Generasi Iqra' - Pendidik Muda

Generasi Iqra' - Pendidik Muda Generasi Iqra’ merupakan kumpulan pendidik muda terlatih. Beroperasi sejak 2013.

🤍📚Alhamdulillah selesai Program lawatan GenIQ ke Pesta Buku PWTC tahun ini. Terima kasih semua yang turut menjayakan ! J...
07/06/2026

🤍📚Alhamdulillah selesai Program lawatan GenIQ ke Pesta Buku PWTC tahun ini.

Terima kasih semua yang turut menjayakan ! Jumpa Lagi ! ✨✨

(7 Jun 2026)

🌿 NASKHAH BAHARU AKAN TERBIT JULAI 2026Bagaimana jika kehidupan ini sebenarnya hanyalah sebuah perjalanan yang sedang me...
01/06/2026

🌿 NASKHAH BAHARU AKAN TERBIT JULAI 2026

Bagaimana jika kehidupan ini sebenarnya hanyalah sebuah perjalanan yang sedang menuju satu destinasi yang sama?

Melalui 12 bahagian yang menyentuh hati, buku Perjalanan Menuju Tuhan mengajak pembaca menelusuri setiap fasa kehidupan manusia — daripada kelahiran, usia muda, dewasa, kehilangan, kematian, sehinggalah kepada pertemuan dengan Allah SWT.

📖 PERJALANAN MENUJU TUHAN
✍️ Amir Syahid Yusof (M.A Edu. UM & Pengasas Generasi Iqra’) Amir Syahid Yusof
🗓️ Akan Terbit Julai 2026

📖 TINTA PENDIDIK | EDISI BULAN MEI 2026 (SIRI 1)Jom luangkan beberapa minit untuk menambah ilmu dan melalui Majalah Siri...
30/05/2026

📖 TINTA PENDIDIK | EDISI BULAN MEI 2026 (SIRI 1)

Jom luangkan beberapa minit untuk menambah ilmu dan melalui Majalah Siri 1 - Tinta Pendidik terbitan Generasi Iqra’.
📒Menampilkan artikel berkaitan pendidikan, adab, motivasi, keibubapaan dan pelbagai perkongsian bermanfaat untuk bacaan umum.

📥 Baca secara percuma.
📲 Kongsikan kepada keluarga dan rakan-rakan.
Semoga setiap helaian menjadi asbab bertambahnya ilmu dan amal.

HQ Generasi Iqra’
Membaca, Memahami dan Membina Masa Depan.

🌙🐄 Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha 1447H diucapkan kepada Semua !✨✨✨Semoga ibadah korban dan semangat pengorbanan ...
27/05/2026

🌙🐄 Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha 1447H diucapkan kepada Semua !✨✨

✨Semoga ibadah korban dan semangat pengorbanan yang diraikan membawa keberkatan, keikhlasan, serta mengeratkan ukhuwah antara kita semua.

✨Terima kasih atas sokongan dan kerjasama berterusan daripada para ibu bapa/penjaga dalam mendidik dan membimbing anak-anak bersama pihak sekolah.

✨Semoga Aidiladha ini disambut dengan penuh kesyukuran, kebahagiaan dan rahmat Ilahi.

Salam Aidiladha 1447H* ✨
Ikhlas daripada : Warga Sekolah Generasi Iqra’ 🌸

🌙 WAKTU MUSTAJAB DOA HARI ARAFAH : JANGAN LEPASKAN PELUANG KEEMASAN INI 🌙Rasulullah SAW bersabda:“Sebaik-baik doa adalah...
26/05/2026

🌙 WAKTU MUSTAJAB DOA HARI ARAFAH : JANGAN LEPASKAN PELUANG KEEMASAN INI 🌙

Rasulullah SAW bersabda:
“Sebaik-baik doa adalah doa pada Hari Arafah.”
(Riwayat al-Tirmizi, No. 3585)

🤲 Marilah kita mengambil peluang pada waktu mustajab ini untuk mendoakan:
✅ Keampunan dosa
✅ Kesejahteraan keluarga
✅ Kejayaan anak-anak
✅ Kesihatan dan rezeki yang diberkati
✅ Kebaikan dunia dan akhirat

Semoga Allah SWT menerima segala doa dan amal soleh kita serta mengurniakan rahmat-Nya kepada kita semua.
Aamiin Ya Rabbal ‘Alamin. 🤲✨

🌸 *SELAMAT BERCUTI PERTENGAHAN TAHUN 2026* 🌸Assalamualaikum w.b.t.🏫 Pihak SRII Generasi Iqra’ mengucapkan Selamat Bercut...
24/05/2026

🌸 *SELAMAT BERCUTI PERTENGAHAN TAHUN 2026* 🌸

Assalamualaikum w.b.t.
🏫 Pihak SRII Generasi Iqra’ mengucapkan Selamat Bercuti Pertengahan Tahun kepada seluruh murid dan ibu bapa
📅 23 Mei 2026 hingga 7 Jun 2026
🌙 Selamat menyambut Hari Raya Aidiladha 1447H

Semoga cuti ini dimanfaatkan dengan aktiviti yang bermanfaat bersama keluarga serta dipenuhi keberkatan.
✨ Jaga kesihatan, keselamatan dan ibadah sepanjang cuti.
😊 Selamat bercuti dan kembali ke sekolah dengan semangat baharu!

