Maahad Tahfiz Lil Banat Al Hanafiah

Maahad Tahfiz Lil Banat Al Hanafiah Beralamat di 6235 Kampung Tanjung Medan, Sungai Panjang, Sungai Besar, Malaysia.

Assalamualaikum wbt.Syukur Alhamdulillah, antara pelajar awal Maahad Tahfiz Lil Banat Al Hanafiah Cawangan Sungai Merab ...
15/02/2024

Assalamualaikum wbt.

Syukur Alhamdulillah, antara pelajar awal Maahad Tahfiz Lil Banat Al Hanafiah Cawangan Sungai Merab (Lelaki) yang beroperasi pada 7 Januari 2024 hasil sumbangan tuan puan yang dirahmati Allah. Alhamdulillah.

Semoga menjadi asbab kebaikan buat tuan puan sekeluarga dalam menjayakan matlamat dan usaha ini.

Assalamulaikum wbt,
Maahad Tahfiz Lil Banat Al Hanafiah.

Salurkan dana pembangunan dan operasi Maahad Tahfiz Lil Banat Al Hanafiah:
https://maahadlilbanatalhanafiah.onpay.my/order/form/CF-AFF/8

Kelebihan Menjaga SilaturrahimSoalan:Assalamualaikum. Boleh terangkan kepada kami apakah kelebihan bersilaturrahim? Moho...
15/02/2024

Kelebihan Menjaga Silaturrahim

Soalan:

Assalamualaikum. Boleh terangkan kepada kami apakah kelebihan bersilaturrahim? Mohon penjelasan. Terima kasih.

Jawapan:

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW, isteri dan ahli keluarga Baginda, para sahabat Baginda serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah Baginda sehingga Hari Kiamat.

Kami mulakan dengan firman Allah SWT:
وَاتَّقُوا اللَّهَ الَّذِي تَسَاءَلُونَ بِهِ وَالْأَرْحَامَ ۚ إِنَّ اللَّهَ كَانَ عَلَيْكُمْ رَقِيبًا
Maksudnya: “Dan bertaqwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan menyebut-yebut namaNya, serta peliharalah hubungan (silaturrahim) kaum kerabat; kerana sesungguhnya Allah sentiasa memerhati (mengawas) kamu.”
(Surah al-Nisa’: 1)

Ibn Kathir berkata: Maksudnya, bertakwalah kamu kepada Allah dengan mentaati-Nya. Kata Ibrahim, Mujahid dan al-Hasan: “الَّذِي تَسَاءَلُونَ بِهِ” ertinya sebagaimana ucapan seseorang: “Aku meminta kepadamu dengan (nama) Allah dan dengan (hubungan) rahim.”
Al-Dahhak berkata: “Bertakwalah kamu kepada Allah yang dengan-Nya kamu saling mengikat janji dan persetujuan, serta takutlah kamu daripada memutuskan silaturrahim, tetapi berusahalah untuk berbuat baik dan menyambungnya.” Pentafsiran ini adalah pendapat Ibn Abbas, Ikrimah, Mujahid, al-Hasan, al-Dahhak, al-Rabi’ dan ramai ulama’ yang lain.

Sebahagian ulama membaca ” والأرحامِ ” dengan khafadh (kasrah) sebagai athaf (sambungan) dari dhamir “بِهِ”, maksudnya kamu saling meminta satu sama lain kepada Allah dan hubungan silaturrahim, sepertimana yang dinyatakan oleh Mujahid dan selainnya. (Lihat Tafsir al-Quran al-‘Azim, 3/332)

Allah SWT juga berfirman:
وَالَّذِينَ يَصِلُونَ مَا أَمَرَ اللَّـهُ بِهِ أَن يُوصَلَ وَيَخْشَوْنَ رَبَّهُمْ وَيَخَافُونَ سُوءَ الْحِسَابِ
Maksudnya: “Dan orang-orang yang menghubungkan perkara-perkara yang disuruh oleh Allah supaya dihubungkan, dan yang menaruh bimbang akan kemurkaan Tuhan mereka, serta takut kepada kes**aran yang akan dihadapi semasa soaljawab dan hitungan amal (pada hari kiamat).”
(Surah al-Ra’d: 21)

