30/06/2026
https://www.facebook.com/share/p/1962eKuCzZ/
Syurga Buat Muallimah Munirah
إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ
Dengan penuh rasa dukacita dimaklumkan bahawa Muallimah Munirah binti Haji Hajar telah kembali ke rahmatullah pada awal pagi tadi di Hospital Taiping.
Allahyarhamah merupakan antara guru terawal yang telah menabur bakti di PASTI Al-Falah Felda Lasah sekitar tahun 2001. Jasa, pengorbanan dan didikan yang dicurahkan sepanjang berkhidmat akan sentiasa dikenang serta menjadi amal jariah yang berterusan.
InsyaAllah,Jenazah akan dibawa ke Masjid Felda Lasah untuk urusan solat jenazah sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Felda Lasah. Pengebumian dijangka berlangsung sekitar jam 12.30 tengah hari.
Seluruh warga PASTI Kawasan Sungai Siput merakamkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga Allahyarhamah. Semoga mereka dikurniakan kesabaran, ketabahan dan kekuatan dalam menghadapi ujian ini.
Marilah kita bersama-sama mendoakan agar Allah SWT mengampunkan segala dosa Allahyarhamah, melimpahkan rahmat-Nya, menerima segala amal kebajikan yang telah dilakukan, meluaskan kuburnya serta menempatkan Allahyarhamah dalam kalangan hamba-hamba-Nya yang beriman dan beroleh syurga Firdaus.
Al-Fatihah