09/04/2026
๐ฅ MELONJAKKAN IMPAK PENYELIDIKAN KE PERSADA INDUSTRI! ๐ฅ
Penyelidik PPRN PSAS dengan penuh komitmen telah mempamerkan hasil penyelidikan dan inovasi, di Persidangan Public-Private Research Network (PPRN) pada 7 April 2026 di Wyndham Grand Bangsar, Kuala Lumpur ๐ฒ๐พ
Projek ini dijalankan bersama AGRO ECO VENTURE SDN. BHD
Ketua Penyelidik: Ts. Abdul Qoiyum Bin Mohd Radzi
Ahli: Dr. Maznah Binti Iliyas Ahmad
Ts. Dr. Norazam Bin Aliman
Ts. Eliza Binti Samsudin
Ninie Farahana Binti Kamarulzaman
Mohammad Zaidi Bin Zainal
Pameran ini bukan sekadar penyertaan, tetapi satu langkah strategik dalam mengetengahkan hasil penyelidikan berimpak tinggi, memperkukuh jaringan kolaborasi bersama industri serta membuka lebih banyak peluang inovasi pada masa hadapan. ๐
โจ Bersama kita memacu kecemerlangan penyelidikan ke arah produktiviti dan daya saing negara!
09/04/2026
๐ฅ MELANGKAH KE MASA DEPAN TEKNOLOGI! ๐ฅ
Pada 7 April 2026 - Selasa, telah berlangsung Kursus Autonomous Vehicle System bertempat di Center of Autonomous Vehicle Technology (CAVTech) ๐๐ก
Peserta adalah pelajar-pelajar dari MJIIT โข Malaysia-Japan International Institute of Technology, UTM Kuala Lumpur.
Program ini membuka ruang kepada para peserta untuk mendalami teknologi kenderaan tanpa pemandu yang semakin menjadi nadi revolusi industri masa kini. Dari konsep asas hingga aplikasi sebenar, kursus ini menjadi platform terbaik untuk membina kefahaman, kemahiran dan inspirasi dalam dunia kenderaan tanpa pemandu yang pintar.
โจ Bersama kita mencipta masa depan mobiliti yang lebih canggih, selamat dan efisien!
10/03/2026
JARINGAN ANTARABANGSA BERSAMA BHARATA MATA COLLEGE, INDIA
25 Februari 2026 - Delegasi Bharata Mata College yang diketuai oleh Rev. Fr. Dr. Abraham Oliapurath (Manager) bersama Dr. Bejoy Joseph (Head of Department) telah mengadakan lawatan di PSAS bagi memperkukuh jaringan antrabangsa.
Delegasi dibawa melawat fasiliti utama berteknologi tinggi di PSAS, antaranya Pusat Teknologi Kenderaan Berautonomi, CAVTech. Ia diharapkan menjadi pemangkin kepada perkongsian kepakaran dan memperkasa pendidikan teknikal dan vokasional di peringkat antarabangsa.
---
Tiktok | Facebook | Twitter:
Instagram:
Youtube: Politeknik Sultan Azlan Shah
05/02/2026
โจ โจ ๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ !!!!!!!!! ๐๐ค
Daripada idea โ reka bentuk โ pengaturcaraan โ pengujian sebenar.
Di sinilah ๐ฝ๐ฒ๐น๐ฎ๐ท๐ฎ๐ฟ ๐น๐ฎ๐๐ถ๐ต๐ฎ๐ป ๐ถ๐ป๐ฑ๐๐๐๐ฟ๐ถ ๐ฑ๐ถ ๐๐๐ฉ๐ง๐ฒ๐ฐ๐ต diasah dengan ilmu, kemahiran dan pendedahan industri dalam teknologi kenderaan berautonomi.
Gabungan elektronik, sistem kawalan, sensor, AI dan pengaturcaraan menjadi asas melahirkan bakat masa hadapan yang bersedia menghadapi revolusi mobiliti pintar.
Bukan sekadar belajar teori, di sinilah penerokaan bermula, dan kepakaran dibina. ๐ก
05/02/2026
Jom join !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
โก๏ธ CALLING ALL FORMULA TEAMS: NxGV Challenge 2026-2027 is HERE! ๐๏ธ๐จ
Are you ready to shape the future of mobility? The Society of Automotive Engineers Malaysia (SAEM), in collaboration with Malaysia Automotive, Robotics and IoT Institute and Perodua is conducting the Next Generation Vehicle (NxGV) Challenge 2026-2027. We are officially inviting every higher educational team across the nation to step up to the starting grid.
Whether youโre a master of mechanics or a coding prodigy, this is your platform to shine.
We want to see the best from all higher institutions to join our competition!
๐ The Categories
This cycle, we are pushing the boundaries of green tech and intelligence.
Choose your track:
1. Formula Hybrid Electric Vehicle (HEV)
2. Formula Autonomous Vehicle (AV)
๐๏ธ Two-Phase Roadmap
The challenge is a marathon, not a sprint. Weโve structured the competition into two distinct phases:
i) 2026 Competition
* Formula HEV & EV: Full Competition
* Bring your designs to life! Itโs time to hit the track with physical formula car
* Formula AV: Conceptual & Simulation
* Show us your blueprints, your math, and your digital twin performance.
