PPKI SK Tanah Liat

  • Home
  • PPKI SK Tanah Liat

PPKI SK Tanah Liat PPKI SK Tanah Liat menempatkan murid2 bermasalah pembelajaran.

25/05/2026
Tahniah diucapkan kepada Cinta Sumayah Atiqah atas kejayaan meraih Tempat Ke-3 dalam Kejohanan Merentas Desa Peringkat S...
08/04/2026

Tahniah diucapkan kepada Cinta Sumayah Atiqah atas kejayaan meraih Tempat Ke-3 dalam Kejohanan Merentas Desa Peringkat SPT! 🥉🏃‍♀️

Tahniah juga kepada Ainul Mardhiah, Afiq Rayyan dan Amr Saiedi kerana berjaya menamatkan larian dengan penuh semangat dan ketabahan. 💪✨

Semoga pencapaian ini menjadi inspirasi kepada semua murid untuk terus berusaha, berdisiplin dan tidak mudah berputus asa.

Jumpa di peringkat negeri! Ppki SK Tanah Liat teruskan melakar kejayaan! 🔥🏅

Ppki SK Tanah Liat SK TANAH LIAT, BM
27/03/2026

Ppki SK Tanah Liat SK TANAH LIAT, BM

Alhamdulillah, aktiviti mewarna sampul raya telah dilaksanakan dengan penuh keceriaan dalam kalangan murid Ppki SK Tanah...
27/03/2026

Alhamdulillah, aktiviti mewarna sampul raya telah dilaksanakan dengan penuh keceriaan dalam kalangan murid Ppki SK Tanah Liat.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada ibu bapa, guru serta PPM atas sumbangan duit raya kepada murid-murid PPKI.
Sumbangan yang diberikan amat bermakna dan boleh dimasukkan ke dalam sampul raya yang telah dihias oleh murid sendiri.
Semoga segala kebaikan dan keprihatinan ini dibalas dengan ganjaran yang berlipat ganda. 🌙✨

Tarikh: Rabu, 11 Mac 2026Program Perkhidmatan Sokongan dan Intervensi Pendidikan Khas (PROSPEK) 2026oleh Pusat Perkhidma...
27/03/2026

Tarikh: Rabu, 11 Mac 2026

Program Perkhidmatan Sokongan dan Intervensi Pendidikan Khas (PROSPEK) 2026
oleh Pusat Perkhidmatan Pendidikan Khas (3PK) Pulau Pinang di bawah Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang
Alhamdulillah, Program PROSPEK telah dilaksanakan dengan jayanya di Ppki SK Tanah Liat. Program ini merupakan salah satu inisiatif Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam menyediakan perkhidmatan sokongan kepada Murid Berkeperluan Pendidikan Khas (MBPK) melalui saringan, penilaian serta intervensi yang bersesuaian.
Pelaksanaan program ini melibatkan pegawai dalam pelbagai bidang kepakaran seperti:
• Intervensi Pembelajaran
• Terapi Cara Kerja
• Terapi Pertuturan Bahasa
• Psikologi
• Audiologi (kerjasama bersama AudioLab Hearing)

Antara tujuan utama program ini adalah:
1. Menjalankan saringan terhadap MBPK
2. Memberi khidmat konsultasi dan sokongan kepada pihak sekolah
3. Membantu intervensi perkembangan murid
4. Memberi bimbingan serta pemantapan penulisan Rancangan Pendidikan Individu (RPI) kepada guru
Semoga pelaksanaan program ini dapat membantu meningkatkan potensi murid serta memperkukuh amalan pengajaran dan pembelajaran secara lebih berkesan.
Sekalung penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini. 🤝✨

Dapur Raya : Aktiviti membuat Cheesekut Raya Ppki SK Tanah LiatTarikh : Selasa, 10 Mac 2026Alhamdulillah, aktiviti membu...
27/03/2026

Dapur Raya : Aktiviti membuat Cheesekut Raya Ppki SK Tanah Liat
Tarikh : Selasa, 10 Mac 2026
Alhamdulillah, aktiviti membuat cheesekut raya telah berjaya dilaksanakan dengan penuh keceriaan dan kerjasama dalam kalangan murid PPKI.
Semua murid terlibat secara aktif dalam menyediakan cheesekut masing-masing dan kelihatan sangat seronok sepanjang aktiviti berlangsung. 😊
Aktiviti ini bukan sahaja menyeronokkan, malah membantu meningkatkan keyakinan diri serta kemahiran asas dalam penyediaan makanan.
Semoga pengalaman ini menjadi kenangan indah dan memberi manfaat kepada murid dalam kehidupan seharian. 🌙✨

