15/05/2026
Masyallah Tabarakallah Program pagi ney bersama-sama team dan branch Al Fikh di Kedah. Semoga Program berjalan dengan lancar, Amin Allahumma Amin🤲🏻
“ _Barulah kita faham dunia mereka… bila kita sendiri melaluinya.”_
*ISTIMEWA AL FIKH ORCHARD UTARA* mempersembahkan
🎒 *Program “A Day In Their Shoes”* 🎒 bersama Founder Al Fikh Orchard Early Childhood and Consultancy *Puan Hajah Siti Ruzita Ramli*
Sebuah program parenting khas untuk ibu ayah merasai sendiri pengalaman menjadi “pelajar” 🌈
Duduk, belajar, bermain, mendengar arahan, menyelesaikan tugasan dan melalui rutin seperti anak-anak di tadika dan taska❤️
Kadang-kadang…
kita melihat hanya beberapa jam mereka di sekolah.
Tetapi di sebalik itu, ada usaha kecil yang besar 🥹
Ada keberanian untuk berdikari, belajar memahami, berkawan dan mengurus emosi sendiri.
✨ Melalui program ini, ibu ayah akan lebih memahami:
🌸 Bagaimana anak belajar melalui bermain
🌸 Cabaran kecil yang mereka lalui setiap hari
🌸 Kepentingan sokongan emosi dan galakan di rumah
🌸 Betapa besarnya dunia seorang anak kecil
Insya-Allah, program ini bukan sekadar aktiviti…
tetapi pengalaman yang akan membuka hati dan mengeratkan lagi hubungan ibu ayah bersama anak ❤️
Jemput hadir ya 🥰
📅 *Sabtu, 16 Mei 2026*
📍 *Dewan Wira Jaya, SK Lunas Jaya*
⏰ *8.30 pagi – 12.00 tengahari*
💌 Jom sertai pengalaman bermakna dan menyeronokkan ini bersama kami!
Kerana memahami anak… bermula dengan menyelami dunia mereka♥️
*Al Fikh Orchard*
_Shaping For Future Ummah_