30/09/2025
Bagi kategori Dekorasi Pejabat Malaysia Merdeka, sesi penjurian telah berlangsung pada 22 September 2025 π²πΎ π²πΎ
Panel penjurian diketuai oleh Profesor Madya Ts Dr Asmadi Mohammed Ghazali (Pengerusi KSUK) bersama Encik Asrol Hasan (Pensyarah Kanan FSSR) dan Puan Leila Nasser (SMK Che Tom) ππ
Jutaan terima kasih dan tahniah atas penyertaan & komitmen terbaik 9 pejabat bahagian & unit UiTM Cawangan Kedah ππΌππΌππΌ
28/09/2025
Pertandingan signature tiap kali sambutan bulan kebangsaan UiTM Kedah anjuran Kelab Staf UiTM Kedah (KSUK) tahun 2025 ini lebih meriah dengan 35 penyertaan daripada warga UiTM Kedah ππΌππΌ
Terima kasih dan tahniah atas penyertaan dalam Pertandingan Potret & Dekorasi Pejabat Malaysia Merdeka 2025, bermula 16 Ogos - 16 September 2025 ππ
Pengumuman pemenang akan diadakan dalam program KSUK yang seterusnya ππ
23/09/2025
Tak kenal maka tak cinta π
Kelab Staf UiTM Kedah (KSUK) dengan kerjasama Institut Kepimpinan & Pembangunan (ILD) UiTM Cawangan Kedah telah menganjurkan Program Eksplorasi Keserakanan UiTM Cawangan Kedah 2025 yang disertai kakitangan baharu UiTM Cawangan Kedah yang mendaftar diri pada tahun 2023 sehingga 2025 ππΌππΌ
Program eksplorasi santai sekitar kampus ini diadakan pada 23 September 2025 dan bermatlamat untuk dijadikan platform kepada semua kakitangan baharu untuk saling mengenali dan mewujudkan pasukan kerja yang terbaik ππΌππΌ
Tahniah kepada semua peserta & pemenang ππ
17/09/2025
Seluruh ahli Kelab Staf UiTM Kelab (KSUK) merakamkan ucapan takziah atas pemergian rakan sekampus, Allahyarhammah Puan Nur Syazana Mohd Nasir πππ
Semoga Allah SWT menempatkan Allahyarhamah sahabat kami ini dalam kalangan para solehin π€²π»
Semoga keluarga Allahyarhammah diberikan kekuatan & bersabar atas ujian ini π€²π»
05/09/2025
Sambutan bulan kebangsaan 2025 terus disemarakkan dengan penganjuran KSUK Kembara Malaysia Merdeka pada 4 September 2025 bertempat di Taman Negeri Perlis, Wang Kelian, Perlis π²πΎ π²πΎ
Program eksplorasi alam dan bina pasukan ini disertai oleh 30 ahli Kelab Staf UiTM Kedah (KSUK) dengan diketuai oleh Prof. Madya Ts Dr Asmadi Mohammed Ghazali, Pengerusi KSUK π«‘π«‘
Peserta dibekalkan dengan ilmu ikhtiar hidup di hutan, pengunaan kompas kecemasan dan nilai bina pasukan oleh pegawai-pegawai Jabatan Perhutanan Perlis ππΌππΌ
Terima kasih atas komitmen terbaik semua peserta, ajk & ahli KSUK yang menjayakan program ini ππ
02/09/2025
Tahniah dan syabas dirakamkan kepada Profesor Dr Noor Zahirah Mohd Sidek di atas kenaikan pangkat ke jawatan Profesor Gred Khas C (VK7) πππ
Semoga ianya menjadi pemangkin semangat untuk terus komited dan cemerlang perkhidmatan π€²π»
29/08/2025
Wajah-wajah ceria & penuh bersemangat warga UiTM Cawangan Kedah yang menyertai Kuiz Malaysia Merdeka & Kuiz UiTM Gemilang ππΌππΌππΌ
Terima kasih sentiasa menyokong program KSUK Semangat Malaysia Merdeka π²πΎ π²πΎ π²πΎ
29/08/2025
Program 10 Ribu Langkah : Jejak Ambang Merdeka yang merupakan program tradisi Kelab Staf UiTM Kedah (KSUK) saban tahun bersempena Sambutan Bulan Kebangsaan UiTM Kedah telah diadakan pada 28 Ogos 2025 πππ
Program tahun ini lebih istimewa kerana ianya dianjurkan serentak dengan program UiTM Happiness Walk (UHW) 2025 dan ini dihadiri oleh ratusan warga kampus UiTM Cawangan Kedah π₯³π₯³π₯³
Program ini turut dimeriahkan dengan Kuiz Malaysia Merdeka & Kuiz UiTM Gemilang dan nyanyian lagu patriotik π²πΎ
Terima kasih & tahniah atas penglibatan semua warga kampus ππΌππΌππΌ
24/08/2025
Seluruh ahli Kelab Staf UiTM Kelab (KSUK) bersedih atas pemergian seorang sahabat, mantan rakan sekampus dan ahli KSUK yang sentiasa menyokong aktiviti kampus dan kelab, Allahyarham Encik Abdul Jalil Hussin pada 14 Ogos yang lepas πππ
KSUK sempat melancarkan kutipan sumbangan untuk membantu kos perubatan Allahyarham sebelum pemergiannya, namun tidak sempat menyalurkan sumbangan tersebut.
