PIBG SK PAUH JAYA

PIBG SK PAUH JAYA PERSATUAN IBU BAPA & GURU SK PAUH JAYA

JUALAN SEMPENA SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT SEKOLAH.๐Ÿ’Fresh Flower (1kuntum) + Brownies ( 1pcs/pek) ๐ŸชโœจHarga : RM10โœจButira...
20/05/2026

JUALAN SEMPENA SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT SEKOLAH.

๐Ÿ’Fresh Flower (1kuntum) + Brownies ( 1pcs/pek) ๐Ÿช

โœจHarga : RM10โœจ

Butiran Majlis Sesi Pagi
Tarikh : 22 Mei 2026
Hari : Jumaat

Tempoh Tempahan :
Tempahan atas talian bermula hari ini sehingga hari Khamis jam 5 petang.

Untuk membuat tempahan,sila tekan link di bawah.

https://wa.link/g7iiao atau di nombor Whatsapp 019-4319262

Pergi ke kebun memetik melati,
Harumnya semerbak sampai ke pagar,
Sempena Hari Guru yang dinanti,
Jom hadiahkan bunga segar!

๐Ÿ’Tempahan terhad kepada 50 unit sahaja.
๐Ÿ’Tempahan boleh diambil di Pusat Sumber NADI pada hari Jumaat jam 7.30 pagi bagi murid sesi pagi dan 3pm bagi sesi petang.
๐Ÿ’Tiada pembelian secara walk-in.

Terima kasih atas sokongan anda kepada PSS NADI SKPJ.

Salam tuan& puan ibu bapa dan waris pelajar SKPJ yang saya hormati sekalian,Untuk makluman, Kump**an Sokongan Ibu Bapa (...
14/05/2026

Salam tuan& puan ibu bapa dan waris pelajar SKPJ yang saya hormati sekalian,

Untuk makluman, Kump**an Sokongan Ibu Bapa (KSIB) bersama PIBG SK Pauh Jaya bercadang untuk menjalankan Projek Kebun Pertanian SK Pauh Jaya bagi menampung Dana PIBG untuk Pembangunan Infrastruktur SKPJ.

PIBG telah berjaya mendapatkan Sistem Fertigasi dari Pejabat Pertanian Pulau Pinang dan kerja awalan seperti seperti pemasangan plastic roof, membuat tapak semaian dan membersihkan bekas fertigasi perlu dijalankan secara bergotong royong bagi melancarkan projek ini.

Sehubungan itu, tuan/puan yang berkelapangan dijemput untuk ke Program gotong royong Garden Pertanian ini.

Kehadiran tuan/puan amatlah kami hargai dan didahulukan dengan ucapan terima kasih.

Semoga dengan kehadiran tuan/puan akan lebih memeriahkan program gotong royong kita ini seterusnya membantu menghidupkan semula Garden Pertanian SKPJ.

Salam Hormat,

YDP
PIBG SK Pauh Jaya

Perbincangan keselamatan laluan sekolah bersama pihak MBPP, MPKK, SK Pauh Jaya, SMK Pauh Jaya dan PIBG pagi semalam, 12 ...
13/05/2026

Perbincangan keselamatan laluan sekolah bersama pihak MBPP, MPKK, SK Pauh Jaya, SMK Pauh Jaya dan PIBG pagi semalam, 12 Mei 2026.

Cadangan Perbincangan :
๐Ÿšฆ Trafic light lintas pejalan kaki 2 unit(Sk & SMK)

Tambahan Bump depan sekolah(2 unit lagi)

Zebra Line lintas diperkemaskan

Zebra Line lintas di Pintu C

tambahan Bump juga

Tutup laluan Longkang tepi jalan kpd motorsikal

Bulatan U turn di tepi sekolah(laluan Pintu C)- tujuan utk tutup terus laluan motor dari lorong tepi kedai air kelapa.

Papan Tanda kawasan sekolah yg perlu digantikan semula(hilang)

Klu ada cadangan yg terlepas pandang, sila maklumkan semula.

11/05/2026

Tahniah kepada anak-anak dari TV PSS Pauh Jaya atas video Hari Sukan tempoh hari.

Kredit kepada Pusat Sumber dan Media Sekolah atas penerbitan video ini sebagai dokumentasi SKPJ.

Salam tuan/puan yang saya hormati sekalian,Alhamdulillah Hari Sukan SKPJ 2026 telah berlangsung dengan jaya dan meriah p...
11/05/2026

Salam tuan/puan yang saya hormati sekalian,

Alhamdulillah Hari Sukan SKPJ 2026 telah berlangsung dengan jaya dan meriah pada hari Sabtu, 9 Mei 2026

Bagi pihak PIBG SK Pauh Jaya, saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh Jawatankuasa dari guru-guru, AJK PIBG dan ibu bapa serta waris yang menjayakan aktiviti Hari Sukan SKPJ kali ini.

