PSM AT58A

PSM AT58A

Share

PROJEK SANTUN MASYARAKAT KPG3013
" SATU HATI, SATU HARAPAN "

10/01/2025

[PROJEK SANTUN MASYARAKAT: SATU HATI, SATU HARAPAN]

✨PROJEK SANTUN MASYARAKAT KG. SUNGAI BETUL, BAGAN DATOH, PERAK ✨

Assalamualaikum w.b.t, Sukacita dimaklumkan bahawa kami pelajar daripada subjek KPG3013: Insan Guru Profesional Kumpulan A akan mengadakan program santun masyarakat dengan mengadakan pelbagai aktiviti yang menarik.
Program ini akan berlangsung pada ketetapan berikut:

TARIKH: 30 NOVEMBER 2024 (SABTU)
MASA: 8.00 Pagi- 2.00 Petang

Orang kampung dijemput hadir bagi memeriahkan suasana ✨✨✨

Sekian, Terima Kasih.
Sebarang pertanyaan boleh hubungi:
Bella: +60 17687 4632
Nisa: +60 17642 8693



10/01/2025

[VIDEO KUMPULAN 4: GABUNGAN SELERA TRADISI]

Assalamualaikum W.B.T, Salam Sejahtera & Salam Malaysia Madani 🌺✨✨✨🌺

Kami daripada kumpulan 4 akan melaksanakan satu program masakan pelbagai jenis kuih-muih tradisional yang bertemakan Gabungan Selera Tradisi. Program inibertujuan untuk memperkenalkan keunikan rasa dan kepelbagaian kuih-muih daripada pelbagai kaum di Malaysia. 🥮🥐

Ingin tahu kuih-muih menarik apakah yang akan kami sajikan kepada anda? Maka jangan lepaskan peluang untuk bersama-sama kami menyelami warisan rasa yang menyatukan! 🍰🇲🇾✨

Jom sertai dan rasai keistimewaan Gabungan Selera Tradisi! 🧁🥧




10/01/2025

[VIDEO KUMPULAN 3: KRAF TRADISI: DARI HATI KE TANGAN]

Assalamualaikum W.B.T, Salam Sejahtera & Salam Malaysia
Madani 🌺✨✨✨🌺

Kami daripada kumpulan 3 akan melaksanakan satu program untuk memperkenalkan pelbagai jenis kraf tradisi daripada pelbagai jenis etnik yang ada di Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak. Sewaktu pelaksanaan program tersebut, terdapat banyak aktiviti-aktiviti menarik berkaitan kraftangan akan dilakukan seperti pameran barangan-barangan kraf untuk dipaparkan kepada masyarakat. 👜🧶

Nantikan lebih banyak aktiviti menarik dari kami!!! Ayuhlah sertai kami dalam menyelami keindahan kraf warisan bangsa
- dari hati, terus ke tangan! 🖐🏻✨🌿




10/01/2025

[VIDEO KUMPULAN 2: SIMULASI MINI PILIHAN RAYA]

Assalamualaikum W.B.T, Salam Sejahtera & Salam Malaysia Madani 🌺✨✨✨🌺

Kami daripada kumpulan 2 akan melaksanakan satu program Simulasi Mini Pilihan Raya sebagai aktiviti demonstrasi tentang cara-cara bagaimana pelaksanaan pengundian dijalankan. Tujuan Simulasi Mini Pilihan Raya ini diadakan adalah untuk kongsikan kepada masyarakat serba sedikit mengenai Pilihan Raya terutamanya kepada golongan muda yang belum pernah didedahkan dengan cara pelaksanaan pengundian. 📱🔞

Jom sertai program Simulasi Mini Pilihan Raya Kami Untuk Mengetahui Lebih Banyak Maklumat Mengenai Pilihan Raya!!! 🗳🇲🇾 Bertindaklah Segera!!! Jangan Leka!!! Ayuh Rasai Peluang Sebenar Untuk Menikmati Dan Dapatkan Pengalaman Tentang Bagaimana Untuk Mengundi 😉🗳🇲🇾




10/01/2025

[VIDEO KUMPULAN 1: SUKAN CITRA PERPADUAN]

Assalamualaikum W.B.T, Salam Sejahtera & Salam Malaysia
Madani 🌺✨✨🌺

Kami daripada kumpulan 1 akan melaksanakan satu program Sukan yang bertemakan Sukan Citra Perpaduan sebagai aktiviti untuk memupuk perpaduan yang erat antara setiap komuniti berbilang bangsa. Tujuan aktiviti dan program ini dijalankan adalah untuk memupuk semangat perpaduan melalui aktiviti sukan yang penuh keseronokan dan cabaran. Pelbagai aktiviti sukan menanti anda! Ini adalah peluang untuk kita berkumpul, bersaing, dan bersatu sebagai rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa dan budaya.

Nak tahu apa yang menanti? Nantikan! Sertai kami untuk merasai kehangatan Sukan Citra Perpaduan! 🎖️🇲🇾

Jadi, tunggu apa lagi. Ayuhlah Sertai Kami dalam sukan untuk buktikan bahawa anda seorang yang memiliki semangat perpaduan yang tinggi dan boleh bekerjasama serta berkawan dengan bangsa yang terdiri daripada latar belakang yang berbeza sewaktu aktiviti kesukanan 🎖️🇲🇾

Bersama kita membina Malaysia yang lebih harmoni! 🌺



Want your school to be the top-listed School/college in Tanjung Malim?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Website

Address


UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS
Tanjung Malim
35900