25/01/2021
HIDUPAN BERCAHAYA DI HUTAN
Jika disenaraikan organisma yang berkebolehan memancarkan cahaya di kelam malam, pasti kump**an serangga kelip-kelip mendahului kebanyakan jawapan bukan?.
Tahukah anda, hakikatnya organisma yang boleh memancarkan cahaya adalah sangat pelbagai dan tersebar dengan meluas di alam ini?
Selain serangga, beberapa spesies kulat, ikan, sotong dan bakteria turut dikategorikan sebagai ‘bioluminescence’. Di antara kump**an hidupan yang boleh memancarkan cahaya ini, kulat ‘bioluminescence’ adalah paling jarang ditemui dan kurang difahami.
Istilah ‘bioluminescence’.berasal dari perkataan Greek ‘bios’ yang bermaksud hidup dan perkataan Latin ‘lumen’ yang bermaksud cahaya. Apabila digabungkan, 2 perkataan ini merujuk kepada hidupan yang memberi cahaya.
‘Bioluminescence’ umumnya merujuk kepada proses biologi di mana cahaya dihasilkan dan dipancarkan oleh organisma hidup. Ini adalah kesan langsung daripada tindak balas kimia yang terjadi di dalam badan organisma tersebut.
Sehingga 2014, dilaporkan terdapat 77 spesies kulat ‘bioluminescence’ di seluruh dunia dengan kebanyakannya tersebar di dalam genus Mycena.
Sebelum empat spesies direkodkan oleh sekump**an pengkaji di Malaysia pada tahun yang sama, 16 spesies kulat ‘bioluminescence’ telah dilaporkan dijumpai di Malaysia, selatan Asia dan Asia Tenggara.
Kesemua kulat ini tergolong dalam kump**an basidiomycetes iaitu kump**an kulat yang dicirikan oleh kehadiran organ pembiakan yang menyimpan spora, dipanggil basidia. Kump**an kulat basidiomycetes ini juga adalah keluarga kulat yang biasa dijumpai dan merangkumi kebanyakan kump**an kulat makroskopik yang membentuk cendawan dan ‘toadstool’.
Cahaya yang dipancarkan dari beberapa spesies kulat makroskopik ini bukanlah berlaku di sepanjang proses pertumbuhan dan pembesarannya tetapi situasi ini hanya berlaku pada peringkat kitaran hidup kulat yang tertentu.
Kebanyakan kulat memancarkan cahaya ini dikatakan bersifat ‘luminous’ atau bercahaya di peringkat miselia dan ketika di peringkat penghasilan ‘fruiting bodies’ atau jasad berbuah, hanya sebilangan kecil sahaja kulat yang masih bersifat ‘luminous’.
Kenapa kulat keluarkan cahaya?
Pada tahun 2015, sekump**an penyelidik di Brazil telah berjaya mengkaji interaksi antara kulat ‘bioluminescence’ dan serangga. Di dalam kajian mereka, cendawan palsu dicipta daripada resin akrilik prostetik. Bahagian dalam cendawan diterangi cahaya LED yang memancarkan cahaya yang hampir serupa dengan kulat ‘bioluminescence’. Seterusnya, cendawan palsu ini diletakkan berhampiran cendawan ‘bioluminescence’ sebenar.
Hasilnya, apabila LED dipasang, cahaya dari kulat tersebut telah menarik perhatian beberapa spesies serangga termasuklah kumbang, tebuan dan semut. Malahan, jumlah serangga yang datang adalah lebih besar berbanding cendawan palsu yang sama yang diletakkan dalam keadaaan gelap.
Kesimp**annya, apabila kulat ‘bioluminescence’ dalam keadaan yang paling mudah dilihat, serangga akan lebih tertarik untuk datang mendekati seterusnya akan bertindak membantu penyebaran spora kulat tersebut. Di sinilah terletak kelebihan utama kulat ‘bioluminescence’.
Dalam keadaan biasa, angin dapat bertindak sebagai agen pensporaan. Walau bagaimanapun, kulat ‘bioluminescence’ membesar di bawah kanopi hutan di mana aliran angin sangat kurang. Jadi, kehadiran serangga amatlah membantu dan sangat diperlukan.
Jelas dapat dilihat bahawa kulat menghasilkan cahaya agar kehadiran kulat tersebut disedari oleh serangga seterusnya membantu pengkolonian kulat di habitat baru.
Unik kan? 😊