Alumni Sek Keb Tok Khalifah (SKTK)

Alumni Sek Keb Tok Khalifah (SKTK) Didirikan di atas sebidang tanah seluas 1 ekar 3rd 18p. Kemudian sekolah ini dinamakan Sekolah Melayu Parit 12 sempena nama Kampung Parit 12.

Assalamualaikum - Page Alumni SKTK ini dikendalikan oleh bekas pelajar SKTK sendiri secara individu dan tidak terlibat secara terus bersama pihak SKTK.atas matlamat ingin mencari kawan dan sahabat lama.. Objective Page Alumni SKTK ini adalah untuk mengumpul semula semua bekas2 Sek keb Tok Khalifah

- Cadangan rakan Alumni SKTK amat-amat dialu-alukan

- sila Share and Like Page ini kepada semua ka

wan2 untuk megumpul seramai mana bekas-bekas SKTK

-diharapkan Semua post dan comment dipostkan secara bertanggugjawab dan dengan kata-kata yg boleh diterima pakai oleh semua pihak

-pihak admin tidak bertanggungjawab sebarang post dan comment yg tidak berasa

- Page ini dikendalikan oleh bekas Alumni SKTK sendiri secara Individu atas idea sendiri tidak terlibat langsung oleh Pihak SKTK

Sejarah Awal


Ditubuhkan pada tahun 1947 di Parit 12 Sungai Panjang. Bangunan sekolah ini dibina secara bergotong royong oleh penduduk kampung Parit 12 dan mendapat sokongan dari pihak kerajaan khususnya Jabatan pelajaran Negeri Selangor.

Assalamualaikum Sahabat Alumni SKTKEsok pagi sesiapa yg berkelapangan boleh turut serta mengiringi Cikgu Kesayangan kita...
17/02/2023

Assalamualaikum Sahabat Alumni SKTK

Esok pagi sesiapa yg berkelapangan boleh turut serta mengiringi Cikgu Kesayangan kita semua sempena Majlis perpisahan beliau..

" Insyaallah ESOK Pagi semua kawan2 kg akan mengiringi Ckgu MOKHTI Dari masjid Pt12 Sampai ke sktk,diharap kawan2 yang ade kelapangan boleh la ikot serta dalam memeriahkan majlis perpisahan ini…program ini Akan berjalan pada jam 8.30pg…

kalau korg igt lg Cikgu Mukthi ajar subjek ape? dan ajar korg tahun bila?.. jomm share kat comment sikit...

kalau2 korg nk bg ucapan dkt beliau silakan.. mn tau cikgu mukhti baca ke..

Dari admin Alumni Sek Keb Tok Khalifah (SKTK) mengucapkan terima kasih cikgu mukhti atas segalanya.. semoga cikgu sentiasa sihat dan dirahmati oleh Allah. amin..

Terima Kasih Cikgu
Admin Pendidikan

19/11/2022

Tgh tgu siapa kerajaan ke?

19/11/2022

Keputusan PRU 15 Setakat Ini

PH - 28 kerusi
GPS - 20 kerusi
PAS - 18 kerusi
PN - 17 kerusi
BN - 16 kerusi
GRS - 4 kerusi
DAP - 4 kerusi
WARISAN -2 kerusi
MUDA -1 kerusi
PBM - 1 kerusi
Bebas - 1 kerusi

Jumlah setakat pukul 12 malam - 112 kerusi

Sumber: SPR

Korg pernah main tiang x kat sini.. ?
19/11/2022

Korg pernah main tiang x kat sini.. ?

Tempat main takraw
19/11/2022

Tempat main takraw

Hi cikgu mokti...  sihat dan bertenaga..
19/11/2022

Hi cikgu mokti... sihat dan bertenaga..

Sktk
19/11/2022

Sktk

19/11/2022

Salam Alumni Sek Keb Tok Khalifah (SKTK) dah pg mengundi ke? Share sikit sekolah sktk kita... admin br beratur ni... selamat mengundi...

23/10/2021

Assalammualaikum.. saya Isteri botak (alam shah bin tan) ingin maklum kan bahawa suami sy br saja meninggal dunia... Jenazah akan dibawa ke rumah mak sy di alamat no 8 jalan dahlia 1 puchong indah.. jenazah akan dikebumikan sebelum zohor

(msg dr isteri beliau)

Jom Alumni SKTK sedekahkan Alfatihah kepada beliau, Semoga beliau ditempatkan dikalangan org2 yg soleh...

SKTK 93-98

21/02/2021

Esok start SPM 2020, korg spm tahun bila?

13/02/2021

Salam sahabat Alumni SKTK.

Semoga anda baik2 je.. Musim2 pkpkpkpkp ni mungkin ada yg terjejas sumber pendapatannya dan mungkin juga seperti biasa.

Diharapkan yg terjejas teruskan berusaha insyaAllah rezeki Allah ada dimana2, dan kpd yg berkemampuan bantulah mn yg boleh..

Kalau korg berniaga blhlah share2 perniagaan korg insyaAllah admin publish balik mn tau rezeki korg ada yg nak beli..

Utk semua cikgu2 sktk skrg dan bekas cikgu2 sktk semoga cikgu2 semua sihat, dimurahkan rezeki, terima kasih mendidik kami bukan sahaja utk baik dlm matapelajaran tp yg lebih penting jadi seorang seorang insan yg blh berdikari dan berbakti. utk diri sendiri, keluarga dan masyarakat..

Terima kasih
Admin



Address

Sungai Besar
45300

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Alumni Sek Keb Tok Khalifah (SKTK) posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Alumni Sek Keb Tok Khalifah (SKTK):

Shortcuts

Share

Category