SMK RLKT Lasah

SMK RLKT Lasah “ SERIOUS AND FOCUS ( SAF) “ Fakta Sejarah SMK RLKT LASAH

1. Permulaan Pembinaan - 1970 selepas 5 tahun Tanah rancangan persekutuan diduduki

3.

Idea Penubuhan - Desakan Lembaga Pengelola Sekolah Kebangsaan RKT Lasah dan UMNO Cawangan Felda Lasah

2. Siap Dibina - Awal 1971 atas desakan Ketua Pengarah Pendidikan Perak iaitu Tuan Haji Abdul Ghani Bin Haji Nasir

4. Pembinaan Utama dibina - Blok A, B,C, dan kantin

5. Tahun 1974 - bangunan bengkel seni perusahaan

6. Tahun 1982 - Masalah kekurangan kelas, hanya terdapat 8 kelas sahaja dari j

umlah sepatutnya 15 kelas. Alternatif atasi masalah, kedua-dua makmal sains terpaksa digunakan dan kantin juga terpaksa diubahsuai untuk dijadikan bilik darjah

7. Permohonan Bangunan Tambahan - September 1983, 2 bangunan tambahan dibina

8. Pembinaan bangunan tambahan 2 - bangunan Blok F dan sebuah bangunan setingkat ( 3 bilik ) dibina pada tahun 1991 - 1993

9. Tahun 1997 - Program Percubaan Persekolahan Satu Sesi ( 7.45 pagi dan berakhir jam 4.00 petang )

10. Pada awal tahun 1998 - kerja-kerja pembinaan 3 blok bangunan mengandungi 6 unit Rumah Guru Kelas F telah dimulakan pembinaannya.

11. 01 januari 2001 - Pembinaan Pusat sumber, bengkel seni dan sebatang jalan rintis dari blok bangunan baru ke jalan besar secara gotong-royong pihak sekolah dan PIBG.


12. Bangunan Terkini - 2008 dibangunkan 1 kiosk untuk PUM dan Bengkel Seni Visual

20/08/2026
✨KEM GENERASI MUSLEH 2026✨💐14-15 Ogos 2026💐Surau Al-Ghazali SMK RLKT Lasah💐Murid Tingkatan 1,2 dan 3Setinggi-tinggi peng...
20/08/2026

✨KEM GENERASI MUSLEH 2026✨

💐14-15 Ogos 2026
💐Surau Al-Ghazali SMK RLKT Lasah
💐Murid Tingkatan 1,2 dan 3

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang telah menjayakan Kem Generasi Musleh 2026.

Program ini telah memberikan pengalaman yang sangat bermakna kepada para peserta melalui pengisian aktiviti kerohanian yang bermanfaat seperti amali mandi wajib, solat berjemaah, kuliah Maghrib, tasmik bacaan dalam solat serta qiamullail.

Pelaksanaan program ini bukan sahaja dapat meningkatkan pengetahuan dan kefahaman peserta dalam aspek ibadah, malah turut membentuk sahsiah, disiplin, keimanan dan jati diri sebagai generasi Muslim yang berakhlak mulia.Semoga segala ilmu, pengalaman dan penghayatan yang diperoleh sepanjang kem ini dapat diamalkan dalam kehidupan seharian serta menjadi bekalan dalam membentuk generasi Musleh yang berilmu, beriman, beramal dan berakhlak mulia.⭐️

🇲🇾 PELANCARAN BULAN KEBANGSAAN 2026⭐️17 Ogos 2026⭐️Tema: Malaysia Madani Rakyat DisantuniSemarakkan semangat patriotisme...
20/08/2026

🇲🇾 PELANCARAN BULAN KEBANGSAAN 2026

⭐️17 Ogos 2026
⭐️Tema: Malaysia Madani Rakyat Disantuni

Semarakkan semangat patriotisme, suburkan rasa cinta akan tanah air!🇲🇾

Sambutan Bulan Kemerdekaan merupakan wadah untuk menyemai dan memperkukuh semangat patriotisme dalam kalangan warga sekolah. Pelbagai aktiviti yang dirancang diharapkan dapat menghayati erti kemerdekaan, menghargai jasa para pejuang serta memupuk semangat perpaduan dan kecintaan terhadap negara.

Marilah kita bersama-sama menyemarakkan sambutan ini dengan penuh semangat, rasa bangga dan kesyukuran sebagai rakyat Malaysia. Kemerdekaan bukan sekadar sejarah, tetapi amanah untuk kita pertahankan dan wariskan kepada generasi akan datang.

Ayuh kibarkan Jalur Gemilang, semarakkan semangat Malaysia dan teruskan perjuangan membina negara yang lebih gemilang!
🇲🇾 Merdeka! Merdeka! Merdeka! 🇲🇾

🌙 TAHNIAH DAN SYABAS! 🌙Setinggi-tinggi tahniah dan syabas diucapkan kepada seluruh warga SMK RLKT Lasah atas pencapaian ...
14/08/2026

🌙 TAHNIAH DAN SYABAS! 🌙

Setinggi-tinggi tahniah dan syabas diucapkan kepada seluruh warga SMK RLKT Lasah atas pencapaian yang membanggakan :
Kepimpinan Komuniti FELDA Lasah sempena sambutan Maal Hijrah 1448H.💐

Pencapaian ini merupakan satu pengiktirafan terhadap komitmen, kerjasama dan usaha berterusan seluruh warga sekolah dalam membentuk persekitaran pendidikan yang cemerlang, berakhlak dan sejahtera.

Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin semangat untuk terus melakar kecemerlangan, memperkukuh ukhuwah serta meningkatkan usaha dalam membentuk generasi yang berilmu, berdisiplin dan berjiwa mulia.
Tahniah dan syabas kepada seluruh warga SMK RLKT Lasah!🤍

🎉 TAHNIAH DAN SYABAS! 🎉Setinggi-tinggi tahniah dan syabas diucapkan kepada seluruh warga SMK RLKT Lasah atas pemilihan s...
14/08/2026

🎉 TAHNIAH DAN SYABAS! 🎉

Setinggi-tinggi tahniah dan syabas diucapkan kepada seluruh warga SMK RLKT Lasah atas pemilihan sekolah sebagai salah satu sekolah di bawah Rancangan Pendidikan Malaysia 2026–2035: Prakarsa Peningkatan Mutu Sekolah Bawah Reformasi Sekolah.✨

Pemilihan ini merupakan satu pengiktirafan terhadap komitmen, kesungguhan, kerjasama dan kecemerlangan seluruh warga sekolah dalam usaha meningkatkan kualiti pendidikan serta melahirkan generasi yang berilmu, berkemahiran dan berdaya saing.

Semoga pengiktirafan ini menjadi pemangkin semangat untuk terus melangkah maju, memperkukuh budaya kecemerlangan dan merealisasikan aspirasi pendidikan negara.

Tahniah dan syabas warga SMK RLKT Lasah!💐

🏕️ PERKHEMAHAN TAHUNAN UNIT BERUNIFORM DAN PROGRAM RIMUP 202624 – 26 JULAI 2026 | KOMPLEKS RAKAN MUDA KAMPAR📍 HARI KETIG...
07/08/2026

🏕️ PERKHEMAHAN TAHUNAN UNIT BERUNIFORM DAN PROGRAM RIMUP 2026

24 – 26 JULAI 2026 | KOMPLEKS RAKAN MUDA KAMPAR

📍 HARI KETIGA

Hari terakhir dimulakan dengan aktiviti kepimpinan kendalian Unit Bimbingan dan Kaunseling yang memberi peluang kepada para peserta untuk mengasah keyakinan diri, membina kerjasama serta mencungkil potensi sebagai pemimpin masa hadapan. 🌟

Seterusya, Majlis Penutup dan Penyampaian Hadiah sebagai penghargaan atas semangat, usaha dan kesungguhan yang ditunjukkan sepanjang tiga hari perkhemahan. 🏆✨

Tiga hari telah berlalu, namun segala pengalaman, persahabatan dan kenangan yang tercipta akan terus menjadi sebahagian daripada perjalanan mereka.

Satu semangat, seribu kenangan. Selamanya saudara! 💛🖤🏕️

🏕️ PERKHEMAHAN TAHUNAN UNIT BERUNIFORM DAN PROGRAM RIMUP 202624 – 26 JULAI 2026 | KOMPLEKS RAKAN MUDA KAMPAR📍 HARI KEDUA...
06/08/2026

🏕️ PERKHEMAHAN TAHUNAN UNIT BERUNIFORM DAN PROGRAM RIMUP 2026

24 – 26 JULAI 2026 | KOMPLEKS RAKAN MUDA KAMPAR

📍 HARI KEDUA

Hari kedua lebih mencabar dengan aktiviti cabaran wira muda dan explorace yang menguji kekuatan fizikal, mental, kreativiti serta semangat berpasukan. 🔥💪🏻

Selain itu, guru-guru turut sama mencipta kenangan menerusi aktiviti berkayak. 🚣🏻‍♀️

Malam p**a diserikan dengan Malam Kebudayaan melalui persembahan sketsa oleh para peserta. 🎭✨

🏕️ PERKHEMAHAN TAHUNAN UNIT BERUNIFORM DAN PROGRAM RIMUP 202624 – 26 JULAI 2026 | KOMPLEKS RAKAN MUDA KAMPAR📍 HARI PERTA...
06/08/2026

🏕️ PERKHEMAHAN TAHUNAN UNIT BERUNIFORM DAN PROGRAM RIMUP 2026

24 – 26 JULAI 2026 | KOMPLEKS RAKAN MUDA KAMPAR

📍 HARI PERTAMA

Hari pertama perkhemahan diisi dengan aktiviti ikhtiar hidup, asas ikatan dan balutan anduh pertolongan cemas. Pelbagai kemahiran dipelajari sambil menguji keberanian, ketangkasan dan kerjasama para peserta. 💪🏻🌿

Setinggi-tinggi Tahniah dan Syabas💐Seluruh warga SMK RLKT Lasah merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan kepad...
06/08/2026

Setinggi-tinggi Tahniah dan Syabas💐

Seluruh warga SMK RLKT Lasah merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan kepada Encik Ahmad Sabri bin Abdul Ghani atas pelantikan sebagai
Timbalan Pengarah Sektor Pembelajaran
Jabatan Pendidikan Negeri Perak.✨

Semoga pelantikan ini menjadi pemangkin kepada kecemerlangan berterusan dalam memperkasa dunia pendidikan serta membawa aspirasi pendidikan negeri ke tahap yang lebih cemerlang.

Kami mendoakan semoga Allah SWT mengurniakan kesihatan yang baik, kebijaksanaan, kekuatan dan keberkatan dalam menggalas amanah serta terus mencipta kejayaan demi kemajuan pendidikan.

Daripada:
Seluruh Warga SMK RLKT Lasah✨

Address

Sungai Siput
31120

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6055918182

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SMK RLKT Lasah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category