Saya juga mengucapkan terima kasih atas sokongan dan kehadiran ibu bapa dan waris yang begitu ramai bagi menambahkan lagi kemeriahan temasya kita.

Seperti yang saya tekankan dalam ucapan hari ini, sokongan dan komitmen ibu bapa kepada aktiviti dan program anjuran SKPJ amatlah penting bagi memastikan anak-anak kita dapat bergiat dengan lebih aktif dan baik.

Sebagai ibu bapa, memori semasa anak-anak kita di sekolah akan menjadi satu kenangan indah bagi kita suatu hari nanti.

Penglibatan aktif kita bersama pihak sekolah sudah pasti akan lebih mengeratkan lagi hubungan komunikasi antara ibu bapa dan guru-guru.

PIBG akan menganjurkan aktiviti sukan antara ibu bapa dengan guru p**a selepas ini.

Insya Allah kita akan maklumkan Hari Terbuka Ibu bapa dan Guru SKPJ dalam masa terdekat.

Terima kasih sekali lagi,

Salam ukhuwah,

Nazrim Syah bin Nazeri
YDP
PIBG SK Pauh Jaya

Salam tuan& puan ibu bapa dan waris pelajar SKPJ yang saya hormati sekalian,Hasil pantauan mendapati banyak tiang kon pe...
14/04/2026

Salam tuan& puan ibu bapa dan waris pelajar SKPJ yang saya hormati sekalian,

Hasil pantauan mendapati banyak tiang kon pejalan kaki untuk anak2 kita telah rosak dan patah akibat dilanggar oleh kenderaan waris.

Saya tak pasti sama ada dilanggar secara tidak sengaja atau tidak tapi hampir keseluruhan tiang telah tiada di kedudukan asal.

Sehubungan itu, hasil perbincangan dengan pihak Pentadbir Sekolah maka kita akan membina semula tiang kon pejalan kaki ini dengan binaan yang lebih kukuh bagi keselamatan dan keselesaan anak-anak kita semua.

Sekiranya pihak tuan/puan ada cadangan lain bolehlah berhubung dengan pihak saya di talian 012-5284784.

Salam Syawal,

YDP
PIBG SK Pauh Jaya

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera๐Ÿ“ข ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐——๐—”๐—™๐—ง๐—”๐—ฅ๐—”๐—ก ๐—ง๐—”๐—›๐—จ๐—ก ๐Ÿญ ๐—ž๐—”๐—Ÿ๐—˜๐—ก๐——๐—”๐—ฅ ๐—”๐—ž๐—”๐——๐—˜๐— ๐—œ๐—ž ๐—ง๐—”๐—›๐—จ๐—ก ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐ŸณDimaklumkan bahawa penjadualan terk...
09/04/2026

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

๐Ÿ“ข ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐——๐—”๐—™๐—ง๐—”๐—ฅ๐—”๐—ก ๐—ง๐—”๐—›๐—จ๐—ก ๐Ÿญ ๐—ž๐—”๐—Ÿ๐—˜๐—ก๐——๐—”๐—ฅ ๐—”๐—ž๐—”๐——๐—˜๐— ๐—œ๐—ž ๐—ง๐—”๐—›๐—จ๐—ก ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿณ

Dimaklumkan bahawa penjadualan terkini permohonan pendaftaran Tahun 1 bagi Kalendar Akademik Tahun 2027 adalah seperti berikut:

๐Ÿ—“ ๐—ง๐—ฎ๐—ฟ๐—ถ๐—ธ๐—ต ๐—”๐—ธ๐—ต๐—ถ๐—ฟ ๐—ฃ๐—ฒ๐—ฟ๐—บ๐—ผ๐—ต๐—ผ๐—ป๐—ฎ๐—ป (๐—จ๐—บ๐˜‚๐—ฟ ๐Ÿฑ+) bagi kelahiran 2 Januari 2021 hingga 1 Januari 2022 adalah pada ๐Ÿญ๐Ÿฑ ๐—”๐—ฝ๐—ฟ๐—ถ๐—น ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ

๐Ÿ” ๐—ฃ๐—ฒ๐—ป๐˜‚๐˜๐˜‚๐—ฝ๐—ฎ๐—ป ๐—ฆ๐—ฒ๐—บ๐—ฒ๐—ป๐˜๐—ฎ๐—ฟ๐—ฎ sistem pada 16 April hingga 30 April 2026 bagi tujuan penyelarasan.

