Faedah-Faedah Ilmu Manusia, Minda dan Jiwa

Faedah-Faedah Ilmu Manusia, Minda dan Jiwa

Share

Minda berkaitan manusia, jiwa insan dan masyarakat manusia.

14/05/2026

Satu yang baru dan menggerunkan bagi saya yang baru berada dalam dunia penyelidikan kualitatif.

Dahulu ijazah engineering saya hurai hasil eksperiment polimer dan benda itu nampak depan mata.

Semasa diploma KPTI saya kaji secara keperpustakaan, iaitu isu ekonomi Islam.

Semasa ijazah pengajian Islam OUM saya kaji kuantitatif ujian pra dan pasca berkenaan kemahiran tajwid.

Untuk master pengajian Islam OUM disertasi saya mengkaji persepsi pelajar pondok terhadap pengajaran hadis di pondok mereka melalui kuantitatif juga.

Pada tahap PhD baru saya masuk dunia kualitatif.

Bab 4 mungkin tahun depan saya sentuh tapi dari sekarang saya perlu siapkan mental dan kemahiran. Untuk mengkaji sejauh mana pengajian di masjid surau memberi kesan kepada pelajar di masjid dan surau sekitar negeri Kedah, saya memilih kaedah temubual mendalam separa struktur insya Allah.

​Ramai yang sangka temubual ini mudah termasuk saya dulu, tapi sebenarnya proses pengump**an datanya sangat kompleks dan mencabar!. Ia bukan sekadar bertanya, tapi seni untuk mendapatkan respon logik, ikhlas dan tulen daripada responden.

​Berdasarkan rujukan yang saya gunakan, ada beberapa langkah penting yang saya lalui untuk pastikan data saya sahih dan berkualiti:

​1. Persediaan Awal & 'Adab' Menjemput Responden

​Sebelum berjumpa, saya perlu hubungi responden untuk maklumkan tujuan kajian dan dapatkan persetujuan mereka. Ini penting supaya mereka rasa dihargai dan bersedia menjadi informan yang hebat. Lokasi dan masa juga dipilih ikut keselesaan mereka agar suasana jadi kondusif.

​2. Tiada Rahsia Antara Kita (Protokol Temubual)
​Saya akan kongsikan protokol atau soalan temubual lebih awal melalui WhatsApp atau emel. Kenapa? Supaya responden ada masa untuk berfikir dan beri jawapan yang lebih mendalam, bukan sekadar jawapan 'spontan' di permukaan sahaja.

​3. Seni Temubual: 6 Langkah Emas
​Semasa sesi berlangsung, saya praktikkan panduan daripada Taylor & Bogdan (1984) untuk pastikan responden selesa berkongsi cerita:

​🤝 Bina Hubungan Mesra: Wujudkan keserasian seawal minit pertama.
​👂 Pendengar Yang Baik: Memberi tumpuan penuh kepada setiap patah perkataan mereka.
​🍵 Suasana Selesa: Pastikan responden rasa tenang dan tidak tertekan.
​🤫 Kerahsiaan Terjamin: Segala isi temubual adalah sulit dan peribadi.
​⚖️ Bersikap Berkecuali: Saya sebagai pengkaji tidak akan memasukkan pandangan peribadi dalam jawapan mereka.

​Mohon doa rakan-rakan FB semua agar urusan mengumpul data di masjid dan surau seluruh Kedah ini dipermudahkan. Semoga hasil kajian ini nanti dapat memartabatkan semula pengajian kitab Jawi kita!

Muhammad Nuruddin bin Bashah

Rujukan kaedah di atas:
Mohd Yusri Ibrahim, Sembang Santai Penyelidikan (Besut, Terengganu: Bandar Ilmu, 2017), 150–151.

Photos from Faedah-Faedah Ilmu Manusia, Minda dan Jiwa's post 14/05/2026

Kajian akademik Sains Sosial, Sejarah, Pengajian Islam mestilah guna instrument jika ingin kaji kesan, pengaruh, faktor dan persepsi.

