SK Cheras Jaya TVPSS

SK Cheras Jaya TVPSS Sertai kami dalam meneroka dunia pendidikan yang lebih kreatif dan inovatif!

TV PSS SK CHERAS JAYA merupakan platform untuk menyebarkan maklumat, aktiviti, serta program sekolah di samping menjadi platform untuk mencungkil bakat pelajar .

PROGRAM SAHABAT ILMU: PEMERIKSAAN KESIHATAN MATA PERCUMA SK CHERAS JAYA! 👓✨Salam warga SK Cheras Jaya! Pihak sekolah den...
26/08/2026

PROGRAM SAHABAT ILMU: PEMERIKSAAN KESIHATAN MATA PERCUMA SK CHERAS JAYA! 👓✨

Salam warga SK Cheras Jaya! Pihak sekolah dengan kerjasama Specky Panda Optometry akan menganjurkan Program Sahabat Ilmu bagi pemeriksaan kesihatan mata secara PERCUMA pada 27 Ogos 2026 (Khamis) bermula jam 9.00 pagi hingga 3.00 petang bertempat di SK Cheras Jaya. Antara perkhidmatan yang disediakan termasuklah saringan tahap penglihatan, pemeriksaan rabun jauh dan dekat, pemeriksaan kesihatan mata asas, serta nasihat profesional daripada optometris bertauliah. Ayuh warga sekolah, ambil peluang ini untuk memastikan mata anda sihat agar dapat belajar dengan lebih hebat!

🏕️✨ PERKHEMAHAN PERDANA UBB 2026 ✨🏕️Alhamdulillah, selesai sudah Perkhemahan Perdana UBB 2026 yang berlangsung pada 21–2...
22/08/2026

🏕️✨ PERKHEMAHAN PERDANA UBB 2026 ✨🏕️

Alhamdulillah, selesai sudah Perkhemahan Perdana UBB 2026 yang berlangsung pada 21–22 Ogos 2026! 🌿⛺️

Dua hari yang penuh dengan aktiviti, cabaran, gelak tawa dan pastinya kenangan yang akan dikenang oleh para peserta. ❤️

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua guru yang bertungkus-lumus menjayakan perkhemahan ini, serta para murid yang memberikan kerjasama, semangat dan komitmen sepanjang program berlangsung. 👏🏻

Tahniah semua! Semoga pengalaman ini membina keyakinan, disiplin, semangat berpasukan dan keberanian dalam diri setiap peserta. 💪🏻✨

Tahun Ini, Tahun Kita! ⭐️⭐️



Link folder gambar : https://photos.app.goo.gl/gCXS4BE12CPHLzmN6

Link video sepanjang 2 hari kem ini berlangsung :
https://youtu.be/cmvbPbAIoGs?si=NXQRZN5Usync7Dbc

Assalamualaikum dan selamat sejahtera, ibu bapa yang dihormati,*TAHNIAH DAN TERIMA KASIH* ❤️❤️❤️Setinggi-tinggi pengharg...
20/08/2026

Assalamualaikum dan selamat sejahtera, ibu bapa yang dihormati,

*TAHNIAH DAN TERIMA KASIH*
❤️❤️❤️

Setinggi-tinggi penghargaan kepada semua murid yang terlibat dalam pertandingan Water Rocket Challenge 2026. Syabas atas usaha, semangat dan keberanian ingin mencuba!

Terima kasih kepada ibu bapa atas sokongan, dorongan dan kerjasama yang diberikan.... sokongan tuan/puan amat bermakna dalam membantu murid membina keyakinan, kreativiti dan minat terhadap STEM.

Tahniah semua!!!
Semoga anak-anak yang terlibat memandang usaha ini sebagai salah satu bentuk pendidikan luar bilik darjah yang bermakna dan menyeronokkan. Semoga bermanfaat untuk semua, dan teruskan menanam minat terhadap bidang STEM.

