SRA AL-SYAKIRIN

SRA AL-SYAKIRIN Sekolah Rendah Agama dibawah kelolaan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI).

GOTONG ROYONG KECERIAAN SEKOLAH 🎨🫟Semangat gotong-royong terus mekar di sekolah kita. Guru-guru hari ini turun padang me...
24/04/2026

GOTONG ROYONG KECERIAAN SEKOLAH 🎨🫟

Semangat gotong-royong terus mekar di sekolah kita. Guru-guru hari ini turun padang menceriakan persekitaran sekolah dengan kerja-kerja mengecat di beberapa lokasi seperti dataran dan kawasan sekitar. Usaha kecil ini bukan sahaja mencantikkan suasana, malah memberi keselesaan kepada semua warga sekolah.

Dalam masa yang sama, surau sekolah juga sedang dalam proses untuk diberi nafas baharu. Insya-Allah, sedikit masa lagi ia akan tampil dengan wajah yang lebih segar dan kondusif untuk kegunaan bersama.

Terima kasih kepada semua guru yang sentiasa komited dan berjiwa besar demi kebaikan sekolah kita.

STUDIO RAYA KELAS 3 SYAFIE 📸Dengan ruang yang seadanya, kami cuba mencipta sesuatu yang bermakna. Sebuah studio raya kec...
11/04/2026

STUDIO RAYA KELAS 3 SYAFIE 📸

Dengan ruang yang seadanya, kami cuba mencipta sesuatu yang bermakna. Sebuah studio raya kecil di dalam kelas, bukan sekadar tempat bergambar, tetapi ruang untuk mengukir senyuman, membina kenangan dan mencipta kebahagiaan buat anak2 Syakirin, khususnya murid kelas 3 Syafie.

Studio ini diusahakan sendiri oleh Ustaz Hajid selaku guru kelas. Namun, atas kekangan masa dan tenaga kerja, ia tidak dapat dibuka umum kepada semua kelas. Moga2 ada rezeki untuk murid lain di tahun seterusnya.

Kita kongsikan beberapa gambar murid disepanjang pengambaran di studio raya kita untuk tahun ini.

10/04/2026

Tahun ini kita buka peluang kepada sesiapa sahaja yang berhajat dalam kalangan murid untuk membuat persembahan sempena Sambutan Hari Raya Aidilfitri di peringkat sekolah. Meriah pentas sambutan bagi tahun ini kerana diserikan dengan pelbagai persembahan murid antaranya persembahan nyanyian, lakonan, pantun dan lain-lain.

Kita kongsikan antara persembahan nyanyian lagu raya yang berjudul Bila Lagi Nak Jumpa (Faizal Tahir & Senariounion) yang disampaikan oleh adik Asri daripada kelas 5 Syafie.

SUASANA MERIAH JAMUAN RAYA DI SRAAS HARI INI ✨🌙Alhamdulillah, telah berlangsung dengan penuh kemeriahan dan jayanya jamu...
10/04/2026

SUASANA MERIAH JAMUAN RAYA DI SRAAS HARI INI ✨🌙

Alhamdulillah, telah berlangsung dengan penuh kemeriahan dan jayanya jamuan Hari Raya Aidilfitri di sekolah kita pada hari ini. Wajah-wajah ceria murid dan guru jelas menggambarkan kegembiraan dalam menyambut Syawal bersama-sama.

Pelbagai juadah istimewa disediakan, mencerminkan semangat kerjasama dan kasih sayang antara warga sekolah termasuk ibu bapa yang tak lepas tangan untuk membantu menyediakan juadah raya untuk dikongsikan bersama. Momen ini bukan sahaja mengeratkan silaturrahim, malah memupuk nilai kebersamaan dan perpaduan dalam kalangan kita semua.

Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang telah menyumbang tenaga, masa dan idea dalam menjayakan program ini. Buat guru-guru dan kakitangan sekolah yang berusaha dalam persiapan jamuan serta ibu bapa yang bersama menyumbang menu dan juadah raya hari ini. Terima kasih yang tidak terhingga. Semoga ukhwah yang terjalin terus kekal erat dan diberkati.

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin daripada kami warga SRAAS !!!

