22/07/2026
INFO J-SAFE SIRI 2/2026
CEK BEG ANAK, SEKOLAH LEBIH SELAMAT
Keselamatan murid bermula dari rumah.
Ibu bapa dan penjaga memainkan peranan penting dalam memastikan anak-anak membawa hanya barangan yang diperlukan ke sekolah. Luangkan hanya 2 minit setiap hari untuk memeriksa beg anak sebelum mereka melangkah ke sekolah.
✅ Buka beg bersama anak.
✅ Periksa setiap ruang beg.
✅ Pastikan tiada barang terlarang.
✅ Bawa hanya keperluan pembelajaran.
✅ Berbual dengan anak tentang kepentingan menjaga keselamatan diri dan rakan-rakan.
🚫 Jangan sesekali membawa ke sekolah:
• V**e atau rokok
• Senjata tajam
• Mercun
• Pemetik api
• Dadah atau bahan terlarang
• Ubat tanpa kebenaran
• Sebarang barangan yang boleh membahayakan murid lain
Sekolah yang selamat bukan hanya tanggungjawab pihak sekolah, tetapi merupakan tanggungjawab bersama ibu bapa, masyarakat dan seluruh komuniti.
Marilah kita berganding bahu membudayakan amalan "Cek Beg Anak" sebagai langkah pencegahan awal demi mewujudkan persekitaran pembelajaran yang selamat, kondusif dan sejahtera untuk semua murid di Negeri Johor.
JPN Johor komited memastikan setiap sekolah kekal sebagai tempat yang selamat, kondusif dan bebas daripada sebarang ancaman.
INFO J-SAFE
Siri perkongsian rasmi JPN Johor bagi memperkasakan budaya keselamatan, kesejahteraan dan perlindungan murid di semua institusi pendidikan negeri Johor.
Tahun Ini, Tahun Kita, Imej Kita
Youtube rasmi JPNJ : Official JPN Johor
https://www.youtube.com/
Facebook rasmi JPNJ : Jabatan Pendidikan Negeri Johor
https://www.facebook.com/JPNJohor/
Instagram rasmi JPNJ :
https://www.instagram.com/jpnjohormedia/
YouTube Cikgu Podcast :
https://youtube.com/
TikTok Cikgu Podcast :
https://www.tiktok.com/
Laman Sesawang rasmi JPN Johor :
http://jpnjohor.moe.gov.my