IMAM UPSI

IMAM UPSI

Share

Facebook rasmi Ikatan Mahasiswa Anak Melaka (IMAM UPSI)

17/10/2025

PERKONGSIAN JUMAAT

Assalammualaikum w.b.t. dan Salam Sejahtera, Salam IMAM Minda Positif Penggerak Wawasan ✨❤️🤍💙💛

Dalam ayat ini, Allah menjanjikan bahawa orang yang bersabar akan menerima pahala tanpa batas. Ini menunjukkan betapa tinggi kedudukan sabar di sisi Allah. Ujian yang datang bukan untuk melemahkan, tetapi untuk menguatkan jiwa dan mendidik hati supaya bergantung sepenuhnya kepada-Nya.

Berikut beberapa cara yang diajar dalam al-Quran dan hadis untuk melatih kesabaran:
1. Jaga hubungan dengan Allah.
2. Yakin bahawa setiap ujian ada hikmah.
3. Kawal lidah dan perbuatan ketika marah.
4. Jadikan solat dan doa sebagai sumber kekuatan.
5. Ucapkan “إنا لله وإنا إليه راجعون” setiap kali ditimpa musibah.
6. Bersyukur walau sekecil nikmat yang Allah beri.

Oleh itu, Surah Az-Zumar ayat 10 mengajar bahawa sabar bukan sekadar menunggu sesuatu selesai, tetapi menunggu dengan hati yang tenang, beriman, dan terus berusaha.






Minda Positif, Penggerak Wawasan

09/10/2025

PERKONGSIAN JUMAAT

Assalammualaikum w.b.t. dan Salam Sejahtera, Salam IMAM Minda Positif Penggerak Wawasan ✨❤️🤍💙💛

Berdasarkan Firman Allah tersebut, hal ini seiring dengan fenomena kini yang boleh dilihat apabila ramai sibuk mengejar dunia seperti harta,pangkat dan pop**ariti. Dengan itu, mereka lupa bahawa perkara tersebut akan ditinggalkan apabila mati, kecuali tiga perkara.

Tiga perkara tersebut adalah:
1. Sedekah jariah
2. Ilmu bermanfaat
3. Doa anak soleh (HR Muslim)

Oleh itu, kita janganlah tertipu dengan dunia yang sementara, malah gunakan ia sebagai jambatan menuju syurga. Lakukanlah amal kecil yang ikhlas supaya ia kekal abadi walaupun dunia melupakannya. Sentiasa menyebut kematian dengan tujuan fokus pada perkara yang bernilai kekal, bukan untuk melemahkan semangat.

Hidup ini sekejap. Maka, jangan habiskan untuk perkara yang tidak memberi manfaat di akhirat.






Minda Positif, Penggerak Wawasan

05/10/2025

📚 SELAMAT KEMBALI DAN MENJALANI SEMESTER 1 (A251) SESI 2025/2026📚

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera. Salam IMAM Minda Positif Penggerak Wawasan✨❤🤍💙💛

Bunga mekar indah berseri,
Harum semerbak di waktu pagi,
Selamat belajar di semester baharu ini,
Semoga berjaya capai prestasi tinggi.

Barisan kepimpinan Ikatan Mahasiswa Anak Melaka (IMAM) UPSI Legasi Satria J***t ingin mengucapkan Selamat Menjalani Semester 1 sesi 2025/2026 kepada semua pelajar Ijazah Sarjana Muda.

Semoga pada semester yang baharu ini dapat meningkatkan ketabahan dan keazaman mahasiswa/mahasiswi untuk kekal dan terus memperoleh kejayaan yang cemerlang di Universiti Pendidikan Sultan Idris ini.

Sekian, terima kasih.







Minda Positif, Penggerak Wawasan

30/09/2025

[PENCARIAN BARISAN KEPIMPINAN EXCO DAN RAKAN EXCO KALI KE-2]

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera✨
🔥Anak Melaka! Dah ready jadi pemimpin?🔥

Ikatan Mahasiswa Anak Melaka (IMAM UPSI) Sidang 25/26 kini mencari barisan kepimpinan baharu yang berani, bersemangat dan komited untuk memimpin legasi kita! 💪🏼✨

Syarat-syarat permohonan:
✅Terbuka kepada mahasiswa/siswi yang menetap mahupun lahir negeri melaka
✅Calon mestilah pelajar dari semester 1-6 sahaja
✅Merupakan pelajar *Ijazah Sarjana Muda* atau *Diploma*
✅Mampu memberikan komitmen dan boleh bekerja dalam sebuah organisasi
✅Hanya boleh memilih 3 jawatan sahaja bagi setiap calon

