01/05/2026
[SELAMAT HARI PEKERJA π·ββοΈβ¨]
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Bersempena Hari Pekerja, kami merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua warga pekerja atas usaha, komitmen dan dedikasi dalam memajukan diri serta negara.
Semoga segala pengorbanan terus menjadi inspirasi untuk melangkah lebih jauh dengan semangat dan integriti.
Selamat Hari Pekerja! πͺβ¨
Ikhlas daripada:
Persatuan Mahasiswa Program Pendidikan Khas
Sidang 2025/2026
07/03/2026
π *[JALUR KERJAYA PENDIDIKAN KHAS: DARI KAMPUS KE DUNIA PEKERJAAN]* β¨
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Persatuan Mahasiswa Program Pendidikan Khas (PM2PK) akan menganjurkan program Jalur Kerjaya Pendidikan Khas: Dari Kampus ke Dunia Pekerjaan bagi memberikan pendedahan kepada mahasiswa tentang laluan kerjaya dalam bidang pendidikan khas serta persediaan menghadapi alam pekerjaan.
Butiran program:
ποΈ *Tarikh: 14 Mac 2026 (Sabtu)*
β° *Masa: 10.00 pagi β 12.00 tengah hari*
π₯οΈ *Platform: Google Meet dan Facebook Live*
π©βπ« *Panel Jemputan:*
Cikgu Noryusmila binti Mahmood Zuludin
Guru Cemerlang Pendidikan Khas dengan 16 tahun pengalaman mengajar serta Jurulatih Kebangsaan Persijilan Kemahiran Malaysia (PPKI).
β¨ *Penyertaan adalah percuma!*
Daftar melalui QR kod atau pautan berikut:
π https://forms.gle/QbE1R6MBkFfGts9g9
π MyCHAMP disediakan
π e-Sijil penyertaan turut diberikan
Sebarang pertanyaan:
π Ying: 011-38036927
π Qistina: 013-5630200
06/03/2026
πHAPPY BIRTHDAY *DR HAJAH NORAINI*π
Persatuan Mahasiswa Program Pendidikan Khas UPSI ingin mengucapkan selamat ulang tahun kelahiran kepada *DR HAJAH NORAINI, KETUA JABATAN PENDIDIKAN KHAS*. Semoga ulang tahun beliau pada kali ini akan menjadi lebih bermakna dan penuh dengan kebahagiaan yang berpanjangan, serta dilimpahi dengan rahmat oleh yang Maha Esa β¨π°
Semoga setiap langkah yang diambil akan terus diberkati dan diberi kejayaan dalam segala usaha yang dijalankan. Teruskan mengorak langkah dengan penuh semangat untuk membangun bersama-sama Persatuan Mahasiswa Program Pendidikan Khas UPSI β¨π
03/03/2026
*[SELAMAT MENYAMBUT HARI PENDENGARAN SEDUNIA π€β¨]*
Setiap 3 Mac disambut sebagai Hari Pendengaran Sedunia yang dianjurkan oleh World Health Organization (WHO) bagi meningkatkan kesedaran tentang hak, keperluan dan kesejahteraan individu yang mempunyai masalah pendengaran.
Hari ini bukan sekadar satu sambutan, tetapi simbol penghargaan terhadap kekuatan, ketabahan dan keunikan komuniti pekak serta individu yang ketidakupayaan pendengaran dalam mengharungi cabaran kehidupan. Mereka membuktikan bahawa keterbatasan bukan penghalang untuk berjaya, berkomunikasi dan menyumbang kepada masyarakat.
Kami, daripada Persatuan Mahasiswa Program Pendidikan Khas (PM2PK) UPSI komited dalam menyokong usaha memperkasa dan memperjuangkan hak golongan berkeperluan khas demi mewujudkan masyarakat yang lebih inklusif, empati dan menghormati kepelbagaian.
Selamat Hari Pendengaran Sedunia.
Raikan kepelbagaian, suburkan kesamarataan. π€
02/03/2026
TAHNIAH DIUCAPKAN KEPADA DR. HJH. NORAINI BINTI ABDULLAH
Assalamualaikum dab Salam Sejahtera !
Persatuan Mahasiswa Program Pendidikan Khas UPSI (PM2PK) ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan sekalung penghargaan kepada Dr. Hjh. Noraini Binti Abdullah di atas perlantikan sebagai Pensyarah Pelawat Antarabangsa yang bertempat di National Taiwan Normal University's , Taiwan bermula pada 24 Februari - 9 Mac 2026.
Semoga kepimpinan beliau membawa Jabatan Pendidikan Khas ke arah kecemerlangan yang berterusan.
01/02/2026
πͺ SELAMAT MENYAMBUT HARI THAIPUSAM πͺ
Persatuan Mahasiswa Program Pendidikan Khas (PM2PK) ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Thaipusam kepada semua mahasiswa dan mahasiswi yang meraikannya serta kepada seluruh penganut agama Hindu.
