat?
Sebab kalau tak solat Allah marah..(ini ayat biasa kita)

Tukar ayat ke:

Kenapa kena Solat?
Sebab Allah sayang orang solat..adik nak masuk syurga dengan mak dan ayah kan?

Umur 0-6 tak perlu cerita pasal azab ALLAH atau Neraka

Ceritakan tentang sifat Allah Ar Rahman dan Ar rahim

Ceritakan mengenai syurga dan isi kandungannya

Minta anak bayangkan nikmat syurga yang dia bakal dapat jika buat kebaikkan yang Allah s**a

saya terkejut dengan imaginasi anak saya mengenai syurga..bagaimana dia bayangkan dia akan mandi dalam sungai di syurga nanti

Mudah untuk mendorong anak buat kebaikkan jika hati mereka terpaut pada sifat-sifat Allah Ar Rahman Ar Rahim

3) Bila anak sudah mula bertanya mengenai Allah..
PUJI mereka

Bila kita sentiasa berbicara mengenai Allah, anak akan merasakan keberadaan Allah sepanjang masa

Pada peringkat ini, anak akan mula bertanya pelbagai soalan

Ibu ayah jawablah dengan bijak dan berilmu..
jika kurang pasti dengan jawapan jangan segan untuk beritahu pada anak kita tak tahu jawapannya dan kita akan mencari.(ini adab ilmu)

Saya masih teringat dialog anak saya ketika dia berusia 3 tahun..

Dia takut untuk tidur kerana bilik gelap..saya belum sempat nak comfort tiba-tiba dia sendiri menjawab bahawa "Allah ada..jangan takut " lalu dia tidur dengan lena.

PUJI anak bila mereka selalu kaitkan kehidupan mereka seharian dengan Allah,
kerana bila kita memuji anak..mereka akan faham bahawa perbuatan mereka adalah "desirable attitude" (perbuatan yang baik) yang kita mahu kekalkan.

Tanpa pujian, anak akan kurang mengerti mengenai "desirable attitude" yang kita mahu mereka ada dari kecil..

Aapakah desirable attitude yang kita mahu?

Anak sentiasa merasa Allah berada dimana-mana, Melihat mereka, Mendengar mereka

Anak yang faham mengenai keberadaan Allah akan takut untuk buat sesuatu yang Allah tak s**a atau Haram

Maka peringkat seterusnya iaitu pendidikan solat akan menjadi lebih mudah pada usia 7 tahun nanti, inshaAllah

Kerana mereka sendiri akan terdorong untuk bersolat, menutup aurat dan membaca Al Quran dan Hadith



Semoga penulisan ini membawa manfaat bagi yang sabar membaca dan silakan 'SHARE' untuk ilmu yang berpanjangan.

Photos from Diploma Pendidikan Awal Kanak-kanak UPSI's post 30/09/2017

SELAMAT MENJAWAB SOALAN PADA SEMUA PELAJAR

Graduan diploma diutamakan sebagai guru Kemas 18/09/2017

Peluang dan ruang perlu dimanfaatkan demi masa hadapan..

Graduan diploma diutamakan sebagai guru Kemas Mulai tahun ini, Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) hanya mengutamakan graduan lulusan diploma dan lulusan dalam bidang penjagaan kanak-kanak dalam proses pengambilan tenaga pengajar baharu.

Want your school to be the top-listed School/college in Tanjung Malim?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Website

Address


Fakulti Pendidikan & Pembangunan Manusia, UPSI
Tanjung Malim
35900

Opening Hours

Monday 09:00 - 22:00
Tuesday 09:00 - 22:00
Wednesday 09:00 - 22:00
Thursday 09:00 - 22:00
Friday 09:00 - 22:00
Saturday 09:00 - 22:00