Syeikh al-Maraghi berkata: Mereka mengikat tali perhubungan silaturrahim sebagaimana yang diperintahkan oleh Allah SWT. Lalu mereka bergaul dengan kaum kerabat dengan perasaan penuh kecintaan dan kebaikan. Seterusnya mereka berbuat kebaikan kepada golongan miskin dan golongan yang memerlukan pertolongan antara mereka dengan memberikan kebaikan kepada mereka dan menjauhkan bahaya daripada mereka mengikut kemampuan yang mereka ada. (Lihat Tafsir al-Maraghi, 7/3510)
Perkataan silaturrahim (صلة الرحم) berasal daripada dua perkataan Arab iaitu “صلة” dan “الرحم”. Al-Raghib al-Asfahani menyebut:
الرَّحِمُ: رَحِمُ المرأة (أي بيت منبت ولدها ووعاؤه) . ومنه استعير الرَّحِمُ للقرابة، لكونهم خارجين من رحم واحدة
“Al-Rahim yang dimaksudkan adalah rahim wanita iaitu tempat di mana janin berkembang dan terlindung (dalam perut wanita). Dan istilah al-rahim digunakan untuk menyebut kaum kerabat kerana mereka berasal dari satu rahim.” (Lihat al-Mufradat fi Gharib al-Quran, hlm. 347)

Antara hadis yang menyebut berkenaan menyambung silaturrahim, sepertimana sabda Rasulullah SAW:
مَنْ أَحَبَّ أَنْ يُبْسَطَ لَهُ فِي رِزْقِهِ، وَيُنْسَأَ لَهُ فِي أَثَرِهِ، فَلْيَصِلْ رَحِمَهُ
Maksudnya: “Barangsiapa yang ingin diluaskan rezekinya serta dipanjangkan usianya, maka hendaklah dia menyambung pertalian silaturrahim.”
Riwayat al-Bukhari (5986) dan Muslim (2557)

Imam Nawawi dalam menjelaskan hadis ini berkata: Yang dimaksudkan dengan ‘أَنْ يُبْسَطَ لَهُ فِي رِزْقِهِ’ adalah diluaskan dan dijadikan banyak hartanya. Menurut pendapat yang lain, maksudnya diberi keberkatan harta. (Lihat Syarh al-Nawawi ‘ala Sahih Muslim, 16/114)

Manakala dalam hadis daripada Abu Ayyub al-Ansari R.A, Rasulullah SAW pernah ditanya berkenaan amalan yang dapat memasukkan ke dalam syurga, lalu Baginda SAW menjawab:
تَعْبُدُ اللَّهَ لاَ تُشْرِكُ بِهِ شَيْئًا ، وَتُقِيمُ الصَّلاَةَ ، وَتُؤْتِى الزَّكَاةَ ، وَتَصِلُ الرَّحِمَ
Maksudnya: “Sembahlah Allah dan jangan melakukan syirik pada-Nya, dirikanlah solat, tunaikanlah zakat dan jalinlah tali silaturrahim.
Riwayat al-Bukhari (5983)

Imam Nawawi menyebut: “Adapun maksud silaturrahim, ia adalah berbuat baik kepada kaum kerabat sesuai dengan keadaan orang yang hendak menghubungkan dan keadaan orang yang hendak dihubungkan. Terkadang dalam bentuk kebaikan dengan harta, terkadang dengan memberi bantuan tenaga, terkadang dengan mengunjunginya, dengan memberi salam, dan sebagainya.” (Lihat al-Minhaj fi Syarh Sahih Muslim Ibn al-Hajjaj, 1/287)

Dalam menjawab bagi persoalan di atas kami katakan menghubungkan silaturahmi merupakan kewajipan bagi seluruh umat islam dan memutuskannya adalah haram mengikut jumhur ulama.