Rabu, 4 Mac 2026Aktiviti Penyediaan Air Berbuka Puasa oleh Kelab Keusahawanan Ppki SK Tanah Liat.Alhamdulillah, murid-mu...
27/03/2026

Rabu, 4 Mac 2026
Aktiviti Penyediaan Air Berbuka Puasa oleh Kelab Keusahawanan Ppki SK Tanah Liat.
Alhamdulillah, murid-murid PPKI telah menjalankan aktiviti penyediaan air berbuka puasa dengan penuh semangat dan kerjasama. Aktiviti ini memberi peluang kepada murid untuk mempelajari kemahiran asas keusahawanan serta bekerjasama dalam kumpulan.
Antara air yang disediakan ialah:
• Air bandung
• Sirap selasih
• Air jagung

Semoga aktiviti seperti ini dapat meningkatkan keyakinan diri murid serta memupuk nilai berdikari dan kemahiran hidup yang berguna. 🌙✨

Peluncuran Bulan Dakwah Ihya’ RamadanTarikh : Selasa, 24 Februari 2026Aktiviti Ppki SK Tanah Liat sepanjang bulan Ramada...
27/03/2026

Peluncuran Bulan Dakwah Ihya’ Ramadan
Tarikh : Selasa, 24 Februari 2026
Aktiviti Ppki SK Tanah Liat sepanjang bulan Ramadan:
- Kerohanian (Solat Dhuha)
- Tazkirah Ramadan
- Infak Ramadan
- Program Nuzul Al-Quran
- Dapur Raya
- Majlis Berbuka Puasa
- Hiasan Sudut
- Penghasilan Sampul Raya Kreatif
- Pemberian duit raya

Penyerahan Watikah Pelantikan Pemimpin CilikTarikh : Isnin, 9 Februari 2026Tempat : Dewan Terbuka SK TANAH LIAT, BMPengl...
27/03/2026

Penyerahan Watikah Pelantikan Pemimpin Cilik
Tarikh : Isnin, 9 Februari 2026
Tempat : Dewan Terbuka SK TANAH LIAT, BM
Penglibatan Ppki SK Tanah Liat :
- 12 orang Ketua dan Penolong Ketua Kelas
- 5 orang Pengawas Sekolah
- 2 orang Pengawas Pusat Sumber Sekolah
- 3 orang Pembimbing Rakan Sebaya
Alhamdulillah, majlis penyerahan watikah telah berlangsung dengan lancar dan penuh tertib.
Tahniah diucapkan kepada semua murid yang telah dilantik sebagai pemimpin cilik. Semoga amanah yang diberikan dapat dilaksanakan dengan penuh tanggungjawab serta menjadi contoh teladan kepada rakan-rakan lain.
Semoga barisan pemimpin ini mampu membina sahsiah diri yang cemerlang serta terus berusaha mencapai kejayaan dalam pelbagai bidang. 🌟

Isnin, 9 Februari 2026Peluncuran Program NILAMNILAM merupakan program galakan membaca yang bertujuan memupuk minat memba...
27/03/2026

Isnin, 9 Februari 2026
Peluncuran Program NILAM
NILAM merupakan program galakan membaca yang bertujuan memupuk minat membaca dalam kalangan murid serta membudayakan amalan membaca sepanjang hayat.
Aktiviti Murid Ppki SK Tanah Liat :
Tahap 1: Pertandingan mewarna penanda buku
Tahap 2: Pendedahan dan tutorial pengisian rekod bacaan dalam Sistem AINS (Advanced NILAM System) bagi membantu murid merekod bahan bacaan secara sistematik
Alhamdulillah, program telah dilaksanakan dengan lancar dan mendapat penglibatan yang baik daripada murid-murid PPKI.
Semoga melalui program ini, murid dapat meningkatkan minat membaca serta memanfaatkan sistem NILAM dengan lebih berkesan dalam usaha membina budaya membaca yang berterusan. 📚✨
Sekalung penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua guru serta pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini.

Address

Tanah Liat

14000

Telephone

+6045386675

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when PPKI SK Tanah Liat posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to PPKI SK Tanah Liat:

Shortcuts

  • Want your school to be the top-listed School/college?

Share