📌Calon diminta untuk membaca setiap syarat permohonan di bawah dengan teliti sebelum mengisi borang permohonan
https://docs.google.com/document/d/1NLaMyZGbyGsyL6g3z-G-1jKeH6xFiaZr/edit?usp=sharing&ouid=100457973298050632784&rtpof=true&sd=true

📌Permohonan boleh dibuat menggunakan pautan di bawah
https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSee0cBql6caeKDSYnql-0oFhjm-ITYUx2KpCoSMUIVtbiX6Bg/viewform?usp=sf_link

Sebarang pertanyaan boleh menghubungi:
Afiqah : Wasap.my/60194809975
Maira : Wasap.my/60137130673

30/09/2025

📢 HEBAHAN MEDIA SOSIAL IMAM UPSI 📢

Assalamualaikum dan salam sejahtera 🌸
Kepada semua mahasiswa/i baru UPSI, khususnya anak-anak Melaka ✨

Jom ikuti perkembangan, program dan info terkini Ikatan Mahasiswa Anak Melaka (IMAM) UPSI melalui platform media sosial rasmi kami! 💙🤍❤💛

👉 Klik pautan di bawah untuk akses semua media sosial IMAM:
🌐 https://linktr.ee/IMAM_UPSI

📲 Jangan lupa follow, like & share supaya anda tidak terlepas sebarang makluman dan aktiviti menarik bersama keluarga besar IMAM!


***t

30/09/2025

[BANTUAN ONE-OFF KERAJAAN MELAKA KEPADA KEPADA SELURUH MAHASISWA DAN MAHASISWI ANAK MELAKA YANG MELANJUTKAN PELAJARAN KE INSITUSI PENGAJIAN TINGGI]

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera. Salam IMAM Minda Positif Penggerak Wawasan✨❤️🤍💙💛

Dengan ini kami ingin memaklumkan bahawa kerajaan negeri Melaka melalui Tabung Amanah Pendidikan Negeri Melaka (TAPEM) menawarkan bantuan secara one off kepada mahasiswa dan mahasiswi bagi anak melaka yang berjaya melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi.

Pemohon boleh membuat permohonan secara atas talian melalui laman web rasmi Tapem iaitu https:// tapemonline.melaka.gov.my atau secara bersemuka melalui borang yang bole didapati di pejabat TAPEM pada waktu pejabat.

Diharapkan dengan adanya bantuan ini dapat membantu untuk meringankan bean dan memudahkan urusan mahasiswa dan mahasiswi sewaktu menjalani program pengajian.

Sekian, terima kasih.✨







Minda Positif Penggerak Wawasan

28/09/2025

UCAPAN PENGHARGAAN KEPADA KEPIMPINAN IMAM LEGASI MAHARDIKA TUAH

Assalammualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera,
Salam IMAM Minda Positif Penggerak Wawasan ✨❤️🤍💛💙

Kepimpinan Ikatan Mahasiswa Anak Melaka (IMAM) 25/26 Legasi Satria J***t menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih yang tulus ikhlas kepada Kepimpinan Legasi Mahardika Tuah atas segala jasa dan pengorbanan yang telah dicurahkan dalam memimpin serta mengangkat martabat IMAM di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), khususnya dalam kalangan mahasiswa anak Melaka.

Tahniah juga diucapkan kepada barisan Kepimpinan IMAM Legasi Mahardika Tuah kerana berjaya memimpin persatuan IMAM sepanjang sidang 24/25 dengan jayanya. Semoga kejayaan Kepimpinan Legasi Mahardika Tuah menjadi inspirasi kepada Kepimpinan Legasi yang akan datang.






Minda Positif, Penggerak Wawasan

16/03/2025

1 HARI LAGI ‼
[MENYEMARAKKAN CAHAYA NUZUL AL-QURAN: PENGHAYATAN KITABULLAH DI ERA DIGITAL]

Assalamualaikum w.b.t. dan Salam Sejahtera✨

Burung merpati terbang ke hulu,
Hinggap sebentar di dahan jati.
Ada program kami menyeru,
Jangan sampai ketinggalan nanti.