๐Ÿ”“ ๐—ฃ๐—ฒ๐—บ๐—ฏ๐˜‚๐—ธ๐—ฎ๐—ฎ๐—ป ๐˜€๐—ฒ๐—บ๐˜‚๐—น๐—ฎ ๐—ฝ๐—ฒ๐—ฟ๐—บ๐—ผ๐—ต๐—ผ๐—ป๐—ฎ๐—ป dalam talian pada ๐Ÿญ ๐— ๐—ฒ๐—ถ โ€“ ๐Ÿญ๐Ÿฑ ๐—ก๐—ผ๐˜ƒ๐—ฒ๐—บ๐—ฏ๐—ฒ๐—ฟ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ hanya bagi kelahiran 2 Januari 2020 hingga 1 Januari 2021 (๐—จ๐—บ๐˜‚๐—ฟ ๐Ÿฒ+) di pautan https.idme.moe.gov.my

โš ๏ธ Perhatian: Pastikan permohonan dibuat dalam tempoh yang ditetapkan bagi mengelakkan sebarang kesulitan.

Harap maklum. Terima kasih.

Salam tuan& puan ibu bapa dan waris pelajar SKPJ yang saya hormati sekalian,Alhamdulillah petang tadi PIBG SK Pauh Jaya ...
16/03/2026

Salam tuan& puan ibu bapa dan waris pelajar SKPJ yang saya hormati sekalian,

Alhamdulillah petang tadi PIBG SK Pauh Jaya telah menjayakan Ziarah Kasih Ramadan SKPJ kepada 10 buah keluarga murid SKPJ.

PIBG menyampaikan sumbangan tunai dan juga barangan keperluan asas bagi meringankan sedikit beban mereka untuk menyambut Aidilfitri yang bakal tiba.

Terima kasih kepada para penginfak yang budiman atas infak tuan/puan semua. Semoga infak tuan/puan semua diangkat sebagai ganjaran pahala besar di sisi Allah SWT ๐Ÿคฒ

Salam Ramadan dan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri,

YDP
PIBG SK Pauh Jaya

Salam Ramadan

๐ŸŒ™โœจ INFAQ RAMADAN SEMPENA PROGRAM ZIARAH KASIH RAMADAN SKPJโœจ๐ŸŒ™Menyantuni Anak-anak Yatim dan AsnafSK Pauh Jaya๐Ÿ—ฃ๏ธAssalamual...
06/03/2026

๐ŸŒ™โœจ INFAQ RAMADAN SEMPENA PROGRAM ZIARAH KASIH RAMADAN SKPJโœจ๐ŸŒ™
Menyantuni Anak-anak Yatim dan Asnaf
SK Pauh Jaya

๐Ÿ—ฃ๏ธAssalamualaikum w.b.t.
๐ŸŒœDengan hormatnya dimaklumkan bahawa pihak PIBG SK Pauh Jaya dengan kerjasama SK Pauh Jaya akan melaksanakan Program Ziarah Kasih Ramadan 2026 bagi membantu murid-murid yatim dan keluarga kurang berkemampuan.

TARIKH ZIARAH : 15-18 MAC 2026

SASARAN : 10 KELUARGA ANAK YATIM DAN ASNAF SKPJ

๐Ÿ•Œ Sehubungan itu, pihak kami amat mengalu-alukan sumbangan ikhlas daripada tuan/puan bagi menjayakan program ini.

๐Ÿ“Œ Sumbangan boleh disalurkan melalui Kod QR (DuitNow) seperti yang dilampirkan.
๐Ÿ“Œ Reference: INFAQ ZIARAH RAMADANโ€“ SK PAUH JAYA

โ˜€๏ธSemoga segala sumbangan yang diberikan mendapat ganjaran pahala yang berlipat ganda daripada Allah SWT.๐Ÿคฒ

Sekian, terima kasih atas sokongan dan keprihatinan. โค๏ธ

Yang Menjalankan Amanah,

YDP SK Pauh Jaya

Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua murid yang telah berjaya mendapat keputusan Peperiksaan Ujian Penilaian Kelas ...
25/02/2026

Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua murid yang telah berjaya mendapat keputusan Peperiksaan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) Tahun 2025.

Kejayaan ini adalah hasil usaha, kesungguhan serta doa yang berterusan daripada anak-anak, guru-guru dan ibu bapa.

Terima kasih kepada pihak Pengurusan KAFA dan para guru KAFA atas segala ilmu dan dedikasi yang diberikan.

Semoga pencapaian ini menjadi pemangkin semangat untuk terus mempelajari Al-Quran, memahami ilmu fardu ain serta mengamalkannya dalam kehidupan seharian.

Tahniah sekali lagi dan teruskan berusaha menuju kejayaan yang lebih cemerlang.

Ikhlas dari,

PIBG SK Pauh Jaya

Address

Jalan PAUH JAYA
Taman Pauh Jaya
13500

Telephone

+6043976139

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when PIBG SK PAUH JAYA posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category