Pada 24 Ogos 2025, Pengerusi & wakil KSUK telah menyampaikan sumbangan tersebut kepada isteri Allahyarham di rumahnya di Jitra, Kedah π€²π»
Jutaan terima kasih kepada semua warga UiTM Cawangan Kedah yang budiman π
Semoga Allah SWT menempatkan Allahyarham sahabat kami ini dalam kalangan para soleh π€²π»
Allahyarham Encik Jalil sentiasa dalam doa & ingatan kami warga KSUK π€²π»
21/08/2025
Sambutan Bulan Kebangsaan 2025 UiTM Cawangan Kedah anjuran Kelab Staf UiTM Kedah (KSUK) dimulakan dengan penganjuran Webinar Malaysia Merdeka : Tinta Sejarah pada 21 Ogos 2025 secara atas talian ππΌππΌ
Webinar santai bertemakan semangat kebangsaan dan kemerdekaan ini dikendalikan sepenuhnya oleh Prof. Madya Dr Asmadi Mohammed Ghazali, Pengerusi KSUK selaku moderator & Dr Ibrahim Bakar, Pengerusi Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Kedah sebagai penceramah jemputan π²πΎπ²πΎπ²πΎ
Tahniah & Salam Malaysia Merdeka untuk semua π²πΎπ²πΎπ²πΎ
17/08/2025
Assalamualaikum w.b.t & Salam Sejahtera,
Bersempena dengan sambutan Bulan Kebangsaan 2025, Kelab Staf UiTM Kedah (KSUK) akan menganjurkan beberapa program berunsurkan semangat kebangsaan dan kemerdekaan sebagai salah satu inisiatif dalam menunjukkan rasa kecintaan kepada negara.
Kelab Staf UiTM Kedah (KSUK) akan menganjurkan KSUK Semangat Malaysia Merdeka 2025 yang akan menampilkan beberapa program sepanjang sambutan Bulan Kebangsaan 2025 :
Pertandingan Potret & Dekorasi Pejabat Malaysia Merdeka π€³π²πΎ
ποΈ Tarikh : 16 Ogos - 16 September 2025
π Pertandingan potret & dekorasi pejabat bahagian / unit / bilik pensyarah bertemakan kemerdekaan / kenegaraan
π Terbuka kepada semua kakitangan & pelajar UiTM Cawangan Kedah
π Bayaran Penyertaan: PERCUMA (Ahli KSUK) & RM5.00 (Bukan Ahli & Pelajar) untuk setiap penyertaan
π Hadiah menarik menanti pemenang!!! Semua penyertaan akan menerima Sijil Penyertaan!!!
Webinar Malaysia Merdeka : Tinta Sejarah βοΈπ²πΎ
ποΈ Tarikh : 21 Ogos 2025 (Khamis)
β° Masa : 10.00 Pagi - 12.00 Tengahari
π Platform : Google Meet
π§βπ« Penceramah : Dr Ibrahim Bakar (Pengerusi Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Kedah)
π§βπ« Moderator : Prof. Madya Ts Dr Asmadi Mohammed Ghazali (Pengerusi KSUK)
π Penyertaan direkodkan dalam Log Jam Latihan Kakitangan UiTM
Program 10 Ribu Langkah - Jejak Ambang Merdekaππ²πΎ
ποΈ Tarikh : 28 Ogos 2025 (Khamis)
β° Masa : 8.00 Pagi - 11.00 Pagi
π Venue : Bermula di Dataran Ilmu & Berakhir di Dewan Seri Jerai
π Program ini dianjurkan bersama UiTM Happiness Walk 2025
π Kuiz Sejarah Kemerdekaan & UiTM dengan pelbagai hadiah menarik!!!
π Cabutan Bertuah dengan hadiah menarik!!!
π Kehadiran direkodkan dalam Log Jam Latihan Staf
KSUK Kembara Malaysia Merdeka πΊοΈπ²πΎ
ποΈ Tarikh : 4 September 2025 (Khamis)
π Lokasi : Taman Negeri Perlis, Wang Kelian, Perlis Indera Kayangan
π Program Pembinaan Pasukan dan Riadah sempena Hari Malaysia
π Terbuka kepada 30 Ahli KSUK sahaja!!!
π Bayaran dikenakan (akan dimaklumkan nanti)
Tandakan Kalendar Anda & Jom Bersama KSUK Semangat Malaysia Merdeka πͺ
ππ KSUK ππ