RMIC UPSI

RMIC UPSI

Share

Official page for Research Management Innovation Centre (RMIC), UPSI RMIC Space Booking Form : https://bookingspacermic.setmore.com/

Visi : Menjadi pusat pengurusan penyelidikan, perundingan, inovasi, dan pengkomersialan yang cemerlang selari dengan halatuju Universiti Pendidikan Sultan Idris. Misi: Mengurus aktiviti-aktiviti penyelidikan, perundingan, inovasi dan pengkomersialan dalam konteks untuk membangunkan modal insan agar selari dengan misi Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Photos from RMIC UPSI's post 13/05/2026

12 Mei 2026 (Selasa)

Hari kedua Program Bootcamp Siri 2 ‘R2C (Road-to-Commercialization) Bootcamp UPSI 2026’ bersama MRANTI telah diteruskan dengan pelbagai pengisian yang memberi fokus kepada penilaian potensi produk serta hala tuju pengkomersialan.

Para peserta turut didedahkan dengan sesi Commercial-readiness assessment, 360° screening on project viability serta penyediaan Commercialisation Action Plan bagi membantu memperkukuh strategi pembangunan dan pengkomersialan produk inovasi berasaskan penyelidikan.

Semoga program ini terus memberi manfaat dan menjadi platform terbaik dalam melahirkan inovasi yang berimpak tinggi serta berpotensi untuk dikomersialkan.

Photos from RMIC UPSI's post 12/05/2026

11 Mei 2026 (Isnin)

Hari pertama Program Bootcamp SIRI 2 ‘R2C (Road-to-Commercialization) Bootcamp UPSI 2026’ bersama MRANTI telah berlangsung dengan lancar.

Sepanjang sesi, para peserta telah didedahkan dengan pengenalan kepada pengkomersialan serta hala tuju program. Turut diadakan sesi pitching idea yang memberi peluang kepada peserta membentangkan cadangan masing-masing serta menerima maklum balas daripada fasilitator.

Diharapkan program ini dapat memberi manfaat dan membantu peserta dalam memperkukuh idea ke arah pengkomersialan.

Photos from RMIC UPSI's post 08/05/2026

📅 Hari 3 | Penutup Bengkel Draf Paten 2026 bersama Perbadanan Harta Intelek Malaysia

Hari terakhir bengkel memberi tumpuan kepada proses akhir permohonan paten yang merangkumi:

🔹 Mengisi borang-borang pendaftaran paten
🔹 Semakan kualiti spesifikasi dan borang pendaftaran
🔹 Pengenalan laporan pemeriksaan substantif
🔹 Tips menjawab laporan pemeriksaan substantif

Bengkel diakhiri dengan sesi penutup serta perkongsian akhir bagi memperkukuh pemahaman peserta dalam proses penyediaan dan pendaftaran paten secara lebih sistematik dan berkualiti.

Photos from RMIC UPSI's post 06/05/2026

📅 Hari 2 | Bengkel Draf Paten 2026 bersama Perbadanan Harta Intelek Malaysia

Sesi hari kedua diteruskan dengan pengukuhan penyediaan spesifikasi paten merangkumi:

🔹 Latar belakang ciptaan
🔹 Pengenalpastian ciri-ciri teknikal ciptaan
🔹 Carian prior art patent
🔹 Penyediaan tuntutan paten (claims)
🔹 Penyediaan ringkasan ciptaan (abstract)

Sesi berjalan secara praktikal dan berfokus, memberi pemahaman lebih jelas dalam penyediaan dokumen paten yang sistematik dan memenuhi keperluan penilaian.

Photos from RMIC UPSI's post 05/05/2026

📅 Hari 1 | Bengkel Draf Paten 2026 bersama Perbadanan Harta Intelek Malaysia | 4 Mei 2026

Alhamdulillah, hari pertama bengkel berjalan lancar ✨

Peserta didedahkan dengan:
🔹 Pengenalan asas paten & kepentingannya
🔹 Proses permohonan paten di Malaysia
🔹 Teknik asas penulisan draf paten yang betul

Perkongsian daripada pihak MyIPO memang sangat membantu dalam memberi kefahaman yang lebih jelas, terutama tentang elemen penting dalam permohonan paten dan kesilapan yang perlu dielakkan.

