Dr.Fatni Syukur

Dr.Fatni Syukur Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Dr.Fatni Syukur, Sungai Petani.

Expertise (s):
🧑‍🔬Chemistry &STEM Edu.
🔭Curriculum dev. & assessment
🏫21st-centuryT&L
🔺 Design-Development Research(DDR)
📊Data storytelling
📉Mixed-method data analysts
📚T&L module developer
📝Strategic management
🎙️ Event manager&Emcee

MoE Lab 17-21 August 2026 New girlfriend, new networking Introducing Puan Mimi Sintia, the glamorous and kind hearted Ui...
18/08/2026

MoE Lab 17-21 August 2026

New girlfriend, new networking
Introducing Puan Mimi Sintia, the glamorous and kind hearted UiTM law expert ❤️

Tune to BERNAMA tomorrow for the AUKU updates okay!


16/08/2026
SUNDAY 1.42+0.73 ~ 2.15 KM ✓slow walk with mama ✓slow jog alone recharged and ready physically and mentally for the hect...
16/08/2026

SUNDAY 1.42+0.73 ~ 2.15 KM
✓slow walk with mama
✓slow jog alone

recharged and ready physically and mentally for the hectic week ahead ✨


15/08/2026

Terima kasih kepada Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, Datuk Dr Mohd Azam Ahmad, Ketua Pesuruhjaya Kanak-Kanak SUHAKAM, Dr Farah Nini Dusuki serta seluruh pasukan yang mengambil inisiatif mengadakan sesi penerangan malam ini bagi menjawab persoalan dan kegusaran yang dibangkitkan oleh guru terkait pelaksanaan Polisi Perlindungan Murid Sekolah KPM.

Alhamdulillah, kami menerima banyak maklum balas positif daripada para guru yang mengikuti sesi ini. Banyak persoalan dapat dijawab dan beberapa perkara yang sebelum ini menimbulkan kebimbangan kini dapat difahami dengan lebih jelas.

Kefahaman ini saya kira penting. Bukan sahaja supaya guru mengetahui peranan dan tanggungjawab masing-masing tetapi untuk kita bersama-sama merekayasa advokasi perlindungan yang lebih berkesan demi menjaga keselamatan dan kesejahteraan seluruh warga sekolah.

Pada masa yang sama, kami mengambil maklum aduan berhubung masalah teknikal audio sepanjang sesi berlangsung. Supaya lebih ramai guru mendapat penerangan dengan jelas, satu lagi sesi akan diadakan dalam masa terdekat.

Usaha penerangan ini tidak akan terhenti di sini. Saya telah meminta supaya pasukan KPM turut turun ke lapangan untuk bertemu dan memberikan penerangan secara langsung kepada guru. Kita mahu ruang untuk bertanya dan mendapatkan penjelasan terus dibuka seluas-luasnya.

Bagi yang tidak berkesempatan mengikuti sesi malam ini atau mahu menontonnya semula, pautan rakaman saya sertakan di ruangan komen.

Terima kasih kepada semua guru yang mengikuti sesi, bertanya dan memberikan pandangan.

Kami akan terus mendengar, terus menerangkan dan terus memperbaiki apa yang perlu.

Kerana akhirnya, matlamat kita hanya satu. Guru terlindung, anak-anak selamat dan sekolah menjadi ruang yang selamat untuk semua.

Cinta..❤️Apakah yang paling kamu cintai? Dua minggu saya didedahkan dengan 2 ilmu dan kemahiran yang sudah saya rasa say...
14/08/2026

Cinta..❤️

Apakah yang paling kamu cintai?

Dua minggu saya didedahkan dengan 2 ilmu dan kemahiran yang sudah saya rasa saya mahir namun betullah, dalam islam kita perlu belajar dan terus belajar..

Minggu lepas saya diberi peluang oleh organisasi saya untuk mendalami ilmu 'Project Management' dan Rabu lepas saya mendalami semula ilmu 'Problem Solving and Handling Lab" inilah antara kemahiran² on job traning bila melaksanakan tugas 'Strategic Management'.

Sungguh, dengan ilmu kita menjadi lebih yakin dan berani serta kompeten.
Namun, mendalami ilmu itu adalah bagus untuk kita kekal 'humble' kerana banyak lagi ilmu dan kemahiran yang masih kita belum kuasai. Dua minggu ini saya muhasabah diri 'Banyak lagi aku kena pelajari".

Jangan berhenti mencintai ilmu ya sahabat². Ada peluang untuk menambah ilmu, raihlah peluang itu dan manfaatkannya kepada diri, famili dan anak bangsa. In shaa Allah.

