SRAR Saadatul Hidayah, Sungkai

SRAR Saadatul Hidayah, Sungkai Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from SRAR Saadatul Hidayah, Sungkai, Religious school, Belakang Stesyen BP, Jalan Masjid, Sungkai.

[17 Disember 2025]"Majlis Anugerah Kecemerlangan 2025"Usaha yang tekun membuahkan hasil,kecemerlangan diraikan, kenangan...
24/12/2025

[17 Disember 2025]

"Majlis Anugerah Kecemerlangan 2025"

Usaha yang tekun membuahkan hasil,
kecemerlangan diraikan, kenangan dicipta.

Tahniah buat murid-murid cemerlang UPKK 2024 & SRAI 2025 serta Tokoh Murid 2025.

Senyuman bertambah, rezeki pun tiba. 😊
Tahniah para pemenang cabutan bertuah yang menceriakan suasana majlis ini.

Ucapan terima kasih buat Ustaz Mohd Syahid bin Mohd Zaini atas kesudian menyampaikan hadiah.

*********************************************************************

Tirai majlis dilabuhkan,
kenangan terus terpahat di hati.

Terima kasih atas doa, sokongan dan kebersamaan semua pihak dalam menjayakan Majlis Anugerah Kecemerlangan SRAR Saadatul Hidayah 2025.

Semoga kejayaan hari ini menjadi pemangkin untuk langkah yang lebih gemilang pada masa hadapan.

[17 Disember 2025]"Majlis Anugerah Kecemerlangan 2025"Langkah kecil yang pernah bermula di sini,kini melangkah pergi den...
24/12/2025

[17 Disember 2025]

"Majlis Anugerah Kecemerlangan 2025"

Langkah kecil yang pernah bermula di sini,
kini melangkah pergi dengan kenangan dan harapan.

Sesi penyampaian Sijil Tamat Persekolahan kepada anak-anak Tahun 6.

Bukan penamat mutlak, tapi titik peralihan menuju perjalanan baharu. Moga berjaya!

[17 Disember 2025]"Majlis Anugerah Kecemerlangan 2025"Langkah yakin di pentas,senyuman tak lekang di wajah. 😊Penyampaian...
24/12/2025

[17 Disember 2025]

"Majlis Anugerah Kecemerlangan 2025"

Langkah yakin di pentas,
senyuman tak lekang di wajah. 😊

Penyampaian hadiah murid Tahun 5, Tahun 6 serta cabutan bertuah menambah keceriaan majlis.

Terima kasih buat Tn. Hj Zaabah bin Awaludin, Pengerusi Jemaah Pengurusan Sekolah atas kesudian menyampaikan hadiah.

[17 Disember 2025]"Majlis Anugerah Kecemerlangan 2025"Setiap pencapaian adalah langkah ke hadapan,setiap hadiah adalah d...
24/12/2025

[17 Disember 2025]

"Majlis Anugerah Kecemerlangan 2025"

Setiap pencapaian adalah langkah ke hadapan,
setiap hadiah adalah dorongan untuk terus berusaha.

Tahniah murid Tahun 3 & 4 serta pemenang cabutan bertuah!

Ucapan terima kasih buat Tuan Iskandar bin Abdullah, Penghulu Mukim Sungkai atas kesudian menyampaikan hadiah.

[17 Disember 2025]"Majlis Anugerah Kecemerlangan 2025"Yang kecil diraikan,yang bertuah tersenyum lebar😄Penyampaian hadia...
24/12/2025

[17 Disember 2025]

"Majlis Anugerah Kecemerlangan 2025"

Yang kecil diraikan,
yang bertuah tersenyum lebar😄

Penyampaian hadiah Tahun 1, Tahun 2 & cabutan bertuah — meriah dan bermakna!

[17 Disember 2025]"Majlis Anugerah Kecemerlangan 2025"Gemuruh dewan, berdebar di hati,tapi bila melangkah ke pentas — se...
24/12/2025

[17 Disember 2025]

"Majlis Anugerah Kecemerlangan 2025"

Gemuruh dewan, berdebar di hati,
tapi bila melangkah ke pentas — semuanya menjadi kenangan manis.

Persembahan hebat daripada anak-anak Saadatul Hidayah!

[17 Disember 2025]"Majlis Anugerah Kecemerlangan 2025"Telah berlangsung dengan jayanya Majlis Anugerah Kecemerlangan SRA...
24/12/2025

[17 Disember 2025]

"Majlis Anugerah Kecemerlangan 2025"

Telah berlangsung dengan jayanya Majlis Anugerah Kecemerlangan SRAR Saadatul Hidayah 2025, sebagai tanda penghargaan dan pengiktirafan kepada murid-murid atas pencapaian cemerlang dalam akademik serta penyerahan Sijil Tamat Persekolahan kepada anak-anak Tahun 6.

Majlis ini bukan sahaja bertujuan meraikan kejayaan, malah diharap menjadi motivasi untuk terus melahirkan murid yang berilmu, berakhlak dan beriman, selaras dengan aspirasi sekolah.

Tahniah dan syabas kepada semua penerima anugerah. Semoga terus melakar kejayaan pada masa hadapan.

Setinggi-tinggi penghargaan buat Ustaz Mohd Syahid bin Mohd Zaini, Pegawai Khas Ahli Parlimen Tanjung Malim atas kesudian hadir bagi merasmikan majlis ini.