Dalam menjawab bagi persoalan di atas kami katakan menjaga hubungan baik antara sesama umat Islam sangat penting dalam agama kita. Ini adalah seperti satu tugas yang wajib yang perlu dilakukan oleh setiap orang Islam. Memutuskan hubungan ini, menurut kebanyakan ulama agama, dianggap sebagai perkara yang tercela dan tidak dibenarkan. Ia bukan sahaja mempengaruhi hubungan sosial, tetapi juga dianggap sebagai sesuatu yang dilarang dalam agama kita. Allah SWT memberikan ganjaran kepada kita jika kita menjaga hubungan ini dengan baik. Firman Allah SWT:

فَهَلْ عَسَيْتُمْ إِن تَوَلَّيْتُمْ أَن تُفْسِدُوا۟ فِى ٱلْأَرْضِ وَتُقَطِّعُوٓا۟ أَرْحَامَكُمْ ٢٢ أُو۟لَـٰٓئِكَ ٱلَّذِينَ لَعَنَهُمُ ٱللَّهُ فَأَصَمَّهُمْ وَأَعْمَىٰٓ أَبْصَـٰرَهُمْ

Maksudnya: (Kalau kamu tidak mematuhi perintah) maka tidakkah kamu harus dibimbang dan dikhuatirkan – jika kamu dapat memegang kuasa – kamu akan melakukan kerosakan di muka bumi, dan memutuskan hubungan silaturrahim dengan kaum kerabat? (22) (Orang-orang yang melakukan perkara yang tersebut) merekalah yang dilaknat oleh Allah serta ditulikan pendengaran mereka, dan dibutakan penglihatannya

(Surah Muhamammad: 22-23)

Diriwayatkan daripada ‘Aisyah R.Anha bahawa Rasulullah SAW bersabda:

الرَّحِمُ شِجْنةٌ، فمَن وصَلَها وصَلْتُه، ومَن قَطَعها قطَعْتُه

Maksudnya: Perkataan ‘Ar-Rahm’ (rahim) adalah syijnah (daun pokok yang rendang). Oleh itu, sesiapa yang menyambungnya maka aku akan menyambungnya dan barangsiapa yang memutuskannya maka akupun akan memutuskannya.

Riwayat Bukhari(5989)

Terdapat banyak kelebihan menjaga silaturrahim sebagaimana yang dinyatakan dalam nas-nas al-Hadith antaranya adalah sepertimana berikut:

Silaturrahim adalah tanda bagi keimanan seseorang.

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah R.A bahawa Rasulullah SAW bersabda:

ومَنْ كَانَ يُؤْمِنُ بِاللهِ وَاليَوْمِ الآخِرِ فَلْيَصِلْ رَحِمَهُ

Maksudnya: “Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan haari akhirat, maka hubungkanlah silaturrahim.”

Riwayat al-Bukhari (6138) dan Muslim (47)

Menambahkan Rezeki dan Umur

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah Bahwa Belai mendengar Rasulullah SAW bersabda:

مَنْ أَحَبَّ أَنْ يُبْسَطَ لَهُ فِي رِزْقِهِ، وَيُنْسَأَ لَهُ فِي أَثَرِهِ، فَلْيَصِلْ رَحِمَهُ
Maksudnya: “Barangsiapa yang ingin diluaskan rezekinya serta dipanjangkan usianya, maka hendaklah dia menyambung pertalian silaturrahim.”

Riwayat al-Bukhari (5986) dan Muslim (2557)

Menarik kasih sayang ahli keluarga dan kekayaan harta

Diriwayatkan daripada Ibn ‘Umar bahawa beliau berkata:

مَنْ اتَّقَى رَبَهُ وَوَصَلَ رَحِمَهُ، نُسئَ لَهُ فِي عُمْرِهِ، وَثَرَى مَالٌهُ، وَأَحَبَهُ أَهْلَهُ

Maksudnya: Jika seseorang takut kepada Tuhannya dan menjaga hubungan silaturahim, maka umurnya akan dipanjangkan, dia akan memperoleh kekayaan yang berlimpah, dan orang-orang di sekitarnya akan mencintainya
Riwayat Bukhari dalam Adab al-Mufrad(43/58)

Silaturrahim memudahkan hisab dan dikurniakan syurga

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah R.A bahawa Rasulullah SAW bersabda:

