Sekolah Kebangsaan Pegalan Kusob

Sekolah Kebangsaan Pegalan Kusob A Sekolah Kurang Murid (SKM) in the interior of Tambunan, Sabah.

28 Mei 2025 | Penyerahan sumbangan oleh Guru Besar kepada waris atlet‐atlet Silambam sekolah. Sumbangan berbentuk wang i...
28/05/2025

28 Mei 2025 | Penyerahan sumbangan oleh Guru Besar kepada waris atlet‐atlet Silambam sekolah. Sumbangan berbentuk wang ini diterima daripada PPD Tambunan untuk diserahkan kepada atlet‐atlet Silambam yang akan menyertai Kejohanan Silambam peringkat Kebangsaan yang akan berlangsung selama 6 hari di Petaling Jaya bermula pada 31 Mei hingga 05 Jun 2025. Selamat berjuang dan semoga akan mengharumkan nama sekolah di peringkat kebangsaan nanti!

20 Mei 2025 | Majlis Sambutan ringkas Hari Guru peringkat sekolah. "Guru Pemacu Reformasi Pendidikan"
28/05/2025

20 Mei 2025 | Majlis Sambutan ringkas Hari Guru peringkat sekolah. "Guru Pemacu Reformasi Pendidikan"

13-16.05.2025 | Kejohanan MSSD Tambunan telah melabuhkan tirai. Penantian untuk mendapatkan sebutir pingat akhirnya tert...
20/05/2025

13-16.05.2025 | Kejohanan MSSD Tambunan telah melabuhkan tirai. Penantian untuk mendapatkan sebutir pingat akhirnya tertunai pada hari terakhir kejohanan. Segala penat lelah semua atlet dan jurulatih akhirnya 'terbayar'. Bagi sekolah-sekolah besar yang mungkin lengkap dengan prasarana sukan dan lambakan pelajar untuk dipilih sebagai atlet, memenangi satu acara sukan dengan pencapaian tempat ketiga adalah satu perkara kecil. Tetapi bagi warga SK Pegalan Kusob, ini adalah satu pencapaian yang sangat besar dan bermakna. Siapa sangka sekolah kecil dan terpencil ini mampu bersaing dengan sekolah-sekolah besar lain yang saban tahun mendominasi kebanyakan acara. Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua yang terlibat sepanjang kejohanan berlangsung. Khususnya kepada semua jurulatih dan kuartet pelari 4x200m perempuan. Semua atlet telah menunjukkan semangat juang yang tinggi dan semua AJK telah bekerjasama untuk memastikan segalanya berjalan lancar untuk pasukan SK Pegalan Kusob sepanjang kejohanan berlangsung.

26.04.2025 | Setinggi-tinggi syabas dan tahniah diucapkan kepada adik Joan Joed Joseph atas pencapaian memenangi tempat ...
20/05/2025

26.04.2025 | Setinggi-tinggi syabas dan tahniah diucapkan kepada adik Joan Joed Joseph atas pencapaian memenangi tempat ketiga dalam pertandingan Sugandoi Danzanak peringkat daerah Tambunan

Syabas dan tahniah kepada semua atlet merentas desa daerah Tambunan di atas penyertaan dalam Kejohanan Merentas Desa Per...
22/04/2025

Syabas dan tahniah kepada semua atlet merentas desa daerah Tambunan di atas penyertaan dalam Kejohanan Merentas Desa Peringkat Negeri Sabah 2025 bertempat di SMK Entilibon, Telupid. Anda telah mencuba dan memberikan yang terbaik.