Semoga hari pertama ini memberi manfaat dan menjadi langkah awal ke arah penghasilan inovasi yang lebih berkualiti 💡

01/05/2026

Seluruh keluarga RMIC UPSI mengucapkan Selamat Hari Pekerja dan Selamat bercuti kepada seluruh rakyat Malaysia.

Photos from RMIC UPSI's post 30/04/2026

30 April 2026 | Khamis | Kuala Lumpur

Hari terakhir Retreat Portfolio P&I berlangsung di Hotel Ideas Kuala Lumpur pada 27-30 April 2026 yang dihadiri oleh staf-staf RMIC, Pejabat TNCPI, dan NiCE.

Aktiviti pada hari terakhir adalah :
- Ceramah Motivasi "Menyemarak Semangat Kebersamaan, Menginovasi Menuju Kecemerlangan" oleh konsultan, En. Zukernain Wook
-Sesi Rumusan dan Penutup oleh Pengarah RMIC dan Pengarah NiCE






Photos from RMIC UPSI's post 29/04/2026

29 April 2026 | Rabu | Kuala Lumpur

Hari ketiga Retreat Portfolio P&I berlangsung di Hotel Ideas Kuala Lumpur pada 27-30 April 2026 yang dihadiri oleh staf-staf RMIC, Pejabat TNCPI, dan NiCE.

Aktiviti pada hari ketiga termasuk :

- Lawatan Berpandu di Kompleks Kraf Kuala Lumpur
- Lunch @ Restoran Rebung by Chef Ismail
- Lawatan ke Immersify KL, Menara EcoWorld
- Ceramah Motivasi oleh En. Marwan Abdullah bertajuk ‘Beyond KPI, Bekerja dengan Jiwa bukan Sekadar Dengan Angka’






Photos from RMIC UPSI's post 28/04/2026

28 April 2026 | Selasa | Kuala Lumpur

Hari kedua Retreat Portfolio P&I berlangsung di Hotel Ideas Kuala Lumpur pada 27-30 April 2026 yang dihadiri oleh staf-staf RMIC, Pejabat TNCPI, dan NiCE.

Antara intipati hari ini adalah :
- Aspirasi Pengarah RMIC dan Pengarah NiCE
- Amanat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi), Prof. Dr. Suriani Abu Bakar
- Perancangan Strategik dan Takwim 2026






Photos from RMIC UPSI's post 28/04/2026

27 April 2026 | Isnin | Kuala Lumpur

Hari pertama Retreat Portfolio Penyelidikan & Inovasi (P&I) yang disertai oleh RMIC, Pejabat TNCPI, dan NiCE.

Antara aktiviti yang dijalankan pada hari ini termasuk:

-Lawatan Ilmiah ke Pusat Sains Negara, Kuala Lumpur
-Lunch Steamboat & Grill di Seoul Garden
-Majlis Bacaan Yasin & Tahli Arwah
-Taklimat Retreat Portfolio P&I

Retreat P&I akan berlangsung pada 27 hingga 30 April 2026 di Hotel Ideas, Kuala Lumpur.







Photos from RMIC UPSI's post 24/04/2026

24 April 2026 | Jumaat | Tanjong Malim

Sesi perbincangan strategik antara UPSI bersama Penang Women Development Corporation (PWDC) anjuran RMIC UPSI.

Delegasi PWDC yang diketuai oleh Dato’ Ong Bee Leng hadir untuk menerangkan inisiatif yang diambil oleh PWDC untuk memperkasa dan meningkatkan kesamarataan jantina, keadilan sosial dan pemerkasaan wanita melalui penyelidikan, pembangunan inklusif dan advokasi.

RMIC UPSI mengucapkan jutaan terima kasih kepada PWDC atas perkongsian yang disampaikan dan kepada semua hadirin yang meluangkan masa menghadiri perkongsian ini.



Want your school to be the top-listed School/college in Tanjung Malim?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Telephone

Address

Research Management And Innovation Centre (RMIC) Research Management And Innovation Complex, Kampus Sultan Azlan Shah, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjong Malim
Tanjung Malim
35900

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00