*"Ilmu untuk masa depan"*💪🏻💪🏻💪🏻

Terima kasih🌹🌹🌹

🏕️✨ PERKHEMAHAN PERDANA UBB 2026 ✨🏕️Hujung minggu ini, warga SK Cheras Jaya bakal berkhemah! ⛺️🌳📅 21–22 Ogos 2026 (Jumaa...
20/08/2026

🏕️✨ PERKHEMAHAN PERDANA UBB 2026 ✨🏕️

Hujung minggu ini, warga SK Cheras Jaya bakal berkhemah! ⛺️🌳

📅 21–22 Ogos 2026 (Jumaat–Sabtu)
📍 SK Cheras Jaya

Pelbagai aktiviti menarik menanti para peserta! Antaranya:
🔥 Aktiviti suai kenal
⛺️ Memasang khemah
📖 Pertandingan cerita rakyat
🌙 Malam kebudayaan
🪢 Ikatan dan simpulan
🩹 Asas pertolongan cemas
🧭 Orientering / pandu arah
🥗 Penyediaan makanan sihat
🏃‍♂️ Permainan berhalangan

Semoga perkhemahan kali ini menjadi pengalaman yang menyeronokkan, penuh semangat kerjasama dan pastinya mencipta kenangan manis buat semua! ❤️

Tahun Ini, Tahun Kita! ⭐️⭐️

🇲🇾✨ SAMBUTAN BULAN KEBANGSAAN SK CHERAS JAYA 2026 ✨🇲🇾“Kisah Kita, Warisan Kita, Jiwa Kita” ❤️💙💛Semarak patriotisme mula ...
18/08/2026

🇲🇾✨ SAMBUTAN BULAN KEBANGSAAN SK CHERAS JAYA 2026 ✨🇲🇾

“Kisah Kita, Warisan Kita, Jiwa Kita” ❤️💙💛

Semarak patriotisme mula terasa di SK Cheras Jaya apabila warga sekolah bersama-sama menyambut Bulan Kebangsaan 2026 dengan penuh warna dan semangat! 🇲🇾

Bukan murid sahaja yang tampil dengan gaya menarik, malah guru-guru SK Cheras Jaya turut mencuri perhatian dengan busana tradisional yang cantik dan penuh warna! 😍✨ Dari baju Melayu, baju kurung hinggalah pelbagai pakaian tradisional, semuanya menyerlahkan kepelbagaian budaya yang menjadi kebanggaan kita sebagai rakyat Malaysia.

Sambutan kali ini bukan sekadar tentang mengibarkan Jalur Gemilang, tetapi menjadi ruang untuk kita menghayati warisan, menyemai jati diri dan menyatukan hati. ❤️

Pelbagai aktiviti menarik bakal menghidupkan suasana Bulan Kebangsaan melalui kerjasama Panitia Sejarah, Panitia Muzik, Panitia PSV, Prasekolah, PPKI dan Pusat Sumber Sekolah.

Ayuh ! 🇲🇾
Kita semarakkan Bulan Kebangsaan dengan penuh rasa bangga sebagai rakyat Malaysia!

Kisah Kita. Warisan Kita. Jiwa Kita.
🇲🇾 MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA! 🇲🇾

📸 Nantikan liputan dan aktiviti menarik sepanjang Bulan Kebangsaan daripada CJ Studio TVPSS!









Kejohanan Sukan Murid Prasekolah KPM Peringkat Negeri Selangor 2026🏐 HULU LANGAT WARRIOR 🏐❤️ Selamat berjuang kepada pas...
18/08/2026

Kejohanan Sukan Murid Prasekolah KPM Peringkat Negeri Selangor 2026

🏐 HULU LANGAT WARRIOR 🏐

❤️ Selamat berjuang kepada pasukan bola jaring Hulu Langat Warrior yang akan mewakili daerah Hulu Langat dalam Kejohanan Sukan Murid Prasekolah KPM Peringkat Negeri Selangor 2026.

✨ Bersama pasukan ialah Puan Nurnahdatul Salwa binti Muhamad Zaki, jurulatih dari SK Jalan 3, serta Nia Aleysha Humairah binti Noriega murid Prasekolah SK Cheras Jaya yang mewakili pasukan Hulu Langat.