Sukacita dimaklumkan bahawa Ikatan Mahasiswa Anak Melaka UPSI akan menganjurkan Program Menyemarakkan Cahaya Nuzul Al-Quran bersempena Nuzul Al-Quran yang akan berlangsung pada ketetapan seperti berikut:-

📌Tarikh : 17 Mac 2025 (Isnin)
📌Masa : 10.00 pagi sehingga 12.00 tengah hari
📌Platform : Secara atas talian
📌Penceramah : Luqman Al Hakim Bin Che Zahari

TERBUKA KEPADA SEMUA PELAJAR, KAKITANGAN DAN ORANG AWAM 🙌🏻

MATA CHAMP & E-SIJIL DISEDIAKAN ‼

Pautan link pendaftaran seperti yang dibawah dan semua dijemput untuk sertai :
https://forms.gle/SHJpJSjSuVbsNEMUA

Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan, boleh menghubungi :
Aina : 017-3548250
Adam : 019-2320784




15/03/2025

*2 HARI LAGI*‼️
[MENYEMARAKKAN CAHAYA NUZUL AL-QURAN: PENGHAYATAN KITABULLAH DI ERA DIGITAL]

Assalamualaikum w.b.t. dan Salam Sejahtera✨

Burung merpati terbang ke hulu,
Hinggap sebentar di dahan jati.
Ada program kami menyeru,
Jangan sampai ketinggalan nanti.

Sukacita dimaklumkan bahawa Ikatan Mahasiswa Anak Melaka UPSI akan menganjurkan Program Menyemarakkan Cahaya Nuzul Al-Quran bersempena Nuzul Al-Quran yang akan berlangsung pada ketetapan seperti berikut:-

📌Tarikh : 17 Mac 2025 (Isnin)
📌Masa : 10.00 pagi sehingga 12.00 tengah hari
📌Platform : Secara atas talian
📌Penceramah : Luqman Al Hakim Bin Che Zahari

TERBUKA KEPADA SEMUA PELAJAR, KAKITANGAN DAN ORANG AWAM 🙌🏻

MATA CHAMP & E-SIJIL DISEDIAKAN ‼️

Pautan link pendaftaran seperti yang dibawah dan semua dijemput untuk sertai :
https://forms.gle/SHJpJSjSuVbsNEMUA

Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan, boleh menghubungi :
Aina : 017-3548250
Adam : 019-2320784




12/03/2025

[MENYEMARAKKAN CAHAYA NUZUL AL-QURAN: PENGHAYATAN KITABULLAH DI ERA DIGITAL]

Assalamualaikum w.b.t. dan Salam Sejahtera✨

Burung merpati terbang ke hulu,
Hinggap sebentar di dahan jati.
Ada program kami menyeru,
Jangan sampai ketinggalan nanti.

Sukacita dimaklumkan bahawa Ikatan Mahasiswa Anak Melaka UPSI akan menganjurkan Program Menyemarakkan Cahaya Nuzul Al-Quran bersempena Nuzul Al-Quran yang akan berlangsung pada ketetapan seperti berikut:-

📌Tarikh : 17 Mac 2025 (Isnin)
📌Masa : 10.00 pagi sehingga 12.00 tengah hari
📌Platform : Secara atas talian
📌Penceramah : Luqman Al Hakim Bin Che Zahari

TERBUKA KEPADA SEMUA PELAJAR, KAKITANGAN DAN ORANG AWAM 🙌🏻

MATA CHAMP DISEDIAKAN‼

Para peserta dijemput masuk ke pautan link Whatssap yang disediakan :
https://chat.whatsapp.com/Ehyse52rdXxIwcwm5pUPvc

Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan, boleh menghubungi :
Aina : 017-3548250
Adam : 019-2320784




25/08/2024

✨ SELAMAT MENYAMBUT ULANG TAHUN KELAHIRAN Ke -75 ✨

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera. Salam IMAM Minda Positif Penggerak Wawasan✨❤🤍💙💛

_Tanam betik dipinggir laman,_
_Buahnya lebat enak dimakan,_
_Selamat Hari Lahir kami ucapkan ,_
_Hidup p**a sentiasa meraih keberkatan._

Barisan kepimpinan Ikatan Mahasiswa Anak Melaka (IMAM) UPSI Legasi Hang Tuah mengucapkan Selamat Menyambut Ulang Tahun Kelahiran TYT Tun Setia (DR.) Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka ke-75.

"Semoga Tuan Yang Terutama Tun Dikurniakan Kesihatan dan Dipanjangkan Usia Serta Dilimpahkan Rahmat Olehnya..."






Minda Positif, Penggerak Wawasan

Want your school to be the top-listed School/college in Tanjung Malim?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Address


Universiti Pendidikan Sultan Idris
Tanjung Malim
35900