ثلاثٌ من كنَّ فيه حاسبه اللهُ حسابًا يسيرًا وأدخله الجنَّةَ برحمتِه قالوا وما هي يا رسولَ اللهِ بأبي أنت وأمِّي قَالَ تُعْطِي مَن حرَمَك وَتَصِلُ مَن قَطَعَكَ وَتَعْفًو عَمَّنْ ظَلَمَكَ فَإِذَا فَعَلْتَ ذَلِكَ تَدْخُلِ الجنَّةَ

Maksudnya: Tiga perkara yang jika seseorang amalkannya, Allah akan menghisabnya dengan hisab yang mudah dan masukkan ke dalam syurga dengan rahmat-Nya.” Mereka bertanya, “Apakah itu, wahai Rasulullah?” Beliau bersabda, “Memberi kepada yang menahan darimu, menjalin hubungan dengan yang memutuskan hubungan denganmu, dan memaafkan orang yang berlaku zalim kepadamu. Jika engkau berbuat demikian, engkau akan masuk syurga.”

Riwayat al-Bazzar(8635) dan Tabrani dalam Mu’jam al-Awsat(5064)

Menjaga hubungan kekeluargaan lebih cepat mendapat ganjaran pahala

Diriwayatkan daripada Abi Bakrah R.A bahawa Rasulullah SAW bersabda:

مَا من ذنبٍ أجدرُ أن يُعجِّلَ اللهُ تعالى لصاحبِه العقوبةَ في الدنيا، مع ما يَدِّخِرُه له في الآخرةِ من قطيعةِ الرَّحِمِ، والخيانةِ، والكذبِ، وإنَّ أَعجلَ الطاعةِ ثوابًا لصلَةُ الرَّحِمِ، حتى إنَّ أهلَ البيتِ ليكونوا فجَرةً، فتنمو أموالُهم، ويكثُرُ عددُهم، إذا تواصَلوا

Maksudnya: Tidak ada dosa yang lebih mempercepat Allah memberikan hukuman kepada pelakunya di dunia, selain dari apa yang Dia simpan baginya di akhirat, seperti memutuskan hubungan kekeluargaan, khianat, dan kebohongan. Dan sesungguhnya, amalan yang paling cepat mendapat pahala ialah menjaga hubungan kekeluargaan. Hingga keluarga yang menjaga hubungan baik akan diberkati, harta mereka akan bertambah, dan jumlah mereka akan banyak. Oleh tu sambungkanlah silaturrahim.”
Riwayat Tirmizi(2511) dan Ibn Majah (4211)

Justeru, dari hadis-hadis yang telah dikemukakan, jelaslah betapa pentingnya menjaga silaturrahim. Individu yang sentiasa menjaga hubungan silaturrahim akan diberi ganjaran yang pelbagai sebagaimana yang dijanjikan oleh Allah dan Rasul-Nya. Oleh itu, adalah penting untuk kita berusaha memelihara hubungan silaturrahim ini dengan sepenuh hati, tidak mengabaikan silaturrahim sama ada dengan keluarga mahupun orang lain. Kita perlu ingat bahawa memutuskan hubungan ini merupakan dosa besar yang akan membawa kesan buruk baik di dunia mahupun di akhirat.

Semoga Allah memberikan kefahaman yang jelas dalam melaksanakan segala titah perintahnya dan kami akhiri dengan doa:
اللَّهُمَّ أَلْهِمْنَا رُشْدَنَا، وَأَعِذْنَا مِنْ شَرِّ أَنْفُسِنَا

Maksudnya: “Wahai Allah! Ilhamkanlah kepada kami kecerdasan dan petunjuk serta lindungilah kami daripada kejahatan nafsu kami.”

Wallahua’lam

Kredit: Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri
-------------------------------------------------------------
Anda ingin mendapatkan ilmu bermanfaat, tips, info dan aktiviti terkini Dana Pembangunan Maahad Tahfiz Lil Banat Al Hanafiah jom sertai channel kami di telegram:
https://t.me/maahadtahfizlilbanatalhanafiah

Pahala Sedekah Duit untuk Bapa Yang Sudah Meninggal Dunia, dan untuk Ibu yang Masih HidupSoalan:Assalamualaikum w.b.t. S...
15/02/2024

Pahala Sedekah Duit untuk Bapa Yang Sudah Meninggal Dunia, dan untuk Ibu yang Masih Hidup

Soalan:

Assalamualaikum w.b.t. Saya ada persoalan, setiap kali saya bersedekah dengan duit saya sendiri. Saya akan niatkan “Pahala sedekah untuk Mak dan Ayah”. Soalannya, adakah saya juga dapat pahala bersedekah ataupun pahala itu hanya untuk mereka sahaja? Maklumat tambahan, ayah saya telah meninggal dunia, mak saya alhamdulillah masih bersama saya. Terima kasih.

