19/09/2026
Jumaat | 18 September 2026 | Tanjong Malim
Berlangsung RMIC2U : Tour to FPE di Bilik Seminar FPE, KSAS, UPSI anjuran RMIC UPSI bersama Fakulti.
RMIC2U merupakan satu inisiatif dari RMIC untuk berkunjung ke setiap Fakulti di UPSI dan memberi pendedahan kepada ekosistem 4P di UPSI termasuk Penyelidikan, Perundingan, Penerbitan, Pengkomersialan dan Inovasi.
Jelajah RMIC2U dimulakan dengan aluan dari Pengarah RMIC, Prof. Madya Dr. Lena Farida Hussain Chin, yang dituruti oleh setiap wakil unit-unit di RMIC untuk mendedahkan sedikit sebanyak berkaitan ekosistem dan proses kerja di RMIC.
Fakulti Pengurusan & Ekonomi (FPE) merupakan Fakulti/PTj kelapan yang dikunjungi oleh RMIC untuk program RMIC2U ini.
RMIC dengan ini mengucapkan jutaan terima kasih kepada FPE dan semua pensyarah yang hadir pada sesi hari ini.