Bukan sekadar mengajar dan mendidik di sekolah, tapi turut mencipta kenangan indah bersama anak2 didik. Di sebalik meria...
10/04/2026

Bukan sekadar mengajar dan mendidik di sekolah, tapi turut mencipta kenangan indah bersama anak2 didik. Di sebalik meriahnya jamuan, ada tangan-tangan hebat yang bekerja tanpa jemu. Persiapan kecil, namun besar maknanya buat semua. Kita jumpa petang ni ya anak2 Syakirin !

Persiapan sedang giat dijalankan oleh warga pendidik bagi menjayakan Jamuan Hari Raya Aidilfitri peringkat sekolah. Semo...
09/04/2026

Persiapan sedang giat dijalankan oleh warga pendidik bagi menjayakan Jamuan Hari Raya Aidilfitri peringkat sekolah. Semoga majlis berjalan lancar dan penuh keberkatan pada esok hari

MAKLUMAN PAKAIAN MURID SEMASA CUACA PANAS-Dimaklumkan bahawa berikutan cuaca panas semasa, murid dibenarkan memakai paka...
30/03/2026

MAKLUMAN PAKAIAN MURID SEMASA CUACA PANAS

-Dimaklumkan bahawa berikutan cuaca panas semasa, murid dibenarkan memakai pakaian baju aktiviti/sukan sekolah agama.

Hari : Isnin hingga Jumaat.

*Sebarang perubahan akan dimaklumkan dari masa ke semasa.
*Murid juga digalakkan membawa air minuman secukupnya.

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI ✨PIHAK SEKOLAH DENGAN PENUH TAKZIM MENGUCAPKAN SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI KEPADA SELURUH ...
21/03/2026

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI ✨

PIHAK SEKOLAH DENGAN PENUH TAKZIM MENGUCAPKAN SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI KEPADA SELURUH WARGA SRAAS, IBU BAPA. PENJAGA DAN ANAK DIDIK.

SEMOGA SYAWAL YANG MULIA INI MEMBAWA KEBERKATAN, KEBAHAGIAAN DAN MENGERATKAN SILATURAHIM ANTARA KITA. MINAL AIDIN WAL FAIZIN
TAQABBALALLAHU MINNA WAMINKUM

MAJLIS KHATAM QURAN SEMPENA IHYA RAMADAN 2026
16/03/2026

MAJLIS KHATAM QURAN SEMPENA IHYA RAMADAN 2026

✨ CUTI TAMBAHAN KPM SEMPENA HARI RAYA AIDILFITRI DAN CUTI PENGGAL PERTAMA ✨🩷 BERMULA PADA 18/03/2026 (RABU) HINGGA 27/03...
12/03/2026

✨ CUTI TAMBAHAN KPM SEMPENA HARI RAYA AIDILFITRI DAN CUTI PENGGAL PERTAMA ✨

🩷 BERMULA PADA 18/03/2026 (RABU) HINGGA 27/03/2026
💚 SESI PERSEKOLAHAN BERMULA PADA 30/03/2026 (ISNIN)

SEMOGA CUTI PERSEKOLAHAN KALI INI DAPAT MEMBERI MANFAAT KEPADA MURID2 SERTA DAPAT MENJAGA KESIHATAN DAN KESELAMATAN DIRI SEPANJANG CUTI. SEMUA MURID PERLU BERSEDIA UNTUK KEMBALI KE SEKOLAH DENGAN PENUH SEMANGAT PADA TARIKH YANG TELAH DITETAPKAN, TERIMA KASIH

MAJLIS WATIKAH PELANTIKAN PENGAWAS SEKOLAH 2026“Bukan sekadar pakaian, tetapi suatu amanah. Bukan sekadar jawatan, tetap...
04/03/2026

MAJLIS WATIKAH PELANTIKAN PENGAWAS SEKOLAH 2026

“Bukan sekadar pakaian, tetapi suatu amanah. Bukan sekadar jawatan, tetapi suatu mujahadah.”

Tahniah kepada barisan pengawas sekolah SRAAS 2026 yang telah menerima watikah pelantikan hari ini yang disampaikan oleh Puan Guru Besar. Semoga kepimpinan yang dibina menjadi asas kepada sahsiah unggul kepada diri serta rakan sebaya dan masa depan gemilang buat SRAAS!

Address

Jalan MERDEKA
Sungai Besi
57000

Opening Hours

Monday 07:45 - 05:15
Tuesday 07:45 - 17:15
Wednesday 07:45 - 17:15
Thursday 07:45 - 17:15
Friday 07:45 - 05:15

Telephone

+60390586515

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SRA AL-SYAKIRIN posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share