Jawapan:
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW, isteri dan ahli keluarga Baginda, para sahabat Baginda serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah Baginda sehingga Hari Kiamat.
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah R.A, bahawa Rasulullah SAW bersabda:

إِذَا مَاتَ الإِنْسَانُ انْقَطَعَ عَنْهُ عَمَلُهُ إِلاَّ مِنْ ثَلاَثَةٍ إِلاَّ مِنْ صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ أَوْ عِلْمٍ يُنْتَفَعُ بِهِ أَوْ وَلَدٍ صَالِحٍ يَدْعُو لَهُ ‏

Maksudnya: “Apabila mati seorang manusia, terputuslah daripadanya amalannya kecuali tiga perkara: Sedekah jariah atau ilmu yang dimanfaatkan dengannya atau anak yang soleh yang mendoakan baginya.”
Riwayat Muslim (1631), Abu Dawud (2880), al-Tirmizi (1376) dan al-Nasa’i (3651)

Imam al-Nawawi berkata: Para ulama’ telah bersepakat bahawa doa untuk orang-orang yang sudah mati bermanfaat bagi mereka dan pahalanya sampai kepada mereka sebagaimana firman Allah SWT dalam Surah Al-Hasyr ayat 10: Dan orang-orang yang datang sesudah mereka (Muhajirin dan Ansar), berdoa: “Ya Tuhan kami, ampunilah dosa kami dan dosa saudara-saudara kami yang telah beriman lebih dulu dari kami…” Terdapat juga riwayat daripada hadith yang masyhur, bahawa Rasulullah SAW berdoa: “Ya Allah, ampunilah bagi ahli Baqi’ al-Gharqad.” Hadith Sahih Riwayat Muslim. Doa Rasulullah SAW yang lain: “Ya Allah, ampunilah bagi yang hidup dan juga yang telah meninggal dunia daripada kami…” Hadis riwayat Abu Dawud dan lainnya. Imam al-Nawawi melanjutkan: Tentang bacaan al-Quran, terdapat perbezaan pandangan. Apa yang masyhur daripada mazhab al-Syafi’i bahawa pahala bacaan tersebut tidak sampai kepada si mati. Akan tetapi sekumpulan ashab Imam al-Syafi’i sendiri sependapat dengan Imam Ahmad dan sekumpulan ulama lainnya yang mengatakan bahawa bacaan tersebut bermanfaat serta akan sampai pahalanya kepada si mati. Dan sebaiknya orang yang membaca al-Quran selepas selesai membacanya hendaklah berdoa: “Ya Allah, sampaikanlah pahala bacaanku ini kepada Fulan…” dan juga disunatkan memuji dan menyebut kebaikannya. (Lihat al-Azkar, hlm. 164)

Berkenaan dengan sedekah bagi mereka yang mati, kami cenderung kepada fatwa Syeikh Mutawalli al-Sya’rawi yang menjelaskan bahawa orang yang mati akan mendapat manfaat dari sedekah-sedekah yang dilakukan kepadanya. Disebutkan oleh Syeikh al-Adawi dalam kitabnya “Masyariq al-Anwar” bahawa para ulama’ telah bersepakat bahawa pahala sedekah akan sampai kepada mayat sama ada kubur itu dekat atau jauh. Begitu juga istighfar dan berdoa kepadanya. Imam al-Qurtubi berkata lagi bahawa ulama’ telah bersepakat bahawa pahala sedekah akan sampai kepada si mati. (Lihat al-Tazkirah, hlm. 279)

Selain itu, jika saudara bersedekah untuk bapa yang sudah meninggal dunia, ia juga termasuk dalam kategori “ وَلَدٍ صَالِحٍ يَدْعُو لَهُ ‏” iaiatu ‘anak yang soleh yang mendoakan baginya’ yang mana ketika bersedekah itu, pasti diniatkan dan didoakan supaya pahala sedekah itu sampai kepada bapa yang sudah meninggal dunia. Bahkan anak yang soleh juga merupakan hasil didikan ibu bapanya yang mendidiknya sehingga seseorang anak itu menjadi anak yang soleh, pastilah juga ia termasuk dalam ilmu yang bermanfaat yang diajarkan kepada anaknya sehingga anaknya itu mengamalkan didikannya tersebut.

