02/08/2026
Bengkel UPAK KEMAS TAIPING
Tarikh : 30 Julai 2026 Khamis
Masa : 2.30 ptg
Tempat : Restoran Hadramawt Tower
Alhamdulillah, Bengkel UPAK berjaya dilaksanakan dengan kehadiran MT PPAK dan semua Pendidik Masyarakat Tabika.Disamping itu juga, turut diadakan majlis kecil-kecilan untuk Cikgu Rosmaliza yang akan berpindah ke Tabika KEMAS di Tanjung Piandang.Kami dari warga UPAK dan seluruh Jabatan KEMAS Parlimen Taiping mengucapkan Selamat Perpisahan dan semoga Cikgu Rosmaliza akan berjaya di tempat baharu serta teruslah mendidik anak-anak bangsa.
Turut diadakan juga Majlis Sambutan Hari Lahir untuk warga UPAK KEMAS Parlimen Taiping bermula dari Bulan Januari hingga Disember.
Warga UPAK KEMAS Parlimen Taiping juga mengaluยฒkan kehadiran Pendidik Masyarakat Tabika (SPAK) ,iaitu Cikgu Nor Asyikin yg akan mengajar di Tabika KEMAS Jurutera,Taiping.Selamat bertugas dan mendidik anak-anak cilik Tabika KEMAS dengan penuh semangat dan iltizam.
Unit UPAK juga turut mengucapkan tahniah kepada wakil Pendidik Masyarakat Tabika KEMAS Taiping yang akan membawa kanak-kanak mewakili Daerah Larut Matang dan Selama untuk acara Futsal dan Huffaz Cilik 6 Tahun ke Hari Potensi Peringkat Negeri yang akan diadakan pada 15 Ogos 2026.Semoga kanak-kanak yang akan mewakili KEMAS Daerah Larut Matang dan Selama ini akan berjaya hendakNya.