05/02/2026
🏓 SERVIS, SMASH, SENYUMAN! 🏓
Alumni PSAS dijemput kembali ke gelanggang!
Jom meriahkan Pertandingan Pickleball Alumni PSAS 2026 dan eratkan semula ukhuwah bersama rakan-rakan lama. Sama ada anda pemain tegar atau sekadar ingin bersukan santai, inilah peluang untuk beriadah, berjumpa semula sahabat dan mencipta kenangan baharu di kampus tercinta.
📅 Tarikh: 14 Februari 2026 (Sabtu)
🕗 Masa: 8.00 pagi
📍 Tempat: Gelanggang Pickleball PSAS
Terbuka kepada semua Alumni Politeknik Sultan Azlan Shah (PSAS).
Ayuh bawa semangat kesukanan, senyuman dan kenangan lama ke gelanggang!
📞 Pendaftaran & pertanyaan:
Puan Navilah: 017-8657386
En. Iqbal: 019-5054061
Anjuran bersama: JSKK PSAS & Persatuan Alumni PSAS
Jumpa di gelanggang — servis, smash dan senyuman menanti anda!
29/01/2026
Saya nak tanya, ada tak alumni atau graduan PSAS yang nak bekerja dengan Bateriku.com area Ipoh dan Taiping sebagai Technician. Gaji pokok 2.3k. Kalau ada komen dibawah.
26/01/2026
Takziah diucapkan kepada ahli keluarga Arwah.
27/12/2025
AGM Persatuan Alumni PSAS.
18/12/2025
Selesai perbincangan Pra-AGM Persatuan Alumni bersama Pengerusi, Saudara Mohd Atiq di Restoran Nailis, Sentul. Seterusnya, sempat juga meluangkan masa bertemu rakan-rakan alumni di sekitar KL. Dalam perjalanan pulang, kami singgah di Kuang untuk menziarahi Saudara Hadi Naka (Mantan Pengerusi RAPI) yang masih dalam suasana hiba atas pemergian ayahanda beliau baru-baru ini. Takziah diucapkan
13/12/2025
|| CALLING FOR ALUMNI PSAS||
*MESYUARAT AGUNG TAHUNAN (AGM) PERSATUAN ALUMNI PSAS*
📣📣📣📣📣📣📣📣📣📣📣
🌸🌸Assalamualaikum wbt. dan salam sejahtera🌸🌸
Persatuan ALUMNI Politeknik Sultan Azlan Shah akan mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) Tahun 2025 . Sehubungan dengan itu, semua ALUMNI PSAS dijemput hadir mengikut ketetapan yang berikut:
🗓Tarikh : 27 Disember 2025 (Sabtu)
🏢Tempat : SkyArk Event Spaces ,3-10, Lakeville Lifestyle Shoplot, Jalan Sibu,
Taman Wahyu, 51200 Kuala Lumpur,
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
⏰Masa : 9:30 pagi
Pendaftaran : https://forms.gle/U9Xp6TXSWH41yZVJ8 ( Tutup Sebelum : 25 Disember 2025)
Boleh membawa suami/isteri/ibubapa/keluarga yang berhampiran untuk memeriahkan majlis santai ini.
Hubungi :
013-4504729 ( MOHAMMAD AZIZUL)
06/11/2025
TAWARAN PEKERJAAN -PPES-JV (MELAKA) SDN. BHD EP MANUFACTURING BHD PPES-JV (MELAKA) SDN. BHD
Tawaran pekerjaan kepada *50 calon-calon Politeknik Sultan Azlan Shah lepasan Diploma dan Ijazah bagi kursus Engineering majoring in Mechanical, Manufacturing, Automotive or equivalent*. Terdapat 3 sites iaitu Pegoh Plant, Melaka; Batang Kali Plant, Selangor dan Tanjung Malim Plant, Perak.
Tawaran kerja ini bagi mengisi kekosongan jawatan di syarikat ini iaitu:
1) *Technician - (Gaji Kasar RM2000.00)*
2) *Engineer - (Gaji Kasar - RM3200.00)*
Kepada alumni, graduan dan pelajar semester akhir yang berminat sila isi maklumat berikut dengan kadar segera.
Sebarang pertanyaan sila hubungi:
En Baharuddin :019-2668445
Pn Ifaniza: 012-7345321
Maklumat anda semua akan diberikan kepada pihak syarikat untuk tujuan temuduga. Harap maklum.
https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSeMXR3X-6kymB3C-EIed3gdtmXlcqo59BZw0fYx9nWxrEkxag/viewform?usp=sharing&ouid=101441538005973550661
01/11/2025
URGENT VACANCY!!!
Jawatan Kosong sebagai:
QUANTITY SURVEYOR
Syarikat: M.I.R.A Engineering Sdn Bhd
Jenis Perniagaan: Kontraktor CIDB G6
Lokasi: Seksyen U2 berhampiran Politeknik Shah Alam
Kelayakan : Diploma @ Fresh-graduate sangat dialu-alukan.
Jika berminat, Sila hantarkan resume ke email : [email protected]
Sebarang Pertanyaan, Sila Hubungi:
Pn. Nadirahwati :019-3302343
** Jawatan Kosong yang lain
- Assistant Engineer
- Technical Assistant
14/10/2025
TAHNIAH DR. FARAH AMALINA ISHAK – KEBANGGAAN ALUMNI PSAS!
Jawatankuasa Alumni Politeknik Sultan Azlan Shah (PSAS) mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Dr. Farah Amalina Ishak, alumni PSAS yang telah melakar sejarah sebagai Doktor Falsafah (PhD) TVET pertama di Asia! 🇲🇾🌏
Perjalanan Dr. Farah bermula di PSAS, dan kini beliau menjadi inspirasi kepada seluruh warga TVET apabila berjaya membuktikan bahawa pendidikan TVET mampu melahirkan tokoh akademik dan penyelidik bertaraf dunia. 🌟
Kejayaan ini bukan sahaja mengangkat nama beliau, tetapi turut mengharumkan nama Politeknik Sultan Azlan Shah serta seluruh komuniti TVET Malaysia.
Kami Alumni PSAS amat berbangga dan mendoakan semoga Dr. Farah terus cemerlang dalam bidang akademik, penyelidikan dan memberi inspirasi kepada generasi akan datang.