Begitu juga dengan sedekah duit bagi pihak yang masih hidup, insya-Allah pahalanya juga akan sampai. Mustafa al-Ruhaibani menyebutkan, semua bentuk qurbah (ketaatan kepada Allah) yang dikerjakan oleh seseorang Muslim, lalu dia menjadikan pahalanya (yakni menghadiahkannya) untuk orang yang masih hidup atau sudah meninggal dunia, maka ia adalah dibolehkan dan hal itu memberi manfaat kepadanya melalui pahala yang diperolehinya. (Lihat Matalib Uli al-Nuha, 3/639).

Selain itu, al-Buhuti dalam kitabnya juga ada menjelaskan, semua bentuk qurbah (ketaatan kepada Allah) yang dikerjakan oleh seseorang Muslim, lalu dia menjadikan pahalanya atau pahala sebahagiannya seperti separuh dan seumpamanya seperti satu pertiga atau satu perempat untuk orang Muslim yang lain yang masih hidup ataupun yang sudah meninggal dunia, maka hal tersebut adalah dibolehkan. Hal itu juga akan memberi manfaat kepadanya melalui pahala yang diperolehinya, bahkan kepada Rasulullah SAW. Namun, pentahqiq kepada kitab tersebut iaitu Lajnah Mutakhassisah fi Wizarah al-‘Adl telah mengkritik kenyataan akhir al-Buhuti ini dengan membawakan pendapat Syeikh al-Islam Ibn Taimiyyah dalam al-Ikhtiyarat al-Fiqhiyyah (hlm. 138) yang menyatakan bahawa tidak digalakkan untuk menghadiahkan sebarang bentuk ketaatan kepada Nabi SAW, sebaliknya ia adalah bidaah. Inilah pendapat yang kuat dan yang telah diputuskan. (Lihat Kassyaf al-Qina‘, 4/235).

Justeru, dalam menjawab persoalan di atas, kami katakan bahawa pahala sedekah saudara bagi pihak ibu bapa saudara, insya-Allah akan sampai kepada mereka sekiranya ia dilakukan dengan penuh ikhlas dan pengharapan kepada Allah SWT. Bahkan saudara juga akan mendapat pahala atas qurbah dan ketaatan kepada Allah yang saudara lakukan, Insya-Allah.

Akhirnya, semoga dengan sedikit penjelasan yang diberikan ini mampu memberikan kepada kita sedikit kefahaman dalam menjalani kehidupan seharian yang lebih baik. Amin.
Kami akhiri dengan doa:

اللَّهُمَّ أَعِنَّا عَلَى ذِكْرِكَ ، وَشُكْرِكَ ، وَحُسْنِ عِبَادَتِكَ
Maksudnya: “Ya Allah, tolonglah kami untuk zikir kepada-Mu, bersyukur kepada-Mu dan elok dalam beribadat kepada-Mu.”
Wallahua`lam.

Kredit: Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri
-------------------------------------------------------------
Anda ingin mendapatkan ilmu bermanfaat, tips, info dan aktiviti terkini Dana Pembangunan Maahad Tahfiz Lil Banat Al Hanafiah jom sertai channel kami di telegram:
https://t.me/maahadtahfizlilbanatalhanafiah

5 Perkara Sebelum 5 PerkaraDari Ibnu Abbas, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Rebutlah lima perkara sebelum datan...
19/10/2022

5 Perkara Sebelum 5 Perkara

Dari Ibnu Abbas, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Rebutlah lima perkara sebelum datangnya lima perkara. Masa sihat sebelum sakit. Masa kaya sebelum datangnya masa sempit (miskin). Masa lapang sebelum tiba masa sibuk. Masa mudamu sebelum datang masa tua dan Masa hidup sebelum tiba masa mati.” (Riwayat al-Hakim dan al-Baihaqi) . . . .
Hadis ini merupakan satu peringatan dan tarbiah terbaik buat setiap umat agar sentiasa berwaspada dengan waktu kehidupan yang banyak cabarannya. Bagi mereka yang terpesona dengan tipu daya dunia pasti akan alpa dan leka dengan putaran kehidupan lalu mensia-siakan anugerah masa 24 jam sehari yang dikurniakan kepada seluruh umat manusia.