* Tentative Finale: September 2026
ii) 2027 Competition
* Formula HEV, EV & AV: Full Competition
* Bring your designs to life! Itโs time to hit the track with physical formula car.
* Tentative Finale: May 2027
๐ Why Join?
Aside from bragging rights as the best engineering team in the country, we are offering:
* Development Grants (HEV & AV) to help fuel your innovation.
* Massive Prizes for the top-performing teams.
* Industry Exposure to the leaders of the EV and AV sectors.
๐ Ready to Lead the Charge?
Donโt wait for the future - build it.
Assemble your team, pick your category, and secure your spot today!
Register your interest now!
๐ https://forms.gle/4dNTs671YCHcZN9k7 ๐
05/02/2026
โจ ๐๐๐ง๐๐ฅ ๐๐๐ง๐ข๐ฅ๐๐ข ๐๐ซ๐จ๐ฃ๐๐ค ๐๐๐ก๐ฎ๐ง ๐๐ค๐ก๐ข๐ซ
๐๐ซ๐จ๐ ๐ซ๐๐ฆ ๐๐๐ค๐ง๐จ๐ฅ๐จ๐ ๐ข ๐๐ฅ๐๐ค๐ญ๐ซ๐จ๐ง๐ข๐ค โ ๐๐ ๐๐ฎ๐ง๐ ๐๐ข ๐๐ฎ๐ฅ๐จ๐ก โจ
Selasa, 3 Februari 2026, penyelidik CAVTech bersama wakil industri telah dijemput sebagai panel penilai bagi menilai projek tahun akhir pelajar Program Teknologi Elektronik di Kolej Vokasional Sungai Buloh.
Aktiviti ini memberi pendedahan berharga kepada pelajar terhadap keperluan industri serta membantu memperkukuh kualiti pembelajaran berasaskan amali dan inovasi.
Pelbagai idea dan inovasi telah dibentangkan oleh para pelajar, mencerminkan tahap kefahaman, kemahiran teknikal serta kreativiti yang semakin matang. Tahniah diucapkan kepada semua pelajar atas usaha, komitmen membentangkan hasil projek masing-masing. ๐
Semoga semua pelajar terus berjaya dan melangkah lebih jauh dalam dunia industri kelak. ๐
05/02/2026
๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐
๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐จ๐
Perbincangan bersama Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) bersama Pasukan Penyelidik Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) dan penyelidik CAVTech, Dr Maznah Illiyas Ahmad.
Perbincangan ini menjadi platform perbincangan strategik dalam memperkukuh kerjasama penyelidikan, perkongsian kepakaran serta pemerkasaan pendidikan dan latihan teknikal dan vokasional (TVET) dalam bidang:
Retrofitting techniques
IoT integration & smart manufacturing
Industry 4.0 Implementation
Smart monitoring & analytics
OEE (Overall Equipment Effectiveness) system
Predictive maintenance strategies
Semoga hasil ini dapat memberi impak positif dan membuka lebih banyak peluang kolaborasi pada masa akan datang. ๐ค๐
Hari: Khamis
Tarikh: 29.01.2026
27/01/2026
LECTURERโS INDUSTRIAL SHARING SESSION (LISS) 2025
Perkongsian ilmu berkaitan pengalaman menjalani latihan sangkutan Industri telah berjaya dilaksanakan pada:
Tarikh : 5.1 2026 (Isnin)
Masa :9.00am ๐กโก
Program ini melibatkan kepakaran dalam bidang:
๐น Kerja-kerja awam pemasangan EV Charger
๐น Kerja-kerja elektrik & teknikal pemasangan EV Charger
๐น Pemasangan transformer
๐น Proses kelulusan dan pembinaan EV Charger
Semoga kolaborasi dan perkongsian ilmu ini dapat memperkasa pelaksanaan Industri-Pensyarah TVET PSAS serta menyokong agenda teknologi hijau dan pembangunan industri EV di Malaysia. ๐๐
Tahniah kepada semua pensyarah dan pihak yang terlibat ๐
23/01/2026
โจ Virtual TVET Research & Innovation Competition 2025 (TVET RIC 2025) โจ ๐
Tahniah atas kecemerlangan dan kemenjadian pelajar dalam meneroka bidang teknologi autonomous.
๐
Gold Award
๐จโ๐ Pelajar:
Amru Afif Mohd Yunus
Dzulfahmi Kuntor@Azman
๐จโ๐ซ Penyelia:
Ts. Dr. Norazam Bin Aliman
๐ก Tajuk Inovasi:
Autonomous Wheelchair Navigation System
Pencapaian ini membuktikan keupayaan pelajar TVET dalam menguasai teknologi digital dan membangunkan inovasi berimpak tinggi untuk kesejahteraan masyarakat.
๐ก Pelajar-pelajar TVET terus melakar kejayaan melalui inovasi dan penyelidikan yang mencerminkan kreativiti, kemahiran serta kesiapsiagaan menghadapi teknologi masa hadapan.