🔥 Mohon sokongan dan doa untuk kejayaan pasukan Hulu Langat Warrior! ❤️

SEMARAKKAN SAMBUTAN BULAN KEBANGSAAN PERINGKAT SK CHERAS JAYA! 🇲🇾✨Salam warga SK Cheras Jaya! Sambutan Bulan Kebangsaan ...
16/08/2026

SEMARAKKAN SAMBUTAN BULAN KEBANGSAAN PERINGKAT SK CHERAS JAYA! 🇲🇾✨
Salam warga SK Cheras Jaya! Sambutan Bulan Kebangsaan bertemakan "Kisah Kita, Warisan Kita, Jiwa Kita" akan bermula secara rasminya pada 17 Ogos 2026 sehingga 15 September 2026. Anjuran bersama Panitia Sejarah, Panitia Muzik, Panitia Pendidikan Seni Visual, Pusat Sumber Sekolah (PSS), PPKI, dan Prasekolah, pelbagai aktiviti menarik telah disusun khas untuk semua murid. Ayuh tunjukkan semangat patriotisme kita dengan membawa bendera tangan ke sekolah setiap hari, dan nantikan maklumat lanjut mengenai pelbagai pertandingan serta aktiviti yang bakal diumumkan dari semasa ke semasa!

🏑💜 SUMBANGAN BUAT CJ WARRIORS HOKI – DARI HATI UNTUK GENERASIAlhamdulillah, setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terim...
10/08/2026

🏑💜 SUMBANGAN BUAT CJ WARRIORS HOKI – DARI HATI UNTUK GENERASI

Alhamdulillah, setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih dirakamkan kepada ibu bapa CJ Warriors Hoki yang telah memberikan sumbangan bagi merealisasikan ruangan bermain hoki di Dataran Nilam, SK Cheras Jaya. Sumbangan dan sokongan yang diberikan amat bermakna dalam menyediakan ruang yang lebih sesuai dan selamat untuk murid mengasah kemahiran, membina semangat kesukanan serta memupuk minat terhadap sukan hoki. Semoga setiap sumbangan yang dihulurkan menjadi amal jariah dan dibalas dengan kebaikan yang berpanjangan serta dipermudahkan segala urusan para penyumbang di dunia dan akhirat. Terima kasih, ibu bapa CJ Warriors! Bersama kita bina, bersama kita jayakan! 💜🏑✨

💙 HARI BICARA AKADEMIK & PAMERAN KMR MERIAH! 🌟Alhamdulillah, Hari Bicara Akademik dan Pameran Kemahiran melalui Reka Ben...
10/08/2026

💙 HARI BICARA AKADEMIK & PAMERAN KMR MERIAH! 🌟

Alhamdulillah, Hari Bicara Akademik dan Pameran Kemahiran melalui Reka Bentuk (KMR) anjuran Unit Kurikulum SK Cheras Jaya telah berjaya dilaksanakan pada 6 Ogos 2026. Program ini memberi peluang kepada ibu bapa untuk hadir melihat perkembangan akademik serta hasil kerja dan kreativiti murid melalui pameran KMR. Turut diadakan pelbagai aktiviti dan jualan seperti kaunter Tabung Haji, SSPN, gerai buku, produk Farm Fresh, manisan Mixue, buah-buahan serta hasil projek ternakan ikan tilapia yang dikendalikan oleh murid PPKI. Program ini bukan sahaja mengeratkan hubungan antara pihak sekolah dan ibu bapa, malah menjadi platform untuk mengetengahkan bakat, kemahiran dan hasil usaha murid. Tahniah dan syabas kepada semua warga SK Cheras Jaya yang menjayakan program ini! 👏💙

Address

CJ 15
Taman Cheras Jaya
43200

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SK Cheras Jaya TVPSS posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to SK Cheras Jaya TVPSS:

Shortcuts

Share