Jabatan Bendahari UPSI - RASMI

Jabatan Bendahari UPSI - RASMI

Share

Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Jabatan Bendahari UPSI - RASMI, Educational Research Center, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim.

Official page for Jabatan Bendahari Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)

Instagram - https://www.instagram.com/bendahariupsi/

TikTok - https://www.tiktok.com/@bendahari_upsi

19/03/2026

Solat Sunat Hari Raya Aidil Fitri

عَنْ حَفْصَةَ عَنْ أُمِّ عَطِيَّةَ قَالَتْ كُنَّا نُؤْمَرُ أَنْ نَخْرُجَ يَوْمَ الْعِيدِ حَتَّى نُخْرِجَ الْبِكْرَ مِنْ خِدْرِهَا حَتَّى نُخْرِجَ الْحُيَّضَ فَيَكُنَّ خَلْفَ النَّاسِ فَيُكَبِّرْنَ بِتَكْبِيرِهِمْ وَيَدْعُونَ بِدُعَائِهِمْ يَرْجُونَ بَرَكَةَ ذَلِكَ الْيَوْمِ وَطُهْرَتَهُ

Daripada Hafshah RadhiyAllahuanha daripada Ummu Athiyyah berkata, "Pada hari Raya Aidil kami diperintahkan untuk keluar sehingga kami mengajak anak-anak gadis dari biliknya dan juga para wanita yang sedang haid. Mereka duduk di belakang barisan laki-laki dan mengucapkan takbir mengikuti takbir laki-laki, dan berdoa mengikuti doanya laki-laki dengan mengharap barakah dan kesucian hari raya tersebut." (Riwayat Imam al Bukhari No. 971)
Hadis 29 Ramadhan 1447H

18/03/2026

LAPORAN MEDIA: PEMANGKIN SEMANGAT WARGA UPSI 📰✨

"Anda (media) menyampaikan berita dengan begitu adil dan tepat hingga menyebabkan kami rasa kuat dan tidak bersendirian dalam berhadapan tragedi yang cukup mendukakan itu," - Prof. Datuk Dr. Md Amin Md Taff, Naib Canselor UPSI.

Di sebalik setiap kejayaan dan cabaran, pengamal media sentiasa menjadi rakan strategik yang setia. Terima kasih kerana terus menyokong aspirasi UPSI sehingga melonjak ke kedudukan ke-101 terbaik dunia dalam bidang pendidikan dan mengekalkan legasi kecemerlangan sejak era SITC 1922.

Teruskan membaca Newsletter Bil. 11 untuk laporan penuh!

🔗 Baca lanjut di sini: https://www.upsi.edu.my/newsletter/

18/03/2026

Zakat Fitrah Sunnah Dibayar Sebelum Solat Hari Raya

Daripada Ibn Umar RadhiyAllahuanhu dia berkata:
“Nabi ﷺ memerintahkan untuk membayar zakat fitrah sebelum orang ramai keluar untuk mengerjakan solat (hari raya).” (Riwayat al-Bukhari no. 1509)
Hadis 28 Ramadhan 1447H https://www.facebook.com/upsibendahariofficial/posts/122219491034241355

JOM TUNAI ZAKAT FITRAH 🌙

Anjuran kepada seluruh warga UPSI untuk menunaikan Zakat Fitrah bagi menyucikan diri dan menyempurnakan ibadah di bulan Ramadan.

💰 Kadar Zakat Fitrah (mengikut harga beras yang dimakan):
▪️ RM10 seorang – Beras super special tempatan & super import
▪️ RM16 seorang – Beras perang, beras wangi, herbal poni & beras rebusan
▪️ RM25 seorang – Beras basmati, beras pulut, beras Jepun & beras merah

📍 Kaunter Zakat Fitrah WEZAS UPSI dibuka untuk memudahkan warga kampus menunaikan kewajipan ini.

✨ Tunaikan zakat anda bersama amil yang bertauliah dan rebut keberkatan Ramadan.

