SJKT Ladang Repah

Call Website Contact the school

SJKT Ladang Repah Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from SJKT Ladang Repah, School, SJKT Ladang Repah, Jalan Bunga Mawar Kampung Sri Repah, Tampin.

SJKT Ladang Repah 2022/2023

Guru Besar: Encik Vasu a/l Karupiah
Guru Penolong Kanan 1: Encik Siva a/l Ratnam (DG44/ Sains)
Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid: Puan Vasunthi a/p Selyaraj (DG44/ Bahasa Tamil)
Guru Penolong Kanan Kokurikulum: Puan Guna Rekha a/p Muniandy (DG 44/ Bahasa Tamil:)

Guru Cemerlang Bahasa Melayu: Encik Zul Hazmi Hamad (DG44/ Bahasa Melayu: B.Ed, M.Ed)

Guru-Guru:
- Puan Santhy a/p Batumalai (DG44/ Bahasa Tamil)
- Puan Usha Marimuthu a/p Marimuthu (DG44 / Bahasa Inggeris)
- Puan Indrani a/p Poomaly (DG44)
- Puan Anbarasi a/p Anbalan (DG42/ Bahasa Tamil)
- Puan Krishnammah a/p Thamaselvam (DG32/ Bahasa Tamil)

Selamat Hari Kebangsaan ke-69 kepada seluruh rakyat Malaysia dengan tema rasmi “Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati...
31/08/2026

Selamat Hari Kebangsaan ke-69 kepada seluruh rakyat Malaysia dengan tema rasmi “Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati”

🔢✨ TAKLIMAT PROGRAM BIJAK SIFIR ✨🔢Sekolah telah mengadakan Taklimat Program Bijak Sifir bagi memberikan pendedahan dan g...
28/08/2026

🔢✨ TAKLIMAT PROGRAM BIJAK SIFIR ✨🔢

Sekolah telah mengadakan Taklimat Program Bijak Sifir bagi memberikan pendedahan dan galakan kepada murid untuk menguasai kemahiran sifir dengan lebih mudah dan berkesan.

Dalam program ini, Guru Besar turut menyampaikan Kad Sifir kepada murid-murid sebagai bahan bantu pembelajaran. Semoga kad sifir ini dapat membantu murid menghafal dan menguasai sifir dengan lebih cepat serta menyeronokkan.

💡 “Bijak Sifir, Cemerlang Matematik!” 📚🌟

📚 CERAMAH BERSAMA IBU BAPA & PENYERAHAN WANG KWAPM 🤝Sekolah telah mengadakan ceramah bersama ibu bapa yang bertujuan mem...
28/08/2026

📚 CERAMAH BERSAMA IBU BAPA & PENYERAHAN WANG KWAPM 🤝

Sekolah telah mengadakan ceramah bersama ibu bapa yang bertujuan memberikan perkongsian dan maklumat berkaitan pendidikan serta perkembangan anak-anak.

Program turut disusuli dengan penyerahan wang KWAPM kepada murid-murid yang layak. Semoga bantuan ini dapat meringankan beban ibu bapa serta memberi manfaat dalam menyokong keperluan persekolahan anak-anak.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua ibu bapa atas kerjasama dan sokongan yang diberikan. 🌷

🌷 Majlis Perpisahan Guru 🌷Setiap pertemuan pasti ada perpisahan. 💐Warga sekolah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan d...
23/08/2026

🌷 Majlis Perpisahan Guru 🌷

Setiap pertemuan pasti ada perpisahan. 💐

Warga sekolah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada En.Siva A/L Ratnam atas segala jasa, bakti, komitmen dan kenangan indah yang telah dicurahkan sepanjang berada di SJKT Ladang Repah.

Kini, beliau akan melangkah ke SJKT Ladang Regent untuk meneruskan khidmat dan mencurahkan ilmu kepada warga sekolah yang baharu. Semoga perpindahan ini menjadi lembaran baharu yang penuh dengan kejayaan, kebahagiaan dan pengalaman bermakna. 🌟

Selamat bertugas di tempat baharu. Semoga terus cemerlang dan menjadi inspirasi kepada anak-anak didik. 🌹

Pelancaran Bulan Kebangsaan 🇲🇾Pelancaran Bulan Kebangsaan telah dilaksanakan bagi menyemarakkan semangat patriotisme dan...
19/08/2026

Pelancaran Bulan Kebangsaan 🇲🇾

Pelancaran Bulan Kebangsaan telah dilaksanakan bagi menyemarakkan semangat patriotisme dan kecintaan terhadap negara dalam kalangan warga sekolah.❤️🤍💙💛

Semoga program ini dapat memupuk semangat cinta akan Malaysia, perpaduan dan jati diri dalam kalangan murid serta seluruh warga sekolah.

