04/08/2024
SEPANJANG JULAI 2024, KAMI TELAH SAMPAIKAN AL-QURAN INFAQ ANDA KE MADRASAH :
Tuan Puan yang dirahmati,
Alhamdulillah, sepanjang bulan 07 (JULAI 2024) kami berjaya sampaikan sejumlah 1,202 naskhah Al-Quran yang anda amanahkan untuk diinfaqkan kepada 8 buah sekolah dari pelbagai negeri. Senarai madrasahnya adalah seperti berikut :
1- Sekolah Rendah Islam Bahrul Ulum-Sribu, Bukit Mertajam, Pulau Pinang, Malaysia- 300 Naskhah [Penghantaran Pertama]
2- Sekolah Rendah Islam Bahrul Ulum-Sribu, Bukit Mertajam, Pulau Pinang, Malaysia- 257 Naskhah [Penghantaran Kedua]
3- Sekolah Menengah Integrasi Teras Islam (SMITI) Sains Bahrul Ulum, Bukit Mertajam, Pulau Pinang Penanti, Pulau Pinang, Malaysia- 104 Naskhah
4- Sekolah Agama Daris,Kampung Sungai Jagung,Sungai Petani, Kedah- 150 Naskhah [Penghantaran Ketiga]
5- Akademi Tahfiz Nurul Quran, Puchong Selangor - 56 Naskhah
6- Akademi Huffaz Darul Syahadah, Sentul - 30 Naskhah
7- Sekolah Menengah Tahfiz Darul Furqan, Kuala Lumpur [Penghantaran Pertama]- 201 Naskhah
8- Raudoh Al-Quran Tahfiz Integrasi, Hulu Langat - 62 Naskhah
9- Maahad Tahfiz Kebajikan Amal Ummah, Sungai Ramal Dalam- 42 Naskhah
Syukran Jazilan buat anda yang telah menginfaq Al-Quran di bawah Program Infaq Ahlullah. InsyaAllah, amanah anda akan kami jalankan sebaik mungkin agar setiap Al-Quran yang diinfaqkan sampai kepada pelajar tahfiz untuk digunakan sekaligus kita juga mendapat saham pahala amal jariahnya.
Begitulah yang diharapkan, amin.
Untuk bulan OGOS 2024 ini, kami akan terus menghubungi beberapa maahad tahfiz lain untuk sampaikan Al-Quran infaq anda. InsyaAllah segala update penyerahan al-Quran akan kami maklumkan di Fb ini – Program Infaq Ahlullah.
Maka kami selaku ‘orang tengah’ ingin menadah tangan berdoa sungguh-sungguh kepada Ilahi agar setiap kebajikan ini ditulis pahalanya dalam buku catatan amal kita. Kami doakan :
‘Ya Allah, limpahkanlah jutaan berkah rezekiMu kepada para penginfaq Al-Quran ini dengan ganjaran 700 kali ganda. Rezeki rumahtangga bahagia, rezeki urusan dipermudahkan, anak diberkati, nikmat yang tidak putus & pahala berpanjangan. Keluarkanlah kami dari kesempitan, kesusahan, hutang, masalah hidup dunia akhirat serta kurniakanlah kami redho & syurgaMu, amin Ya Robbal A’lamin’
Boleh rebut lagi peluang infaq Al-Quran ini kepada pelajar tahfiz. Infaq dengan niat kita sedang menanam ‘pencen kubur’, saham akhirat untuk diri kita. Bagi yang meniatkan infaq untuk arwah ibu-bapa, kita berharap arwah tersayang ‘tersenyum’ di alam sana dengan pahala mengalir berterusan – yang datang dari usaha kita – anaknya yang dikasihi.
Jemput infaqkan lagi al-Quran melalui Program Infaq Ahlullah dengan melayari link di bawah ini :
bit.ly/infaqfb
bit.ly/infaqfb
Atau boleh whatsapp kami di link yang diberikan ini ;
www.wasap.my/60199815606/infaqfb2
www.wasap.my/60199815606/infaqfb2
*Jika tuan/puan mempunyai cadangan berkenaan maahad atau sekolah yang sesuai untuk kami hantar Al-quran infaq ini boleh maklumkan kepada kami melalui komen di bawah atau whatsapp kami melalui link yang telah diberikan diatas.
Mohon jasa baik anda semua untuk sebarkan kepada rakan / kenalan di semua media sosial. Syukran.