Semoga sambutan Hari Thaipusam kali ini membawa kebahagiaan, kesejahteraan dan keberkatan bersama keluarga serta rakan-rakan.
Ikhlas daripada:
Persatuan Mahasiswa Pendidikan Khas (PM2PK)
Sidang 2025/2026
11/01/2026
SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH
SESI 2026 π«
Persatuan Mahasiswa Program Pendidikan Khas UPSI merakamkan ucapan Selamat Kembali ke Sekolah kepada semua murid, guru-guru di seluruh negara serta alumni Pendidikan Khas yang telah menerima penempatan, khususnya graduan dan pelajar ISMP Pendidikan Khas AT10.
Semoga sesi persekolahan tahun ini berjalan dengan lancar dan memberi ruang untuk memperkukuh ilmu, kemahiran serta pengalaman profesional dalam bidang pendidikan khas. Diharapkan semua warga pendidik dapat melaksanakan tanggungjawab dengan komitmen tinggi, sikap profesional dan dedikasi yang berterusan demi kemenjadian murid.
Kami juga mendoakan agar semua sentiasa berada dalam keadaan sihat, selamat dan dilindungi sepanjang menjalani tugas serta sesi persekolahan ini.
Selamat menjalankan amanah dan selamat kembali ke sekolah.
06/01/2026
[ TERIMA KASIH PROF. DR. ABDUL RAHIM BIN RAZALI⨠]
Assalamualaikum dan salam sejahtera !
Persatuan Mahasiswa Program Pendidikan Khas UPSI (PM2PK) bagi sidang 2025/2026 ingin mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih dan merakamkan jutaan penghargaan kepada Prof. Dr. Abdul Rahim bin Razali atas segala jasa, sumbangan, sokongan dan pengorbanan yang telah dicurahkan sepanjang menjadi Timbalan Naib Canselor ( Akademik & Antarabangsa).
Semoga segala tunjuk ajar dan nasihat yang diberikan ini menjadi panduan kepada semua barisan mahasiswa dan mahasiswi Program Pendidikan Khas Upsi.
28/12/2025
π TAHNIAH & SYABAS π
Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada YBrs. Dr. Mohd. Anuar bin Abdullah atas pelantikan sebagai Pengarah Bahagian Pendidikan Khas, berkuat kuasa pada 15 Disember 2025.
Semoga pelantikan ini terus memperkukuh usaha memperkasa pendidikan khas negara serta membawa sinar baharu dalam pembangunan dan kebajikan murid berkeperluan khas.
Ikhlas daripada:
Jabatan Pendidikan Khas,
Fakulti Pembangunan Manusia,
Universiti Pendidikan Sultan Idris,
Tanjung Malim, Perak.
28/12/2025
πβ¨ [Merry Christmas! ]β¨π
Persatuan Mahasiswa Program Pendidikan Khas (PM2PK) Sidang 2025/2026 dengan penuh rasa hormat dan keikhlasan mengucapkan Selamat Menyambut Hari Natal kepada semua ahli serta warga yang meraikannya.
Semoga perayaan yang penuh bermakna ini membawa sinar kegembiraan, kasih sayang, kedamaian dan harapan baharu, di samping mencipta kenangan indah bersama keluarga dan insan tersayang. Diharapkan semangat kebersamaan dan nilai toleransi ini terus mekar dalam kehidupan seharian kita.
Ikhlas daripada,
PM2PK Sidang 2025/2026
08/12/2025
[MAJLIS SYARAHAN BUDIMAN β 1 HARI LAGI]
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Dengan sukacita dimaklumkan bahawa Universiti Pendidikan Sultan Idris akan mengadakan Majlis Syarahan Budiman yang akan diadakan pada ketetapan berikut:-
π
9 Disember 2025 (Selasa)
β° 2.30 petang
π Dewan Konvensyen, Bangunan E-Learning,
Kampus Sultan Abdul Jalil Shah, Universiti Pendidikan Sultan Idris
Majlis ini diadakan sebagai tanda penghargaan atas dedikasi serta komitmen tinggi beliau dalam memacu kecemerlangan akademik dan pembangunan universiti.
24/11/2025
π«LEAD 2.0 : PASSING THE TORCHπ«
Assalamualaikum dan salam sejahtera, sukacita dimaklumkan bahawa Persatuan Mahasiswa Program Pendidikan Khas akan mengadakan majlis LEAD 2.0 : PASSING THE TORCH sebagai penutup dan apresiasi kepada barisan kepimpinan bagi sidang 2024/2025.
Oleh itu, semua ahli Persatuan Mahasiswa Program Pendidikan Khas dan wakil-wakil setiap semester dijemput untuk menghadirkan diri pada ketetapan berikut:
πTarikh: 27 November 2025 (Khamis)
π°οΈMasa: 8.00 pm - 11.00 pm
πTempat: Bilik Zaaba (Blok 9)
πTema: Retro
πDiingatkan kepada semua MT dan EXCO sidang 2024/2025 untuk membawa hadiah masing-masing bagi sesi pertukaran hadiah.
Jumpa anda di sana! ππΌ