[8 Disember 2025]"Sesi Penyampaian Sijil Penghargaan kepada Pengawas Sekolah & Wakil Sekolah dalam MIISRA 2025"Alhamduli...
24/12/2025

[8 Disember 2025]

"Sesi Penyampaian Sijil Penghargaan kepada Pengawas Sekolah & Wakil Sekolah dalam MIISRA 2025"

Alhamdulillah, satu sesi penyampaian Sijil Penghargaan telah diadakan kepada Pengawas Sekolah bagi Sesi 2025 dan juga murid-murid yang telah mewakili sekolah dalam Majlis Ihtifal Ilmi Sekolah Rendah Agama (MIISRA) 2025.

Sesi ini diadakan sebagai tanda pengiktirafan atas komitmen, disiplin dan amanah yang telah ditunjukkan oleh Pengawas-Pengawas sekolah ini sepanjang sesi persekolahan 2025.

Semoga pengiktirafan ini menjadi pemangkin untuk terus memupuk nilai kepimpinan, jati diri dan sahsiah terpuji serta menjadi contoh terbaik kepada rakan-rakan yang lain.

Penyampaian sijil ini juga sebagai penghargaan atas kesungguhan, keberanian dan komitmen tinggi anak-anak Saadatul Hidayah yang telah mewakili sekolah dalam MIISRA 2025.

Diharapkan penglibatan ini dapat mencungkil bakat serta membina keyakinan diri dalam diri anak-anak Saadatul Hidayah.

[29 September 2025]Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada seluruh anak-anak Tahun 6 atas pencapaian cemerlang dalam pe...
24/12/2025

[29 September 2025]

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada seluruh anak-anak Tahun 6 atas pencapaian cemerlang dalam peperiksaan Sijil Rendah Agama Islam (SRAI) 2025.

Kejayaan ini adalah hasil usaha gigih anak-anak, bimbingan penuh dedikasi para guru serta sokongan berterusan daripada ibu bapa.

📊 Keputusan Keseluruhan Peperiksaan SRAI 2025:
🔹 Jumlah calon: 64 orang
🔹 6A - 21
🔹 5A - 12
🔹 4A - 5
🔹 3A - 7
🔹 2A - 4
🔹 1A - 1
🔹 0A - 13
🔹 TIDAK HADIR - 1

Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin untuk terus melahirkan murid yang berilmu, berakhlak dan beriman, serta istiqamah dalam menuntut ilmu.

Tahniah sekali lagi! Moga terus melakar kejayaan pada masa hadapan.

[4 September 2025]"Sambutan Maulidur Rasul 1447H/2025M"Alhamdulillah, sambutan Maulidur Rasul tahun ini telah berlangsun...
29/09/2025

[4 September 2025]

"Sambutan Maulidur Rasul 1447H/2025M"

Alhamdulillah, sambutan Maulidur Rasul tahun ini telah berlangsung dengan aktiviti-aktiviti yang penuh bermakna.

✨ Murid Sungkai

📖 Ceramah Maulidur Rasul disampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz Nur Muhammad Husain bin Ahmad Fadzir, Guru Pendidikan Islam, MRSM Trolak yang sarat dengan pengajaran dan ibrah untuk dicontohi.

🌹 Pertandingan Replika Cinta Rasulullah turut diadakan bagi mengasah kreativiti dan menambah pengetahuan sirah Nabi Muhammad S.A.W.

✨ Murid Bikam

🎨 Tahap 1 : Pertandingan melukis & mewarna poster bertemakan Maulidur Rasul.

🏛️ Tahap 2 : Pertandingan membina miniatur/replika Kaabah dan masjid.

Syabas dan tahniah kepada semua anak-anak Saadatul Hidayah yang telah menunjukkan semangat serta kecintaan kepada Rasulullah S.A.W.

Semoga sambutan ini menambah kecintaan kita kepada baginda serta menguatkan tekad untuk meneladani sunnahnya.

"Membangun Ummah Madani"

[3 September 2025]"Majlis Solat Hajat & Bacaan Yasin (Calon SRAI & UPKK 2025)"Alhamdulillah, Majlis Solat Hajat dan Baca...
29/09/2025

[3 September 2025]

"Majlis Solat Hajat & Bacaan Yasin (Calon SRAI & UPKK 2025)"

Alhamdulillah, Majlis Solat Hajat dan Bacaan Yasin untuk calon SRAI & UPKK 2025 telah berlangsung di Masjid Jamek Kariah Sungkai selepas Solat Maghrib.

Majlis ini diadakan bagi memohon keberkatan dan pertolongan Allah SWT agar dipermudahkan urusan anak-anak dalam menghadapi peperiksaan yang bakal tiba.

Semoga mereka diberikan ketenangan, kekuatan ingatan serta kejayaan yang cemerlang dunia dan akhirat.

Terima kasih diucapkan kepada semua guru, ibu bapa/penjaga dan anak-anak Saadatul Hidayah yang bersama-sama mengimarahkan majlis ini.

“Ya Allah, permudahkanlah urusan anak-anak kami dalam menempuh peperiksaan, terangilah hati mereka dengan cahaya ilmu-Mu, kurniakanlah kejayaan di dunia serta kebahagiaan di akhirat.”

Address

Belakang Stesyen BP, Jalan Masjid
Sungkai
35600

Opening Hours

Monday 14:30 - 18:00
Tuesday 14:30 - 18:00
Wednesday 14:30 - 18:00
Thursday 14:30 - 18:00
Friday 14:30 - 18:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SRAR Saadatul Hidayah, Sungkai posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share