“Malaysia MADANI, Kesejahteraan Dinikmati!”

Kerja-kerja pengurusan dan penyusunan meja serta kerusi baharu telah dilaksanakan dengan bantuan murid dan warga sekolah...
16/08/2026

Kerja-kerja pengurusan dan penyusunan meja serta kerusi baharu telah dilaksanakan dengan bantuan murid dan warga sekolah. Penglibatan murid dalam aktiviti ini bukan sahaja membantu melancarkan urusan sekolah, malah turut membentuk sikap bertanggungjawab, bekerjasama, berdisiplin dan prihatin terhadap kemudahan bersama. 🌟

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada seluruh warga sekolah atas kerjasama dan komitmen yang diberikan. Bersama-sama kita membentuk murid yang bukan sahaja cemerlang dalam akademik, tetapi juga mempunyai karakter yang unggul. 💙

Sesi pelaporan bagi Semester 1 2026 telah dilaksanakan dengan lancar. Program ini menjadi wadah untuk menyampaikan perke...
16/08/2026

Sesi pelaporan bagi Semester 1 2026 telah dilaksanakan dengan lancar. Program ini menjadi wadah untuk menyampaikan perkembangan akademik, sahsiah dan pencapaian murid kepada ibu bapa. Terima kasih atas kerjasama dan sokongan semua pihak dalam memastikan kecemerlangan murid terus diperkasa. 🌟📖

“Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati”Pemasangan bendera Malaysia dan bendera negeri di sekitar kawasan sekolah tela...
14/08/2026

“Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati”
Pemasangan bendera Malaysia dan bendera negeri di sekitar kawasan sekolah telah dilaksanakan bagi menyemarakkan lagi suasana Bulan Kebangsaan. 🎉

Ayuh kita kibarkan Jalur Gemilang dengan penuh rasa bangga dan semangat patriotisme.

Sesi Amanat Guru Besar (Encik Xavier A/L Kathamuthu) Bersama Warga SekolahGuru Besar telah mengadakan sesi pertemuan ber...
23/07/2026

Sesi Amanat Guru Besar (Encik Xavier A/L Kathamuthu) Bersama Warga Sekolah

Guru Besar telah mengadakan sesi pertemuan bersama murid-murid, pengawas sekolah, pengawas pusat sumber, ketua-ketua darjah serta pekerja sekolah bagi memperkenalkan diri, menyampaikan amanat dan berkongsi hala tuju sekolah. Sesi ini bertujuan memupuk semangat kerjasama, disiplin serta tanggungjawab dalam memastikan pengurusan sekolah berjalan dengan lancar. Semoga dengan semangat kebersamaan ini, warga sekolah terus komited untuk mencapai kecemerlangan dalam semua aspek. 💙🏫

PROGRAM ANTI BULI Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Cikgu Vijaya atas komitmen, kerjasama dan p...
10/07/2026

PROGRAM ANTI BULI
Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Cikgu Vijaya atas komitmen, kerjasama dan perkongsian yang sangat bermakna dalam menjayakan Program Anti Buli anjuran Unit Hal Ehwal Murid (HEM) bersama Unit Bimbingan dan Kaunseling pada hari ini.

Program ini bertujuan meningkatkan kesedaran murid tentang kesan buli serta memupuk budaya hormat-menghormati, kasih sayang dan saling membantu antara satu sama lain.

Marilah kita bersama-sama membanteras buli dengan mengamalkan nilai murni, berani berkata TIDAK kepada buli, dan sentiasa menjadi rakan yang prihatin. Setiap murid berhak berasa selamat, dihargai dan gembira di sekolah.

“Sekolah Selamat, Murid Sejahtera, Buli Sifar.”

Address

SJKT Ladang Repah, Jalan Bunga Mawar Kampung Sri Repah
Tampin
73000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SJKT Ladang Repah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to SJKT Ladang Repah:

Shortcuts

Share

Category