Seseorang hamba Allah yang selalu mensyukuri nikmatNya akan memahami tujuan dan matlamat kehidupan ini dan menjadikan dunia ini sebagai ladang untuk mengumpul sebanyak mungkin pahala dan seterusnya menjadikan ia sebagai peluang untuk menempah istana syurga di akhirat buat selama-lamanya.
-------------------------------------------------------------
Anda ingin mendapatkan ilmu bermanfaat, tips, info dan aktiviti terkini Dana Pembangunan Maahad Tahfiz Lil Banat Al Hanafiah jom sertai channel kami di telegram:
https://t.me/maahadtahfizlilbanatalhanafiah

Salurkan dana pembangunan Maahad Tahfiz Lil Banat Al Hanafiah:
https://maahadlilbanatalhanafiah.onpay.my/order/form/CF-AFF/8

MENGUCAP ALHAMDULILLAH SELEPAS MAKAN DAN MINUM“Sesungguhnya Allah SWT meredhai kepada hamba yang makan lalu mengucapkan ...
18/10/2022

MENGUCAP ALHAMDULILLAH SELEPAS MAKAN DAN MINUM

“Sesungguhnya Allah SWT meredhai kepada hamba yang makan lalu mengucapkan tahmid (Alhamdulillah) kepada-Nya di atas makanan tersebut atau ketika hamba itu minum minuman lalu mengucapkan tahmid (Alhamdulillah) kepada-Nya di atas minuman tersebut”. [Riwayat Muslim (2734)] . . . .
Allah SWT amat s**a kepada hamba-Nya yang mengucapkan alhamdulillah di atas setiap rezeki yang dikurniakan oleh Allah SWT samada berbentuk makanan dan minuman.

Sebahagian sunnah-sunnah yang diajar dan ditinggalkan oleh junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW agar diteladani oleh umatnya. Akhirnya, semoga Allah SWT memberi kita kekuatan dan kefahaman dalam memahami dan mengamalkan sunnah-sunnah yang ditinggalkan oleh Rasulullah SAW kepada kita. Amin.
-------------------------------------------------------------
Anda ingin mendapatkan ilmu bermanfaat, tips, info dan aktiviti terkini Dana Pembangunan Maahad Tahfiz Lil Banat Al Hanafiah jom sertai channel kami di telegram:
https://t.me/maahadtahfizlilbanatalhanafiah

Salurkan dana pembangunan Maahad Tahfiz Lil Banat Al Hanafiah:
https://maahadlilbanatalhanafiah.onpay.my/order/form/CF-AFF/8

DOA KETIKA KILAT ATAU PETIR“Maha suci Allah yang Dialah juga yang disucikan oleh guruh dan para malaikat dengan bertasbi...
17/10/2022

DOA KETIKA KILAT ATAU PETIR

“Maha suci Allah yang Dialah juga yang disucikan oleh guruh dan para malaikat dengan bertasbih memuji-Nya kerana takut kepada-Nya.” Kemudian beliau berkata lagi: “Sesungguhnya ini adalah peringatan yang keras untuk penduduk bumi.” [Riwayat Imam Malik di dalam al-Muwatta’ (1801)] . . . .
Imam al-Nawawi berkata bahawa disunatkan bagi orang yang mendengar guruh (petir) agar mengucapkan tasbih sebagaimana yang diriwayatkan oleh Imam Malik di dalam al-Muwatta’ dengan sanad yang sahih.