​Sains Tulen: Instrumen bagi sains tulen digambarkan sebagai alat yang sedia ada (boleh dibeli) dan membolehkan pengump**an data dilakukan dengan pantas sehingga penyelidik mempunyai masa terluang untuk aktiviti lain.

​Sains Sosial: Instrumen bagi sains sosial memerlukan usaha yang lebih tinggi kerana pengkaji harus membina instrumen itu sendiri untuk menangani sifat elemen manusia yang rencam.

Rujukan :
Mohd Yusri Ibrahim, Sembang Santai Penyelidikan (Besut, Terengganu: Bandar Ilmu, 2017).

06/10/2025

Membaca sudah dianggap dipenuhi melalui kita skroll media sosial?

Itu belum membawa makna membaca yang sebenar sebab itu masyarakat kita s**a bercakap separa masak dalam banyak ilmu.

Sebaiknya pastikan sesuatu buku habis dibaca....

06/10/2025

Bina generasi s**a membaca....

26/09/2025

Soalan saya kepada ChatGPT kaedah saya ambil nota
**********
Nuruddin bertanya:
Jika kaedah saya ialah: baca dan nak ambil perenggan tertentu atau klaya tertentu atau fakta tertentu yg dirasa relevan saya taip dan save pada words + bibliografinya.

Bila nak buat bab saya ambik semua perebggan2 atau fakta2 penting saya blend buat bab saya.

Ada tak orang buat macam ini?

Kira satu fail words satu tema/isu kajian.misalbya fail kesejahteraan psikologi.
************

Ya Nuruddin 👍 — kaedah yang tuan guna itu memang salah satu strategi realistik yang ramai pelajar PhD amalkan, khususnya mereka yang lebih selesa bekerja dalam Microsoft Word berbanding perisian pengurusan literatur seperti Zotero/Notion.

Dalam bidang penyelidikan, gaya ini dikenali sebagai thematic file system atau kadang disebut “manual knowledge management”.

1. Adakah orang lain buat begini?

✅ Ya, ramai pelajar buat seperti tuan:

Mereka membaca buku/jurnal/kertas → copy parafakta penting → simpan dalam satu fail Word.

Satu fail = satu tema/isu.

Setiap petikan disimpan bersama citation (APA).

Bila menulis bab tesis, mereka “panggil semula” semua fail Word berkaitan → gabungkan → susun jadi naratif akademik.

Ini lebih baik daripada sekadar highlight PDF, kerana tuan sudah ada bahan yang siap dipindahkan ke tesis.

2. Kelebihan Kaedah Ini

Mudah & praktikal – tidak perlukan software kompleks.

Boleh terus copy ke tesis tanpa takut hilang rujukan.

Fail ikut tema → memudahkan proses membina bab 2 (literatur).

Sesuai kalau tuan s**a hands-on writing berbanding sistem digital abstrak.

3. Kekurangan & Risiko

Kalau tidak ada sistem penamaan fail yang konsisten, nanti susah nak cari semula.

Nota boleh jadi panjang & berulang, contohnya fakta sama tersimpan dalam 2 fail berbeza.

Jika terlalu banyak “copy”, ada risiko gaya penulisan tesis jadi patchwork (tampalan).

4. Cara Perkemas Kaedah Word-Based

Untuk elak kelemahan tadi, buat beberapa aturan:

a. Struktur Fail

Contoh folder utama: Literatur Tesis

Fail 1: Kesejahteraan Psikologi.docx

Fail 2: Insomnia.docx

Fail 3: Ruqyah.docx

Fail 4: Amalan Kerohanian.docx

b. Format Nota

Setiap catatan perlu ada:

Parafrasa/perenggan (tuan tulis semula, jangan salin bulat-bulat).

Citation penuh → contohnya (Nasir & Omar, 2006).

Bibliografi lengkap → letak di hujung fail atau dalam jadual kecil.

Contoh dalam Word:

Nota:
“Kesejahteraan psikologi ditakrif sebagai keadaan harmoni antara aspek emosi, kognitif dan spiritual seseorang individu.”

