24/08/2026
Hari ini teacher mengajak khalifah menjalankan aktiviti Paper Plate Puzzle. Khalifah menyusun kepingan pinggan kertas yang telah dipotong untuk membentuk semula gambar atau bentuk yang lengkap sambil dibimbing oleh teacher.
Khalifah memerhati setiap kepingan dan cuba mencari bahagian yang sepadan. Aktiviti ini membantu meningkatkan kemahiran berfikir, daya tumpuan, koordinasi tangan dan mata, kemahiran menyelesaikan masalah serta motor halus.
Teacher mengingatkan khalifah supaya sentiasa berusaha dan tidak mudah berputus asa ketika melakukan sesuatu tugasan. Firman Allah:
“Dan bahawa sesungguhnya manusia hanya memperoleh apa yang telah diusahakannya.”
وَأَن لَّيْسَ لِلْإِنسَٰنِ إِلَّا مَا سَعَىٰ
— Surah An-Najm, ayat 39
Melalui aktiviti ini, khalifah belajar menyusun kepingan dengan teliti, menyelesaikan puzzle serta membina sikap sabar dan tidak mudah berputus asa. 🧩