18/03/2026

Jika Hari Raya Jatuh Pada Hari Jumaat

Daripada Abu Hurairah radhiyAllahuanhu bahawa Rasulullah ﷺ bersabda;

قَدِ اجْتَمَعَ فِى يَوْمِكُمْ هَذَا عِيدَانِ فَمَنْ شَاءَ أَجْزَأَهُ مِنَ الْجُمُعَةِ وَإِنَّا مُجَمِّعُونَ

Maksudnya: “Telah berkumpul pada hari kamu ini dua hariraya, sesiapa yang mahu memadailah baginya solat hariraya bagi solat Jumaat (tidak wajib Jumaat), adapun kami (Nabi ﷺ) akan menunaikan Jumaat” (Riwayat Abu Daud no. 1073, Ahmad, Ibn Majah. Dinilai sahih oleh al-Hakim dan dipersetujui oleh al-Zahabi. Al-Albani juga menyatakan sahih) https://sunnah.com/abudawud:1073

Hadis 28 Ramadhan 1447H

Bacaan lanjut: https://muftiwp.gov.my/en/artikel/bayan-linnas/1812-hukum-solat-jumaat-jika-hari-raya-idil-fitri-berlaku-pada-hari-jumaat

17/03/2026

Zakat Fitrah Menyucikan

Daripada dari Ibnu Abbas radhiyallahu ‘anhuma, ia berkata,

فَرَضَ رَسُولُ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- زَكَاةَ الْفِطْرِ طُهْرَةً لِلصَّائِمِ مِنَ اللَّغْوِ وَالرَّفَثِ وَطُعْمَةً لِلْمَسَاكِينِ مَنْ أَدَّاهَا قَبْلَ الصَّلاَةِ فَهِىَ زَكَاةٌ مَقْبُولَةٌ وَمَنْ أَدَّاهَا بَعْدَ الصَّلاَةِ فَهِىَ صَدَقَةٌ مِنَ الصَّدَقَاتِ

"Rasulullah ﷺ mewajibkan zakat fitrah untuk mensucikan orang yang berpuasa dari bersenda gurau dan kata-kata keji, dan juga untuk memberi makan orang miskin. Barangsiapa yang menunaikannya sebelum solat maka zakatnya diterima dan barangsiapa yang menunaikannya setelah solat maka itu hanya dianggap sebagai sedekah di antara berbagai sedekah.” (Riwayat Abu Daud no. 1609. Sheikh Al Albani menilai hadis ini hasan.)
Hadis 27 Ramadhan 1447H

16/03/2026

Dua Pahala kepada Pembaca Al Quran

Daripada Aisyah Radhiyallahu ‘anha. Beliau berkata : Rasulullah ﷺ bersabda;

الَّذِي يَقْرَأُ القُرْآنَ وَهُوَ مَاهِرٌ بِهِ مَعَ السَّفَرَةِ الكِرَامِ البَرَرَةِ، وَالَّذِي يَقْرَأُ الْقُرْآنَ وَيَتَتَعْتَعُ فِيهِ وَهُوَ عَلَيْهِ شَاقٌّ لَهُ أجْرَانِ

“Orang yang mahir membaca Al Quran, dia berada bersama para malaikat yang terhormat dan orang yang tersekat-sekat di dalam membaca Al-Quran serta mengalami kesulitan, maka baginya dua pahala”. (Riwayat Muslim no. 798) https://sunnah.com/muslim:798a
Hadis 26 Ramadhan 1447H

15/03/2026

Beriktikaf 10 Hari Terakhir

عَنْ عَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا زَوْجِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ يَعْتَكِفُ الْعَشْرَ الْأَوَاخِرَ مِنْ رَمَضَانَ حَتَّى تَوَفَّاهُ اللَّهُ ثُمَّ اعْتَكَفَ أَزْوَاجُهُ مِنْ بَعْدِهِ

Maksudnya: "Daripada Aisyah RadhiyAllahuanha, beliau berkata bahawa Nabi ﷺ beriktikaf (berada di dalam masjid) pada sepuluh hari terakhir dari bulan Ramadan sampai Allah mewafatkan Baginda , kemudian isteri-isteri Baginda (tetap) beriktikaf sepeninggalan Baginda". (Riwayat Imam al Bukhari No. 2026) https://sunnah.com/bukhari:2026
Hadis 25 Ramadhan 1447H

