24/10/2025
👑 LENSA MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PERSATUAN SAINS KOMPUTER (PSK)
SIDANG 2025/2026 👑
Pada 22 Oktober 2025 yang lalu, telah berlangsungnya Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Sains Komputer (PSK) Sidang 2024/2025 yang bertempat di Dewan Kuliah C, Kampus Sultan Abdul Jalil Shah, UPSI.
Mesyuarat rasmi ini merupakan platform utama untuk:
- Membentangkan laporan aktiviti dan kewangan sepanjang Sidang 2024/2025
- Membubarkan Jawatankuasa Sesi Lama dan melantik Jawatankuasa Sesi Baharu mengikut Perlembagaan Persatuan Sains Komputer.
Lebih dari itu, majlis gilang-gemilang ini turut menjadi momen istimewa untuk memperkukuh jaringan serta mengikat ukhuwah dalam kalangan mahasiswa/i Persatuan Sains Komputer.
Ribuan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua ahli yang telah menceriakan dan menyokong kelancaran Mesyuarat Agung Tahunan ini.
12/10/2025
⚜️ MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PERSATUAN SAINS KOMPUTER (PSK) SIDANG 2024/2025 ⚜️
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Sukacita dimaklumkan bahawa majlis Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Sains komputer 24/25 akan dijalankan mengikut butiran berikut :
📅 Tarikh: 22 October 2025
📍 Tempat : B. E-Learning 1, KSAJS, UPSI
⏰ Masa : 8:30 pagi - 12:00 tengah hari
💃 Tema/Pakaian : Red Carpet
Sehubungan dengan itu, kehadiran ahli-ahli Persatuan Sains Komputer adalah *DIWAJIBKAN*. Kerjasama semua pihak amat dihargai
Sekian terima kasih
11/10/2025
🎳 FunBowl Tournament 🎳
📍 UPSI Bowling Center | 10 Oktober 2025 (Jumaat, 6.00 petang)
Suasana penuh ceria dan semangat kesukanan memenuhi UPSI Bowling Center apabila Persatuan Sains Komputer (PSK), Fakulti Komputeran dan META Teknologi (META), menganjurkan Pertandingan FunBowl PSK META 2025 yang berjaya menghimpunkan hampir 30 peserta yang hebat dengan penyertaan dari kalangan mahasiswa diploma dan ijazah.
Program ini bertujuan menggalakkan gaya hidup sihat dalam kalangan mahasiswa di samping mengeratkan hubungan antara pelajar baharu dan senior. Aktiviti santai ini juga menjadi platform untuk mengurangkan tekanan akademik menjelang minggu akhir kuliah.
Kemenangan berpihak kepada pelajar Diploma Sains Komputer META yang dinobatkan sebagai Juara FunBowl 2025, manakala dua pelajar program Ijazah berjaya membawa pulang hadiah kedua dan ketiga. Semua hadiah disumbangkan oleh Timbalan Dekan Hal Ehwal Pelajar (TD HEPA) META sebagai tanda sokongan terhadap usaha PSK dalam membudayakan semangat di kampus.
Menurut wakil penganjur PSK META, sambutan luar biasa ini mencerminkan komitmen mahasiswa UPSI untuk aktif bukan sahaja dalam akademik tetapi juga dalam aktiviti sihat dan berpasukan. “FunBowl META bukan sekadar pertandingan, tetapi ruang untuk berehat, bergembira, dan membina ukhuwah di antara warga META,” ujar beliau.
Program ini turut menyemarakkan nilai BITARA UPSI melalui semangat kerjasama, disiplin, dan kegigihan mahasiswa yang menjayakan acara dari awal hingga akhir.
28/09/2025
🌿 Jejak Malaysia – Lata Perangin 🇲🇾
Bersempena dengan sambutan bulan kemerdekaan, Persatuan Sains Komputer Sidang 25/26 telah menganjurkan aktiviti Jejak Malaysia di Lata Perangin, Tanjong Malim. Program ini berjaya mengumpulkan seramai 26 orang pelajar, 2 orang pensyarah pengiring, serta 1 orang pakar hiker yang sentiasa memberi panduan dan sokongan sepanjang perjalanan. 🙌
Dengan ketinggian lebih kurang 120 meter dan tempoh pendakian lebih kurang 40 minit, pengalaman mendaki ini bukan sekadar aktiviti riadah, malah ia menjadi simbolik kepada semangat juang, kerjasama dan kebersamaan warga PSK. Walaupun penuh cabaran, semua peserta berjaya sampai ke puncak dengan penuh kegigihan dan semangat patriotik. 💪🇲🇾
Aktiviti ini juga menjadi ruang untuk mengeratkan ukhuwah, membina daya tahan fizikal dan mental, serta menghargai keindahan alam semula jadi yang menjadi khazanah negara kita. Sesungguhnya, setiap langkah mendaki membawa makna besar dalam menyemarakkan rasa cinta terhadap tanah air tercinta. 🌏✨
Terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan program ini. Semoga pengalaman ini menjadi memori indah yang akan dikenang oleh setiap peserta. ❤️
24/09/2025
🌿✨ [PSK Exclusive Invite] ✨🌿
Hai PSK fam! 🚀
Jom sertai PROGRAM JEJAK MALAYSIA: LATA PERANGIN dan nikmati keindahan alam bersama-sama 🌳🌊
📅 Tarikh: 28 September 2025 (Ahad)
⏰ Masa: 8.00 pagi – 1.00 petang
📍 Lokasi: Lata Perangin, Tanjong Malim
Kenapa kena join? 👇
✅ Hilangkan stress & recharge minda 🌿
✅ Hiking + waterfall adventure 🥾
✅ Eratkan ukhuwah bersama ahli PSK 🤝
✅ Aktiviti sihat & fun! 😍
⚡ Slot TERHAD! ⚡
👉 Daftar sekarang melalui link/scan QR code di poster:
🔗https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLScjEIGlt_LQDFMeR5aAGiPMsVfr_Wnv3IL1shryQGG539cDkg/viewform?usp=header
📣 Jangan tunggu lama-lama, ayuh kita conquer puncak bersama! 💪🌱
06/08/2025
♻️ ONE HOUR CLEANUP 2025 | BERJAYA DILAKSANAKAN ♻️
Alhamdulillah, program Jom Kitar Semula sempena dan kempen telah dilaksanakan dengan jayanya pada:
📅 6 Ogos 2025 (Rabu)
🕘 9.00 pagi - 12.00 tengah hari
📍 Pusat Pembelajaran dan Pengasingan Barangan Kitar Semula, Taman Bandar, Tg Malim
Program ini telah melibatkan aktiviti pembersihan kawasan awam serta pengasingan pakaian terpakai yang masih elok untuk tujuan kitar semula dan guna semula.
Terima kasih dan setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada semua yang hadir serta menyumbang secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan inisiatif kebersihan dan kelestarian alam sekitar ini.
🤝 Bersama kita bentuk komuniti yang lebih bersih, sihat dan bebas Aedes.
✨ Kecil usaha, besar maknanya.