HUKUM BERBEKAM SEMASA PUASA
Ulama berselisih pendapat berkenaan dengan hukum berbekam semasa puasa, adakah membatalkan puasanya atau tidak. ada dua pendapat berkenaan masalah ini:
PENDAPAT PERTAMA: Berbekam tidak membatalkan Puasa. Ini pendapat mazhab Syafie,Maliki dan Hanafi.
DALIL PENDAPAT INI:-
-------------------------
1.hadis dari Ibnu Abbas: maksudnya - "sesungguhnya Nabi s.a.w berbekam semasa memakai ihram dan Nabi s.a.w berbekam semasa puasa." Hadis sahih Bukhari.
2. maksudnya- "Rasulullah s.a.w membenarkan bercium dan berbekam bagi orang yang berpuasa."
Riwayat imam Ad-Dar qutni dan beliau berkata "perawinya semuanya thiqah"
PENDAPAT KEDUA : Berbekam membatalkan puasa. Ini pendapat mazhab Hambali,Ibnu Taymiah,Ibnu Qayyim,Ibnu Munzir,Auza'ie,Ibnu Khuzaimah dan Addarimi.
DALIL PENDAPAT INI:
-------------------------
1. Hadis Nabi s.a.w dari Syaddad dan Rafie' bin khadij: maksudnya - "Tukang bekam dan orang yang berbekam batal puasanya."
Jawapan dari ULAMA JUMHUR
-------------------------------------
"Hadis ini di mansukhkan hukumnya dengan hadis yang nyatakan Nabi s.a.w berbekam semasa puasa. Ini kerana hadis syaddad adalah semasa hari pembukaan kota mekkah dan hadis ibnu abbas adalah semasa haji wada'(perpisahan).
KESIMPULAN
-----------------
Pendapat yang lebih kuat ialah bekam tidak membatalkan puasa dan hanya makruh sekiranya melemahkan tubuh, Berikut adalah hadis yang menguatkan ini: maksudnya - "Sesungguhnya Anas r.a ditanya : Adakah kamu (para sahabat) menghukum makruh berbekam bagi orang yang berpuasa. Anas
menjawab" Tidak kecuali sekiranya tubuhnya lemah untuk berpuasa." -Hadis sahih bukhari.
'Selamat menjalani Ibadah Puasa di bulan Ramadhan ini'
Setangkai Sakti Hijjamah
Pusat jagaan dan Penempatan Anak-anak Yatim dan fakir miskin
Ciri-ciri Penyakit Hipertensi (darah tinggi)
Menurut doktor pakar perubatan ada beberapa gejala penyakit
hipertensi (darah tinggi) yang timbul,sehingga seseorang boleh
mengenali penyakit hipertensi sebelum penyakit ini
menjadi lebih parah. Beberapa diantaranya seperti
Berikut:-
1.) Kepala Terasa Sakit
Gejala yang lebih serius dari penyakit hipertensi yang
ringan adalah sakit kepala dengan tempoh yang
sering dan terus-menerus.
2.)Darah hidung
Pada tahap awal penyakit hipertensi darah hidung juga
menjadi salah satu punca atau tanda yang akan muncul.
3.)Mual dan muntah
Meskipun gejala mual dan muntah merupakan gejala
umum yang terjadi pada kebanyakkan pesakit,
namun pada penyakit hipertensi gejala mual dan
muntah ini agak sedikit berbeza kerana pada
hipertensi atau tekanan darah tinggi mual dan
muntah ini disertai dengan pandangan menjadi
semakin kabur dan juga sukar untuk bernafas.
4.)Kebas
Meningkatnya tekanan darah akibat hipertensi
menyebabkan kebas atau rasa kesemutan yang
boleh menjadi simtem atau tanda awal penyakit stroke.
Penyakit stroke adalah gangguan fungsi otak akibat
aliran darah ke otak mengalami gangguan (berkurang). Akibatnya,
nutrisi dan oksigen yang perlukan otak tidak di penuhi dengan baik..
Click here to claim your Sponsored Listing.