*UNIT HAL EHWAL PELAJAR HQ*
SRII GENERASI IQRA’ 🏫💖

📚 LAWATAN SEKOLAH GENIQ KE PESTA BUKU ANTARABANGSA PWTC 2026 PADA 6 JUN 2026 (SABTU)📚Assalamualaikum dan salam sejahtera...
17/05/2026

📚 LAWATAN SEKOLAH GENIQ KE PESTA BUKU ANTARABANGSA PWTC 2026 PADA 6 JUN 2026 (SABTU)📚

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
✨Pihak HQ Generasi Iqra’ akan menganjurkan program *LAWATAN SEKOLAH KE PESTA BUKU ANTARABANGSA PWTC 2026* bagi memberi peluang kepada para pelajar menimba pengalaman, memupuk minat membaca serta mengenali dunia penerbitan dan ilmu pengetahuan dengan lebih dekat.

🚌 *Maklumat Program :*
📍 Lokasi : Pesta Buku Antarabangsa PWTC 2026
📍 Berkumpul di : HQ Generasi Iqra’ Saujana Utama
🕘 Masa : 9.00 Pagi - 5.00 Petang
💰 Yuran Pengangkutan Bas Sahaja :
* RM15 — Pelajar SRII GenIQ
* RM20 — Pelajar Luar
*TARIKH LAWATAN* : 6 JUN 2026 (SABTU)

📌 Penyertaan *TERHAD 30 PESERTA SAHAJA*. Link Pendaftaran : https://forms.gle/eVzmeBreQ8xWsEKY9 atau SCAN QR dibawah.

Kami amat menggalakkan penyertaan anak-anak bagi memberi pendedahan pendidikan yang bermanfaat dalam suasana pembelajaran luar bilik darjah yang menyeronokkan. Terima kasih atas sokongan dan kerjasama semua ibu bapa/penjaga.

✨“Membaca Jambatan Ilmu”✨
*HQ Generasi Iqra’*

16/05/2026

🍁✨SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT HQ SRII GENIQ 2026🤍 @ HOTEL DE PALMA, SHAH ALAM

Alhamdulillah. Pada 15 Mei 2026 yang lalu, Pihak HQ telah menganjurkan Majlis Sambutan Hari Guru bagi menghargai jasa dan pengorbanan semua warga pendidik GenIQ bagi tahun 2026 ini ✨

Terima kasih cikgu !

🍁✨SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT HQ SRII GENIQ 2026🤍 @ HOTEL DE PALMA, SHAH ALAMAlhamdulillah. Pada 15 Mei 2026 yang lalu,...
16/05/2026

🍁✨SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT HQ SRII GENIQ 2026🤍 @ HOTEL DE PALMA, SHAH ALAM

Alhamdulillah. Pada 15 Mei 2026 yang lalu, Pihak HQ telah menganjurkan Majlis Sambutan Hari Guru bagi menghargai jasa dan pengorbanan semua warga pendidik GenIQ bagi tahun 2026 ini ✨

Terima kasih cikgu !

✨Selamat Hari Guru 2026🌹“Guru Bitara, Nadi Negara”✨Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada ...
16/05/2026

✨Selamat Hari Guru 2026🌹
“Guru Bitara, Nadi Negara”

✨Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada *seluruh warga pendidik* yang tidak pernah jemu mencurah ilmu, membimbing akhlak dan membina generasi ummah.

✨Sesungguhnya, setiap didikan, nasihat dan pengorbanan seorang guru menjadi cahaya yang menerangi masa depan anak bangsa.

🍁“Guru bukan sekadar mengajar, tetapi mendidik jiwa dan membina harapan.”

✨Semoga seluruh guru terus diberikan kekuatan, kesihatan dan keberkatan dalam mendidik generasi pewaris agama, bangsa dan negara.

🍁Ikhlas daripada kami : Generasi Iqra’🤍

Address

Sungai Buloh New Village

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00
Saturday 09:00 - 17:00

Telephone

+601155501419

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Generasi Iqra' - Pendidik Muda posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Generasi Iqra' - Pendidik Muda:

Shortcuts

Share

Category