Citation: (Nasir & Omar, 2006)

Bibliografi:
Nasir, R., & Omar, F. (Eds.). (2006). Kesejahteraan manusia: Perspektif psikologi. Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

c. Blend Semula Jadi Bab

Bila nak tulis Bab 2, buka fail-fail tema.

Susun semula nota ikut subtopik.

Tulis dengan suara sendiri → jangan hanya gabungkan potongan para.

Gunakan teknik sintesis: bandingkan kajian A, B, C → tunjuk persamaan, perbezaan, dan gap.

5. Amalan PhD Students Lain

Ada yang guna Evernote/Notion/Obsidian untuk sistem fail bertema.

Ada yang guna Zotero + Word (simpan para penting dalam “Notes” di Zotero).

Ada juga yang kekal dengan cara Word per tema kerana lebih natural & fleksibel.

Jadi pendek kata, kaedah tuan sahih dan memang diamalkan, cuma pastikan tuan buat sintesis, bukan tampalan bila sampai ke peringkat penulisan.

26/09/2025

RAMAI KEMPEN JIKA KAYA HIDUP SEJAHTERA, DAMAI...BETUL KAH?
******************
Kajian menunjukkan tiada bukti peningkatan kesejahteraan manusia walaupun kekayaan manusia meningkat 3x ganda dalam tempoh 50 tahun kebelakangan (buku ini tahun 2006).

Ramai anggap kaya dapat bawa kesejahteraan manusia iaitu meningkat perasaan positif dan kepuasan hidup, serta menurunnya perasaan negatif iaitu kebimbangan, depresi dan tekanan mental. Sebaliknya tidak. Statistik masalah mental semakin meningkat seiring peningkatan kekayaan ekonomi.

Nasir, R., & Omar, F. (2006). Kesejahteraan manusia: Perspektif psikologi. Dalam R. Nasir & F. Omar (Eds.), Kesejahteraan manusia: Perspektif psikologi (hlm. 1–18). Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

23/04/2025

Bab "The Pyramid of Needs" dalam buku Read People Like a Book oleh Patrick King page 46 ada membincangkan bagaimana tingkah laku manusia didorong oleh keperluan asas yang disusun secara hierarki, berdasarkan teori Prof. Dr. Abraham Maslow. Teori ini dikenali sebagai Maslow's Hierarchy of Needs dan membahagikan keperluan manusia kepada lima peringkat utama:

Keperluan fisiologi: Keperluan asas untuk hidup seperti makanan, air, tempat tinggal, dan rehat.

Keselamatan: Keperluan untuk rasa selamat, kestabilan, dan perlindungan daripada bahaya.

Kasih sayang dan rasa dimiliki (love and belonging): Keperluan untuk hubungan sosial, persahabatan, dan rasa diterima dalam komuniti.

Harga diri (self esteem) : Keperluan untuk dihormati, diiktiraf, dan mempunyai keyakinan diri.

Pencapaian diri (self-actualization): Keperluan untuk mencapai potensi penuh, kreativiti, dan memberi sumbangan bermakna kepada dunia.

Patrick King menegaskan bahawa setiap tingkah laku manusia boleh kita faham dengan mengenal pasti keperluan mana yang sedang cuba dipenuhi oleh seseorang pada satu-satu masa. Jika kita tahu keperluan mana yang sedang mempengaruhi seseorang itu, mudah untuk kita membantu, memahami, atau mempengaruhi mereka.

Kaunselor p**a boleh menggunakan hierarki keperluan Maslow sebagai kerangka untuk menyusun dan memfokuskan nasihat kepada klien yang menghadapi masalah.

1) Kenal pasti tahap keperluan klien: Sebelum memberi nasihat, kaunselor perlu mengenal pasti keperluan utama yang belum dipenuhi. Contohnya, jika klien menghadapi masalah kewangan dan tidak cukup makan, fokus utama ialah membantu memenuhi keperluan fisiologi dan keselamatan terlebih dahulu sebelum berbicara tentang harga diri atau pencapaian diri.