14/03/2026

Doa Qunut Dalam Solat Witir Pada Bulan Ramadhan

Daripada Hasan bin Ali RadhiyAllahuanhu berkata:

عَلَّمَنِي رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَلِمَاتٍ أَقُولُهُنَّ فِي الوِتْرِ:

Maksudnya: Rasulullah ﷺ telah mengajarku beberapa perkataan untuk aku baca di dalam solat witir:

اللَّهُمَّ اهْدِنِي فِيمَنْ هَدَيْتَ، وَعَافِنِي فِيمَنْ عَافَيْتَ، وَتَوَلَّنِي فِيمَنْ تَوَلَّيْتَ، وَبَارِكْ لِي فِيمَا أَعْطَيْتَ، وَقِنِي شَرَّ مَا قَضَيْتَ، إِنَّكَ تَقْضِي وَلَا يُقْضَى عَلَيْكَ، وَإِنَّهُ لَا يَذِلُّ مَنْ وَالَيْتَ، وَلَا يَعِزُّ مَنْ عَادَيْتَ، تَبَارَكْتَ رَبَّنَا وَتَعَالَيْتَ

Maksudnya: “Ya Allah Ya Tuhan kami! Kurniakanlah kepadaku petunjuk di kalangan mereka yang mendapat petunjuk-Mu, sihatkan diriku di kalangan mereka yang Engkau berikan kesihatan. Tolonglah daku di kalangan mereka yang mendapat pertolongan-Mu. Berkatilah nikmat yang engkau kurniakan kepadaku. Peliharalah diriku daripada segala keburukan yang Engkau tentukan. Sesungguhnya Engkaulah penentu dan tiada sesiapa yang berkuasa ke atas-Mu. Sesungguhnya tidak akan hina orang yang Engkau muliakan dan tidak akan mulia orang yang Engkau musuhi. Wahai Tuhan kami, Engkaulah yang Maha Suci lagi yang Maha Tinggi”. (HR Abu Dawud no. 1425. Disahihkan oleh Syeikh al Albani) https://sunnah.com/abudawud:1425
Hadis 24 Ramadhan 1447H

13/03/2026

Setinggi-tinggi tahniah

Setinggi-tinggi Tahniah Atas Pelantikan Baharu 🌹

​Seluruh warga Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada YBrs. Prof. Dr. Raja Nor Safinas binti Raja Harun atas pelantikan beliau sebagai Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), UPSI berkuat kuasa mulai 9 Mac 2026 hingga 8 Mac 2028.

​Semoga pelantikan ini terus memacu kecemerlangan akademik dan memperkukuh agenda pengantarabangsaan universiti di bawah kepimpinan beliau.

​Selamat menjalankan tugas dan selamat maju jaya buat Prof. Dr. Raja Nor Safinas!

13/03/2026

Takziah diucapkan kepada keluarga Allahyarham Prof. Madya Dr. Ahmad Mohd Sharif, Mantan Pensyarah Universiti di Fakulti Teknikal dan Vokasional, UPSI yang telah kembali ke rahmatullah pada 12 Mac 2026.

TAKZIAH BUAT KELUARGA ALLAHYARHAM PROF. MADYA DR. AHMAD MOHD SHARIF

Seluruh warga UPSI menzahirkan rasa dukacita dan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham Prof. Madya Dr. Ahmad Mohd Sharif, Mantan Pensyarah Universiti di Fakulti Teknikal dan Vokasional, UPSI yang telah kembali ke rahmatullah pada 12 Mac 2026.

Segala jasa dan bakti Allahyarham dalam dunia pendidikan, khususnya di UPSI, amatlah dihargai dan akan sentiasa dikenang.

Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat oleh Allah SWT, diampunkan segala dosanya, dan ditempatkan dalam kalangan hamba-Nya yang beriman dan beramal soleh.

Al-Fatihah.

Want your school to be the top-listed School/college in Tanjung Malim?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Telephone

Address


Universiti Pendidikan Sultan Idris
Tanjung Malim
35900

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00