Sekolah Kebangsaan Puchong Utama 2

Sekolah Kebangsaan Puchong Utama 2 Sekolah Kebangsaan Puchong Utama 2 atau nama ringkasnya SKPU2, merupakan sebuah Sekolah Kebangsaan y

Sejarah

Sekolah Kebangsaan Puchong Utama 2 telah dibuka pada 1 Januari 2001 dan pertama kalinya ditadbir oleh Guru Besar Puan Hajah Zahara Binti Mohd Ali. Pada permulaan perjalanan sekolah ini, hanya terdapat 12 orang guru sahaja iaitu 11 orang guru perempuan dan 1 orang guru lelaki. Diantara guru perintis Sekolah Kebangsaan Puchong Utama 2 adalah: Puan Hajah Zahara Binti Mohd Ali (Guru Besar),

Puan Limah Binti Klompot (Penolong Kanan Kurikulum), Puan Norhamizar Binti Ismail (Penolong Kanan Hal Ehwal Murid), Puan Saliah (Penolong Kanan KoKurikulum), Encik Faizul Insani Bin Ahmad, Puan Rohayah Binti Ismail, Puan Siti Nor Binti Omar, Puan Norlaila Binti Ali, Puan Tok Siaw Lan, Puan Fairos, Puan Rihanah dan Puan Rozilah Binti Abdul Rahman

📢 MAKLUMAN PENEMPATAN TAHUN 1 (SESI AKADEMIK 2027) SK PUCHONG UTAMA 2​Assalamualaikum & Salam Sejahtera Ibu Bapa / Penja...
08/08/2026

📢 MAKLUMAN PENEMPATAN TAHUN 1 (SESI AKADEMIK 2027) SK PUCHONG UTAMA 2

​Assalamualaikum & Salam Sejahtera Ibu Bapa / Penjaga,

​Keputusan penempatan Tahun 1 Sesi 2027 boleh disemak bermula 1 Ogos 2026 melalui sistem idMe.
​📌 PERMOHONAN BERJAYA KE SK PUCHONG UTAMA 2

➡️​TIADA pengesahan diperlukan (sama ada dalam idMe atau hadir ke sekolah).
➡️Nama murid ditarik secara automatik.
🚨​Permohonan yang BERJAYA Sila sertai Kumpulan Telegram Rasmi Tahun 1 SKPU2 2027
untuk info persekolahan: https://t.me/+FAXJAGOsJSJkYzdl

​📌 PERMOHONAN RAYUAN
Rayuan hanya boleh dibuat menerusi sistem idMe.

​⚠️ PERINGATAN PENTING (WAJIB)
Sila CETAK & SIMPAN Surat Kelulusan Penempatan dari idMe untuk rujukan simpanan sendiri. Sistem idMe tidak akan menyimpan surat tersebut selepas sistem ditutup.

​Sekian, terima kasih.
​Pihak Pengurusan
SK Puchong Utama 2

📢PEMAKLUMAN RASMIAssalamualaikum dan salam sejahtera.Dimaklukan bahawa halaman Facebook rasmi Sekolah Kebangsaan Puchong...
03/08/2026

📢PEMAKLUMAN RASMI

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Dimaklukan bahawa halaman Facebook rasmi Sekolah Kebangsaan Puchong Utama 2 ini telah mengalami masalah teknikal yang tidak dapat dielakkan. Sehubungan dengan itu, pihak sekolah telah mewujudkan halaman Facebook rasmi yang baharu.

Mohon jasa baik semua warga sekolah, ibu bapa, penjaga, alumni serta para pengikut untuk FOLLOW dan LIKE halaman Facebook baharu kami bagi mendapatkan segala maklumat, hebahan, aktiviti serta pengumuman rasmi sekolah.

👉 Sila ikuti Facebook rasmi baharu SK Puchong Utama 2 melalui pautan yang disediakan dibawah

https://www.facebook.com/share/1Bmd371RMG/

Kerjasama dan sokongan daripada semua amatlah dihargai. Terima kasih kerana terus bersama menyokong segala aktiviti dan perkembangan Sekolah Kebangsaan Puchong Utama 2.