2) Susun keutamaan sesi intervensi: Nasihat dan intervensi kaunseling harus bermula dari keperluan paling asas dan bergerak ke atas. Jika keperluan asas tidak dipenuhi, klien s**ar untuk fokus pada keperluan yang lebih tinggi seperti hubungan sosial atau pencapaian diri. Nasihat ikut tahap mereka.

Ingatlah, kita perlu elakkan memberi nasihat yang tidak relevan dengan tahap keperluan: Contohnya, jika klien risau tentang kehilangan pekerjaan (keperluan keselamatan), kaunselor perlu memberi jaminan dan strategi berkaitan kestabilan kewangan dahulu, bukan terus memberi motivasi tentang pencapaian diri yang lebih tinggi.

Gunakan pemahaman ini untuk membina empati dan hubungan: Dengan memahami keperluan yang mendorong tingkah laku klien, kaunselor dapat menunjukkan empati, membina kepercayaan, dan menyesuaikan pendekatan kaunseling dengan lebih berkesan.

Buku Read People Like a Book cuba terap kita cara komunikasi kita terhadap orang lain yang berbeza tahap sosial, ilmu, pengalaman dan kepayahan mereka.

Dalam Islam ada petua (hikmah) berbunyi:
: "خاطبوا الناس على قدر عقولهم"
Berkata kata terhadap manusia ikut kadar akal (tahap) mereka.

Kadangkala tahap keperluan menyebabkan manusia berbeza pengetahuan.

قال عَلِيٌّ رضي الله عنه: "حَدِّثُوا النَّاسَ، بما يَعْرِفُونَ
( صحيح البخاري، حديث ١٢٧)
Kata Saidina Ali bercakap dengan manusia dengan apa mereka tahu.

Muhammad Nuruddin Bin Bashah

22/04/2025

NASIB..RISIKO...PELUANG ...KEMAHIRAN.....
**********************
"Some people are born into families that encourage education; others are against it. Some are born into flourishing economies encouraging entrepreneurship; others are born into war and destitution. I want you to be successful, and I want you to earn it. But realize that not all success is due to hard work, and not all poverty is due to laziness. Keep this in mind when judging people, including yourself." The Psychology of Money page 23 bab 2 luck and risk.

Klaus ini menyatakan bahawa nasib dan keadaan permulaan seseorang memainkan peranan penting dalam kehidupan mereka. Ia menyatakan bahawa sesetengah orang dilahirkan dalam keluarga yang menyokong pendidikan, sementara yang lain tidak. Ada yang membesar dalam ekonomi yang makmur dan menggalakkan keusahawanan, manakala yang lain dilahirkan dalam keadaan peperangan dan kemiskinan.

Penulis ingin pembaca berjaya dan berusaha untuk mencapai kejayaan itu. Walau bagaimanapun, penulis mengingatkan bahawa kejayaan tidak semestinya hasil kerja keras semata-mata, dan kemiskinan tidak semestinya disebabkan oleh kemalasan. Ayat ini menggesa kita untuk sentiasa ingat akan faktor-faktor ini apabila menilai orang lain, termasuk diri sendiri, dan untuk tidak membuat penilaian yang terburu-buru.

Baik jika baca kisah Bill Gates dan dua rakannya, Kent Evans dan Paul Allen, seperti yang diterangkan dalam Bab 2 ("Luck & Risk") buku "The Psychology of Money" dalam Bahasa Malaysia konsep di atas boleh kita fahami. Berjaya bukan semudah ikut seminar success terus berjaya walaupun ikut step satu persatu.

Kisah Bill Gates, Kent Evans, dan Paul Allen
Dalam bab ini, penulis buku "The Psychology of Money" menekankan peranan NASIB dalam kejayaan. Kisah Bill Gates dan dua rakannya, Kent Evans dan Paul Allen, digunakan sebagai contoh untuk menggambarkan bagaimana nasib boleh mempengaruhi perjalanan seseorang.

