31/12/2025
Hari ini saya menerima Anugerah Pencapaian Peringkat Antarabangsa peringkat sekolah dalm Majlis Apresiasi SMPKV Merbok bagi:
• 🌐 GCE Level 2
• 🌐 MIEE EXPERT
Namun yang paling membahagiakan hati saya sebagai seorang guru ialah kejayaan ini turut dikongsi bersama murid-murid saya.
Saya berpeluang membimbing 8 murid Operasi Pengemasan melaksanakan satu inovasi pembelajaran bertajuk:
🎲 Lexiclean Dice
Permainan Kosa Kata berkaitan Subjek Operasi Pengemasan
Inovasi ini dibangunkan untuk membantu murid memahami istilah housekeeping dengan lebih mudah, belajar secara aktif dan menyeronokkan serta membina keyakinan melalui pembelajaran berasaskan permainan.
Alhamdulillah, hasilnya…
SEMUA murid yang terlibat turut mencapai pengiktirafan peringkat antarabangsa 😊
Sebagai guru, ini mengingatkan saya bahawa kejayaan sebenar bukan hanya pada anugerah yang kita terima, tetapi pada berapa ramai yang kita bawa naik bersama.
Terima kasih kepada murid-murid yang berani mencuba, rakan seperjuangan yang sentiasa menyokong dan semua pihak yang percaya bahawa murid pendidika khas aliran vokasional juga mampu bersaing di peringkat global.
Semoga kejayaan kecil ini menjadi pemangkin kepada lebih banyak inovasi,
lebih ramai murid berani bermimpi,
dan lebih banyak ilmu dimanfaatkan dengan hati.
🤍 Ilmu dikongsi, kejayaan diraikan bersama