** **

"Membentuk Sahsiah Terpuji, Memacu Kecemerlangan, Melakar Kejayaan"

Lompatan emas anda hari ini adalah bukti kesungguhan. Tahniah & syabas !
22/07/2026

Lompatan emas anda hari ini adalah bukti kesungguhan. Tahniah & syabas !

Tahniah atas kejayaan yang membanggakan ini.
21/07/2026

Tahniah atas kejayaan yang membanggakan ini.


Tahniah atas penyertaan kawad kaki TKRS peringkat Petaling Perdana 2026.
21/07/2026

Tahniah atas penyertaan kawad kaki TKRS peringkat Petaling Perdana 2026.

Setinggi-tinggi Tahniah dan Syabas atas kejayaan merangkul Johan Pertandingan Video Motivasi Hari Puteri Peringkat Daera...
19/07/2026

Setinggi-tinggi Tahniah dan Syabas atas kejayaan merangkul Johan Pertandingan Video Motivasi Hari Puteri Peringkat Daerah Petaling Perdana.

Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi untuk terus cemerlang dan mengharumkan nama sekolah.

Tahniah atas penyertaan dalam Pertandingan Video Sirah Nabi Hari Puteri Peringkat Daerah Petaling Perdana.Semoga pengala...
19/07/2026

Tahniah atas penyertaan dalam Pertandingan Video Sirah Nabi Hari Puteri Peringkat Daerah Petaling Perdana.

Semoga pengalaman ini menjadi inspirasi untuk terus berusaha, menimba ilmu dan mencapai kejayaan yang lebih gemilang pada masa hadapan.

📸 THROWBACK KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN & SUKANEKA SK PUCHONG UTAMA 2 2026Alhamdulillah, Kejohanan Sukan Tahunan & Sukaneka ...
18/07/2026

📸 THROWBACK KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN & SUKANEKA SK PUCHONG UTAMA 2 2026

Alhamdulillah, Kejohanan Sukan Tahunan & Sukaneka SK Puchong Utama 2 Tahun 2026 telah berlangsung dengan jayanya hasil komitmen dan kerjasama semua pihak.

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada Guru Besar SK Puchong Utama 2, Puan Zurina binti Mohamad Yunus, barisan Penolong Kanan, semua para pentadbir, guru-guru, Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP), ibu bapa, penjaga, PIBG serta semua pihak yang telah bertungkus-lumus menjayakan kejohanan ini.

Terima kasih juga kepada semua ibu bapa dan penjaga yang hadir memberikan sokongan padu kepada anak-anak sepanjang kejohanan berlangsung. Kehadiran dan semangat anda menjadi pembakar semangat kepada para peserta untuk memberikan persembahan terbaik.

Tahniah kepada semua murid yang telah mengambil bahagian dengan penuh semangat kesukanan, disiplin dan kerjasama. Menang atau kalah bukanlah ukuran utama, sebaliknya pengalaman, usaha serta nilai-nilai murni yang dipupuk sepanjang kejohanan merupakan kemenangan yang sebenar.

Semoga kenangan indah ini terus menjadi inspirasi kepada seluruh warga SK Puchong Utama 2 untuk melahirkan murid yang cemerlang dalam akademik, kokurikulum dan sahsiah.

"Bersukan Dengan Semangat, Bersatu Mencipta Kecemerlangan."

Tahniah dan Syabas diucapkan kepada Pasukan Bola Sepak SK Puchong Utama 2 atas pencapaian membanggakan dalam Kejohanan B...
17/07/2026

Tahniah dan Syabas diucapkan kepada Pasukan Bola Sepak SK Puchong Utama 2 atas pencapaian membanggakan dalam Kejohanan Bola Sepak MSSD Petaling Perdana 2026.

Alhamdulillah untuk edisi kali ini, SKPU2 berjaya menempa nama sebagai 16 pasukan terbaik daripada 85 pasukan yang bertanding.

Jutaan terima kasih diucapkan kepada para pemain, pengurus dan semua jurulatih yang terlibat.

Tewas di padang namun tetap juara di hati kami semua.

Address

Jalan PU 9/5
Taman Puchong Utama
47100

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+60380608849

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Sekolah Kebangsaan Puchong Utama 2 posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share