Terima kasih bosses atas peluang ini ✨

📷: Mod terpaksa buat presentation, sebolehnya skrg nak bagi junior sahaja ke hadapan

14/08/2026

“Kalau apa-apa berlaku kepada murid, adakah semuanya akan menjadi tanggungjawab guru?”

Ini antara kegusaran paling besar yang disuarakan oleh guru-guru sejak beberapa hari ini.

Ada yang bimbang tentang tanggungjawab mereka apabila berlaku sesuatu kepada murid. Ada yang tertanya-tanya apakah tindakan yang perlu diambil apabila menerima aduan. Ada juga yang merasakan penerangan mengenai perkara ini masih belum mencukupi.

Saya dengar semua kegusaran ini.

Sebab itu saya telah meminta Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia untuk meneruskan sesi libat urus dan penerangan supaya setiap persoalan guru dapat dijawab dengan jelas.

Ini tidak bermakna polisi ini dibentuk tanpa perbincangan.

Sejak awal lagi, KPM telah mengadakan sesi libat urus bersama dengan pelbagai pemegang taruh termasuk JPN, PPD, NUTP, Majlis Guru Kaunseling Kebangsaan, SUHAKAM, UNICEF, ARUS Academy, Buku Jalanan Chowkit serta beberapa NGO lain.

Tetapi bagi saya, kalau selepas semua itu masih ada guru yang belum jelas atau masih bimbang, maknanya kerja penerangan kita masih belum selesai.

Sesi penerangan seterusnya akan bermula malam ini dan rakamannya juga akan dimuat naik supaya ia boleh dirujuk oleh guru-guru.

Sekarang kembali kepada soalan besar tadi.

Adakah segala-galanya akan menjadi tanggungjawab guru?

TIDAK.

Polisi Perlindungan Murid Sekolah bukan untuk meletakkan seluruh beban menjaga keselamatan murid di bahu guru. Sebaliknya, polisi ini mewujudkan kerangka yang lebih jelas tentang siapa perlu melakukan apa apabila timbul kebimbangan terhadap keselamatan dan kesejahteraan seorang murid.

KPM, JPN dan PPD mempunyai tanggungjawabnya. Kepimpinan sekolah mempunyai tanggungjawabnya. Guru dan kakitangan sebagai barisan hadapan mempunyai peranan mereka. PDRM, JKM, ibu bapa dan pihak berkaitan juga menjadi sebahagian daripada ekosistem perlindungan murid.

Apa yang kita perlukan daripada guru ialah jangan diam apabila ada kebimbangan terhadap keselamatan seorang anak.

Apabila menerima aduan atau mempunyai syak munasabah, laporkan segera kepada pentadbir. Guru tidak perlu menunggu sehingga mempunyai bukti yang lengkap untuk melapor.

Selepas itu, kes perlu diselaraskan, tindakan ditentukan mengikut jenis dan tahap kes serta dirujuk kepada pihak berkuasa berkaitan apabila diperlukan.

Kita mahu tatacara ini memberikan kejelasan kepada guru tentang apa yang perlu dilakukan, dan pada masa yang sama memastikan anak-anak tidak melalui trauma berulang akibat pengendalian kes yang tidak sewajarnya.

Saya faham, satu dokumen tidak akan menjawab semua persoalan.

Sebab itu penerangan dan libat urus mesti diteruskan sehingga guru benar-benar memahami peranan mereka, tahu batas tanggungjawab mereka dan yakin tentang tindakan yang perlu diambil apabila berhadapan sesuatu kes.

Dan kepada guru-guru, saya mahu tegaskan satu perkara.

Kita tidak mahu guru dibiarkan bersendirian ketika melindungi murid. Dan kita juga tidak akan membiarkan guru-guru kita menghadapi ujian bersendirian.

KPM sentiasa peka dan bantuan guaman turut disediakan kepada guru yang memerlukan berdasarkan kesesuaian dan keperluan kes.

Kita mahu anak-anak selamat. Kita juga mahu guru jelas, yakin dan tahu bahawa ada sistem yang berdiri bersama mereka.

Melindungi anak-anak kita adalah tanggungjawab bersama. Guru tidak harus memikulnya sendirian.

Jangan bimbang. Polisi ini bukan untuk mencari siapa yang boleh dipersalahkan apabila sesuatu berlaku. Apatah lagi untuk menjadikan guru sebagai kambing hitam.

Kita ingin lindungi murid, kita ingin lindungi guru, kita ingin ekosistem sekolah yang selamat.

Catatan: Gambar diambil sewaktu sesi libat urus Polisi Perlindungan Murid Sekolah dan Garis Panduan Pengurusan Sekolah Selamat KPM

Address

Sungai Petani

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Dr.Fatni Syukur posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Dr.Fatni Syukur:

Shortcuts

Share