Pautan siaran langsung:
https://youtube.com/live/cPEDsVmm7ns?feature=share
๐
Tarikh: 30 September 2025 โ 23 Januari 2026
24/11/2025
๐๐ค LAWATAN DELEGASI UTM KE PUSAT TEKNOLOGI KENDERAAN BERAUTONOMI (CAVTech) PSAS!
Politeknik Sultan Azlan Shah (PSAS) hari ini, 24 Nov 2025 (Isnin) melakar satu lagi detik bermakna apabila menerima kunjungan delegasi dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM) bagi sesi lawatan penanda aras ke Pusat Teknologi Kenderaan Berautonomi โ CAVTech PSAS.
Delegasi UTM yang diketuai oleh
๐น Prof. Madya Dr. Mohd Azizi Abdul Rahman,
ahli,
๐น Ts. DDr. Saiful Anuar Abu Bakar
๐น Ir. Dr. Mohd Hatta Mohammed Ariff
๐น Dr. Mohd Rajali Jalal
serta penyelidik:
๐ธ Zulfadzli bin Zakaria
๐ธ Mohamad Suhaimi bin Samad
Ketibaan delegasi disambut mesra oleh barisan POLCAM, PSAS:
โ
Ketua Jabatan Kejuruteraan Mekanikal โ En. Abdullah bin Yusoff
โ
Pengurus POLCAM โ Ts. Wan Mohd Naguib bin Wan Abd Rahman
โ
Penyelaras CAVTech โ Ts. Dr. Norazam bin Aliman
bersama JK POLCAM.
๐ก Tujuan lawatan ini adalah untuk meninjau secara lebih dekat pembangunan teknologi kenderaan berautonomi (AV) di PSAS, selain berkongsi kepakaran penyelidikan serta meneroka peluang kolaborasi strategik antara dua institusi pendidikan teknikal terkemuka negara ini.
PSAS mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada delegasi UTM atas kunjungan dan sokongan yang diberikan. Semoga jalinan kerjasama ini terus diperkukuh demi memacu inovasi dan kemajuan teknologi AV di Malaysia.
๐ฅ PSAS & UTM โ Menerajui masa depan mobiliti pintar negara!
18/11/2025
๐ PROGRAM TEAM BUILDING KELAB KEJURUTERAAN MEKATRONIK 2025 BERLANGSUNG DENGAN JAYANYA! ๐
Alhamdulillah, Program Team Building Kelab Kejuruteraan Mekatronik yang diadakan pada 17 November 2025 di Dewan Sungai Bil, Tanjung Malim telah berlangsung dengan penuh semangat, kerjasama dan kegembiraan! ๐คโจ
Para peserta menunjukkan komitmen yang tinggi dalam setiap aktiviti yang dijalankan, dan suasana dipenuhi gelak tawa serta semangat berpasukan yang luar biasa. Aktiviti yang dijalankan bukan sahaja menguji fizikal, malah memperkukuh komunikasi, strategi dan kefahaman antara ahli. ๐ช๐ฅ
Semoga hubungan ukhwah dan semangat kolaborasi terus subur dalam Kelab Mekatronik. ๐๐
12/11/2025
๐๐ค๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐
๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐ค๐
Pada 11 November 2025, seramai sekumpulan pelajar Teknologi Automotif dari Kolej Vokasional Sungai Buloh telah mengadakan lawatan sambil belajar ke ๐๐๐ง๐ญ๐๐ซ ๐จ๐ ๐๐ฎ๐ญ๐จ๐ง๐จ๐ฆ๐จ๐ฎ๐ฌ ๐๐๐ก๐ข๐๐ฅ๐ ๐๐๐๐ก๐ง๐จ๐ฅ๐จ๐ ๐ฒ (๐๐๐๐๐๐๐ก), ๐๐จ๐ฅ๐ข๐ญ๐๐ค๐ง๐ข๐ค ๐๐ฎ๐ฅ๐ญ๐๐ง ๐๐ณ๐ฅ๐๐ง ๐๐ก๐๐ก (๐๐๐๐).
Lawatan ini bertujuan memberi pendedahan kepada pelajar mengenai teknologi kenderaan berautonomi (autonomous vehicle) yang menjadi antara bidang kejuruteraan masa depan. Pelajar berpeluang melihat secara dekat bagaimana sistem kawalan, penderia (sensor), dan kecerdasan buatan diaplikasikan dalam pembangunan kenderaan tanpa pemandu.
Program ini telah dapat memupuk minat pelajar terhadap inovasi dan penyelidikan dalam bidang automotif moden, serta membuka ruang kolaborasi antara institusi pendidikan dan CAVTech.
๐งโจ โ๐๐๐ค๐ง๐จ๐ฅ๐จ๐ ๐ข ๐ก๐๐ซ๐ข ๐ข๐ง๐ข ๐ฆ๐๐ฆ๐๐๐ง๐ญ๐ฎ๐ค ๐ฃ๐ฎ๐ซ๐ฎ๐ญ๐๐ซ๐ ๐ฆ๐๐ฌ๐ ๐ก๐๐๐๐ฉ๐๐ง.โ