Selamat bertanding dan semoga berjaya kepada adik Joed Joan Joseph yang akan membawa nama sekolah dalam Pertandingan Sug...
22/04/2025

Selamat bertanding dan semoga berjaya kepada adik Joed Joan Joseph yang akan membawa nama sekolah dalam Pertandingan Sugandoi Danzanak Daerah Tambunan 2025

21 April 2025 | Majlis Simbolik Pemakaian Lencana Jalur Gemilang Pada Pakaian Seragam Murid
22/04/2025

21 April 2025 | Majlis Simbolik Pemakaian Lencana Jalur Gemilang Pada Pakaian Seragam Murid

15 & 16 April 2025 | SK Pegalan Kusob menjadi tuan rumah kepada Kejohanan Catur MSSD Tambunan. Syabas dan tahniah di ata...
20/04/2025

15 & 16 April 2025 | SK Pegalan Kusob menjadi tuan rumah kepada Kejohanan Catur MSSD Tambunan. Syabas dan tahniah di atas pengelolaan yang berjalan lancar hasil daripada kerjasama yang mantap antara semua AJK yang terlibat. Terima kasih kerana memberikan kepercayaan kepada kami untuk menjadi pengelola pada tahun ini. Kepada semua pemain catur SK Pegalan Kusob, jangan putus asa. Tingkatkan lagi usaha pada tahun hadapan.

24/03/2025 | Program Ihya Ramadhan
25/03/2025

24/03/2025 | Program Ihya Ramadhan

21/03/2025 | Children's Forest Programme anjuran OISCA. Terima kasih kepada Tn. Polo Flo kerana memilih SK Pegalan Kusob...
25/03/2025

21/03/2025 | Children's Forest Programme anjuran OISCA. Terima kasih kepada Tn. Polo Flo kerana memilih SK Pegalan Kusob sebagai salah satu sekolah untuk menjalankan program ini. Terima kasih juga atas kerjasama semua ibubapa yang hadir.

17/03/2025 | Penutupan Program Transisi Tahun 1 Sesi 2025
25/03/2025

17/03/2025 | Penutupan Program Transisi Tahun 1 Sesi 2025

12 Mac 2025 | Menarik hari ini: SK Pegalan Kusob melakar sejarah dengan menerima kunjungan daripada Persatuan Silambam N...
12/03/2025

12 Mac 2025 | Menarik hari ini: SK Pegalan Kusob melakar sejarah dengan menerima kunjungan daripada Persatuan Silambam Negeri Sabah yang diketuai oleh Mahaguru juga merangkap Presiden Persatuan iaitu En. S. Sunderaju Naidu A/L P.S Naidu, disertai oleh Setiausaha Persatuan, Jurulatih dan juga anak-anak murid beliau dengan disaksikan oleh Tn. Redzam Laugan, Penolong Pegawai Unit Bakat Murid, Sektor Pembangunan Murid PPD Tambunan. SK Pegalan Kusob telah bersetuju mengadakan kerjasama untuk menubuhkan Persatuan Silambam di sekolah ini.

Seni mempertahankan diri Silambam ini berasal dari India dan agak kurang mendapat perhatian berbanding dengan seni-seni mempertahankan diri yang lain. Uniknya di Sabah, majoriti pengamal seni mempertahankan diri ini adalah orang tempatan dan bukannya orang berbangsa India. Difahamkan bahawa SK Pegalan Kusob adalah sekolah yang pertama di daerah ini yang telah menjalankan kerjasama untuk menubuhkan Persatuan Silambam di sekolah. Diharapkan agar orang ramai, khususnya di daerah Tambunan akan lebih mengenali seni mempertahankan diri Silambam selepas ini dan semoga kerjasama seumpama ini akan dapat diteruskan sehingga ke sekolah menengah kelak.

Untuk rekod, adik Hevry Juakim iaitu murid Tahun 6 yang bersekolah di SK Pegalan Kusob ialah salah seorang ahli dalam Persatuan ini dan telah mengikuti beberapa pertandingan termasuklah pertandingan di peringkat negeri baru-baru ini. Adik Hevry telah berjaya memenangi pingat emas dan akan mewakili negeri Sabah ke pertandingan peringkat Kebangsaan pada bulan Mei nanti. Setinggi-tinggi syabas dan tahniah diucapkan kepada adik Hevry di atas pencapaian yang membanggakan ini dan semoga akan dapat mengharumkan nama sekolah dan juga negeri dalam pertandingan yang akan datang.



Address

Tambunan

Opening Hours

Monday 07:30 - 13:30
Tuesday 07:30 - 13:30
Wednesday 07:30 - 13:30
Thursday 07:30 - 13:30
Friday 07:30 - 11:50

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Sekolah Kebangsaan Pegalan Kusob posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share