Jabatan Bahasa Etnik,FBK UPSI

Jabatan Bahasa Etnik,FBK UPSI Jabatan Bahasa Etnik yang terdiri daripada Bahasa Iban, Bahasa Kadazandusun dan Bahasa Semai.

25/08/2026
21/08/2026

Sambutan Hari Orang Asal X Merdeka Malaysia UPSI peringkat Fakulti Bahasa dan Komunikasi diteruskan dengan pengisian aktiviti yang seterusnya iaitu persembahan Flash mob Tarian Etnik RENTAK yang menggabungkan tarian ketiga- tiga etnik (Iban+Kadazandusun + Semai) dan persembahan deklamasi puisi etnik yang disampaikan oleh barisan pensyarah dan pelajar Diploma Bahasa Etnik. Program tersebut dihadiri oleh YBhg. Profesor Madya Dr. Mazura @ Mastura binti Muhammad, Dekan Fakulti Bahasa dan Komunikasi, Pengarah Akademi Bahasa Antarabangsa (AKAR) YBhg. Dr. Mazlin binti Mohamed Mokhtar,YBhg. Dr. Muhamad Fadzllah bin Haji Zaini, Ketua Jabatan Bahasa Etnik, pengurusan FBK,pengurusan pentadbiran,semua pensyarah, guru-guru bahasa dan semua siswa siswi UPSI.Program tersebut berlangsung di Atrium FBK pada jam 4.00-5.30 petang. Kredit dan penghargaan video:.dip01

📢 JEMPUTAN & PENDAFTARAN | LINGUA RESEARCH DIALOGUE: INTERNATIONAL TALKJabatan Bahasa Etnik, Fakulti Bahasa dan Komunika...
19/08/2026

📢 JEMPUTAN & PENDAFTARAN | LINGUA RESEARCH DIALOGUE: INTERNATIONAL TALK

Jabatan Bahasa Etnik, Fakulti Bahasa dan Komunikasi, UPSI dengan sukacitanya menjemput warga akademik, penyelidik dan pelajar untuk menyertai Lingua Research Dialogue: International Talk bersama A/Prof Nick Thieberger, University of Melbourne, Australia.

📅 24 Ogos 2026 (Isnin)
⏰ 2.30 – 3.30 petang (Waktu Malaysia)
💻 Secara dalam talian melalui Google Meet

🔗 Pautan Google Meet:
https://meet.google.com/gju-cnba-ntd

Sertai sesi perkongsian antarabangsa ini dan manfaatkan peluang untuk mendapatkan perspektif serta pengalaman daripada sarjana antarabangsa dalam bidang bahasa dan linguistik.
Jumpa anda di Lingua Research Dialogue! 🌏📚

Pengisian aktiviti sempena Hari Orang Asal X Merdeka peringkat JBE FBK UPSI. Semua dijemput hadir untuk menyaksikan pers...
19/08/2026

Pengisian aktiviti sempena Hari Orang Asal X Merdeka peringkat JBE FBK UPSI. Semua dijemput hadir untuk menyaksikan persembahan Flash Mob di Atrium, Fakulti Bahasa dan Komunikasi UPSI. Jumpa nanti🔥 kredit dan penghargaan poster: Ethnicsia.dip01

17/08/2026

Deklamasi sajak oleh saudari Marshanda Vintang Anak Bujang dengan tajuk sajaknya “Suara orang asal, Jiwa Merdeka”

15/08/2026

Ucapan para pelajar sempena Hari Orang Asal 2026. kredit dan penghargaan video:.dip01

15/08/2026

Kempen Hari Orang Asal X Merdeka Malaysia dan pengisian aktiviti bermula 9 Ogos - 9 September 2026 anjuran Jabatan Bahasa Etnik, Fakulti Bahasa dan Komunikasi UPSI. Kredit dan penghargaan video:.dip01

15/08/2026

📢 PERMOHONAN RAYUAN UPUONLINE®️ LEPASAN STPM/SETARAF

Bagi calon lepasan STPM/Setaraf sesi akademik 2026/2027 yang TIDAK BERJAYA MENDAPAT TAWARAN PENGAJIAN, peluang masih ada untuk anda!

Anda boleh kemukakan permohonan rayuan di portal rasmi atau scan qr:
https://online.mohe.gov.my/UPUOnlinev2/login

TARIKH BUKA:
🗓 Tarikh: 14 Ogos 2026 (Jumaat)
⏰ Masa: 12.00 Tengah Hari

TARIKH TUTUP:
🗓 Tarikh: 23 Ogos 2026 (Ahad)
⏰ Masa: 5.00 Petang

Jangan lupa ikuti 👉🏻 Tiktok BKPA UPU untuk maklumat lanjut!


15/08/2026

Kunjungan Mesra Fakulti Bahasa dan Komunikasi, UPSI kepada YBhg. Datuk Patinggi Tan Sri Alfered Jabu Numpang dan YBhg. Tan Sri Empiang Jabu.

Kunjungan ini merupakan perjumpaan pasca peranugerahan penghargaan ketokohan bahasa iban. YBhg Prof. Madya Dr Mazura (Dekan) menyerahkan teks pengenalan YBhg Datuk Patinggi semasa program Majlis Syarahan Utama Jaku Tangkai Mengandai 2025 dan sedikit hadiah kenangan kepada YBhg Datuk Patinggi dan Tan Sri.

Jabatan Bahasa Etnik melalui Fakulti Bahasa dan Komunikasi mendoakan YBhg Datuk Patinggi dan Tan Sri dikurniakan kesihatan yang baik, panjang umur, dimurahkan rezeki dan terus bersemangat dalam menyumbang kepada masyarakat khususnya dalam konteks perjuangan bahasa dan budaya iban.

Address

Jabatan Bahasa Etnik, Fakulti Bahasa Dan Komunikasi, Kampus Sultan Abdul Jalil Shah, Universiti Pendidikan Sultan Idris
Tanjung Malim
35900

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00

Telephone

+6054506676

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Jabatan Bahasa Etnik,FBK UPSI posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Jabatan Bahasa Etnik,FBK UPSI:

Shortcuts

Share