PELUANG yang Tepat pada WAKTU yang Tepat: Bill Gates, Paul Allen, dan Kent Evans berpeluang untuk menggunakan terminal komputer di Lakeside School pada tahun 1968. Ini adalah satu peluang yang luar biasa kerana pada masa itu, komputer masih sangat mahal dan tidak mudah diakses oleh orang awam, apatah lagi pelajar sekolah. Orang berjaya kadang kerana ada peluang. Jangan nafikan faktor ini.

Kent Evans adalah rakan Bill Gates yang sama pintar dan mempunyai potensi yang besar. Namun, malangnya, Evans meninggal dunia dalam kemalangan daki gunung sebelum sempat mencapai potensi penuhnya. Kematian Evans adalah satu kehilangan besar dan menunjukkan bagaimana nasib yang tidak baik boleh mengubah perjalanan hidup seseorang secara drastik. Sepatutnya Kent lebih berjaya dari Gates.

Manakala Paul Allen memainkan peranan penting dalam membawa Bill Gates ke dunia komputer. Beliau lebih tua sedikit daripada Gates dan mempunyai lebih banyak pengalaman dengan komputer pada awalnya. Allen juga yang meyakinkan Gates untuk berhenti dari Harvard dan menubuhkan Microsoft.

Kombinasi Nasib dan Kemahiran: Walaupun Gates dan Allen sangat berbakat dan bekerja keras, penulis menekankan bahawa nasib juga memainkan peranan penting dalam kejayaan mereka. Akses awal mereka kepada komputer memberikan mereka kelebihan yang besar berbanding orang lain. Tambahan p**a, mereka berada di tempat yang tepat pada waktu yang tepat, iaitu ketika industri komputer peribadi sedang berkembang pesat.

Kisah ini mengajar kita bahawa walaupun kerja keras dan kemahiran adalah penting, nasib juga merupakan faktor yang tidak boleh diabaikan dalam mencapai kejayaan. Kita harus sentiasa bersyukur atas peluang yang kita miliki dan sedar bahawa tidak semua orang mempunyai peluang yang sama.

Dalam Islam nasib adalah dalam Qudrah Allah kita wajib berdoa mohon kebaikan setiap hari antaranya:

رَبِّ يَسِّرْ وَلَا تُعَسِّرْ وَتَمِّمْ بِالْخَيْرِ

Maksud: "Wahai Tuhanku, permudahkanlah (urusanku) dan jangan persulit, dan akhirilah dengan kebaikan.

اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ عِلْمًا نَافِعًا، وَرِزْقًا طَيِّبًا، وَعَمَلًا مُتَقَبَّلًا

Maksud: "Ya Allah, aku memohon kepada-Mu ilmu yang bermanfaat, rezeki yang baik, dan amalan yang diterima.

21/04/2025

Kata-kata George Bernard Shaw....

"The moment we want to believe something, we suddenly see all the arguments for it, and become blind to the arguments against it."

Ia menyatakan apabila seseorang benar-benar ingin mempercayai sesuatu perkara, minda mereka akan cenderung untuk hanya melihat atau menerima hujah-hujah yang menyokong kepercayaan tersebut. Pada masa yang sama, mereka akan menjadi "buta" atau tidak sedar terhadap hujah-hujah yang menentang kepercayaan itu.

Ini sebahagian ciri taksub, obses kepada sesuatu kepercayaan/ideologi/pemikiran.

Ia satu fenomena psikologi yang dikenali sebagai bias pengesahan (confirmation bias), iaitu kecenderungan manusia untuk mencari, mentafsir dan mengingati maklumat yang mengukuhkan kepercayaan sedia ada, sambil mengabaikan atau menolak maklumat yang bercanggah.

Sikap ini boleh menyebabkan seseorang membuat keputusan yang tidak objektif kerana hanya melihat satu sisi sahaja tanpa mempertimbangkan pandangan yang berbeza.

Dalam konteks kehidupan seharian, sikap ini boleh berlaku dalam pelbagai situasi seperti perbincangan politik, agama, atau apa-apa isu yang melibatkan kepercayaan dan pendirian peribadi.

Orang yang gemar baca buku tidak boleh gopoh menilai sesuatu isu atau fakta.... Jika gopoh juga maknanya kita mungkin gemar membaca buku bias, berkecenderungan, bukan ilmiah dan unsur romantisme. Tapi ia jauh lebih baik dari orang tidak gemar membaca kan....

Peribahasa:
"A man hears what he wants to hear and disregards the rest.

الحُبُّ أَعْمَى
Maksudnya: Cinta itu buta.

Photos from Faedah-Faedah Ilmu Manusia, Minda dan Jiwa's post 20/04/2025

Saya tertarik satu konsep daripads buku Atomic Habits oleh James Clear iaitu "Two-Minute Rule" sebagai strategi untuk mengatasi penangguhan (procrastination) dan membina tabiat baru.

Prinsip utamanya: "When you start a new habit, it should take less than two minutes to do." Maksudnya, bila memulakan tabiat baru, ia perlu cukup mudah sehingga boleh diselesaikan dalam masa kurang dari dua minit.

Kenapa Perlu Dua Minit? Dua minit buat terus stop dan ulang semula keesokan hari...sehingga tabiat itu melarat dan berkembang jadi tabiat besar yang baik.

Ramai gagal membina tabiat baik kerana sasaran terlalu bercita cita tinggi atau terlalu kabur. Baru mula senam dah berangan nak kuat lari 21 km... Baru beli 2 buku dan berangan mampu baca 10 buku seminggu.

Dengan memecahkan tabiat besar kepada langkah kecil (yang boleh dilakukan dalam 2 minit), kita mengurangkan halangan mental untuk bermula cita cita habit baik kita itu.

Tabiat kecil ini menjadi ritual permulaan yang membawa kepada rutin lebih besar, dan akhirnya membawa perubahan besar dalam jangka masa panjang.

Berikut beberapa contoh bagaimana tabiat besar boleh dipecahkan kepada versi dua minit:

Tabiat Besar :
Baca 30 minit setiap malam

Versi 2 Minit (Two-Minute Rule):
Baca satu muka surat sebelum tidur


Saya juga tertarik dengan ayat "The Point is to Master the Habit of Showing Up"

James Clear menekankan bahawa tujuan utama menggunakan Two-Minute Rule adalah untuk menghadirkan diri membiasakan diri dengan tabiat kecil itu ("master the habit of showing up"), bukan untuk mencapai hasil maksimum dari awal.
Biasa taip idea bernas di FB misalnya kita mesti akan mampu taip artikel ilmiah bila berpeluang.

Dengan membiasakan diri melakukan langkah kecil secara konsisten, anda membina identiti sebagai seseorang yang sentiasa mrnampil diri dan konsisten dengan tabiat baru itu.

“The attempt is not to do it once, but to master the habit of doing it again and again, as James Clear puts it, it is ‘to master the habit of showing up.’”

Dengan kata lain, jangan risau jika permulaan nampak kecil atau remeh. Yang penting, kita konsisten. Selepas tabiat “hadir” itu kukuh, barulah kita boleh menambah intensiti (keberatan) atau tempoh tabiat tersebut.

Contoh "Showing Up" atau menghadirkan diri supaya tabiat/imej itu lekat pada diri kita:

Seorang pelajar yang "showing up" ke kelas setiap hari walaupun tidak selalu faham atau berjaya dalam ujian.

Seorang penulis yang menulis walaupun hanya satu ayat sehari, tanpa mengira mood atau idea.

Seorang atlet yang hadir ke latihan walaupun badan letih atau cuaca tidak mengizinkan.

Mereka pasti akan ada kejayaan satu hari nanti.

Peribahasa Melayu berkata:
"Pengayuh sayang dibasahkan, sampan takkan sampai ke seberang"

Want your school to be the top-listed School/college?

Telephone