Kilat atau petir merupakan salah satu daripada tanda kerahmatan serya kebesaran Allah SWT kerana ia mampu menggerunkan jiwa dan hati dengan kekuatannya. Lebih-lebih lagi ketika manusia sedang tidur dalam keadaan yang lena dan tenang, apabila terdengar bunyi petir ini akan menggerunkan hati serta menyebabkannya bergerak ketika berada di atas katil.
-------------------------------------------------------------
Anda ingin mendapatkan ilmu bermanfaat, tips, info dan aktiviti terkini Dana Pembangunan Maahad Tahfiz Lil Banat Al Hanafiah jom sertai channel kami di telegram:
https://t.me/maahadtahfizlilbanatalhanafiah

Salurkan dana pembangunan Maahad Tahfiz Lil Banat Al Hanafiah:
https://maahadlilbanatalhanafiah.onpay.my/order/form/CF-AFF/8

"Dunia adalah tempat perhiasan, dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita solehah" - HR MuslimApabila seorang wanita menja...
13/10/2022

"Dunia adalah tempat perhiasan, dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita solehah" - HR Muslim

Apabila seorang wanita menjaga solat lima waktu, berpuasa di bulan Ramadan, menjaga kemaluannya dan taat kepada suaminya, maka dikatakan kepadanya: Masuklah Engkau ke dalam syurga dari pintu mana saja yang engkau s**ai." - HR Ahmad . . . .
Wanita solehah kebanyakannya berkaitan dengan isteri, iaitu diambil dari sudut ‘اعتبار ما يكون’ (iktibar pada masa akan datang), anak-anak yang soleh dan solehah, seterusnya menjadi wanita yang solehah dan akhirnya isteri yang solehah.

Sumber: AL-KAFI #1192 (M***i Wilayah Persekutuan)

Maka berbahagialah wahai wanita solehah.
-------------------------------------------------------------
Anda ingin mendapatkan ilmu bermanfaat, tips, info dan aktiviti terkini Dana Pembangunan Maahad Tahfiz Lil Banat Al Hanafiah jom sertai channel kami di telegram:
https://t.me/maahadtahfizlilbanatalhanafiah

Salurkan dana pembangunan Maahad Tahfiz Lil Banat Al Hanafiah:
https://maahadlilbanatalhanafiah.onpay.my/order/form/CF-AFF/8

“Siapa yang memudaratkan (orang lain) Allah akan memudaratkannya dan siapa yang menyusahkan (urusan orang lain) Allah ak...
13/10/2022

“Siapa yang memudaratkan (orang lain) Allah akan memudaratkannya dan siapa yang menyusahkan (urusan orang lain) Allah akan menyusahkan urusannya.” (Riwayat al-Tirmizi)

Orang Islam perlu memiliki sikap sentiasa beringat bahawa setiap kejahatan mahupun kebaikan yang dilakukan pasti akan dibalas. Perkara ini diistilahkan oleh ulama sebagai الجَزَاءُ مِنْ جِنْسِ العَمَلِ yang bermaksud: balasan itu sesuai dengan apa yang dilakukan.


-------------------------------------------------------------
Anda ingin mendapatkan ilmu bermanfaat, tips, info dan aktiviti terkini Dana Pembangunan Maahad Tahfiz Lil Banat Al Hanafiah jom sertai channel kami di telegram:
https://t.me/maahadtahfizlilbanatalhanafiah

Salurkan dana pembangunan Maahad Tahfiz Lil Banat Al Hanafiah:
https://maahadlilbanatalhanafiah.onpay.my/order/form/CF-AFF/8

“Sebaik-baiknya manusia adalah yang paling bermanfaat bagi manusia lain” (HR. Tirmidzi)Bermanfaat bukan sahaja dalam ben...
12/10/2022

“Sebaik-baiknya manusia adalah yang paling bermanfaat bagi manusia lain” (HR. Tirmidzi)

Bermanfaat bukan sahaja dalam bentuk perbuatan dan percakapan. Malahan juga bermanfaat dalam bentuk perkongsian di media sosial. Moga semuanya menjadi saham berpanjangan di akhirat.


-------------------------------------------------------------
Anda ingin mendapatkan ilmu bermanfaat, tips, info dan aktiviti terkini Dana Pembangunan Maahad Tahfiz Lil Banat Al Hanafiah jom sertai channel kami di telegram:
https://t.me/infaqberkongsimadrasah

Salurkan dana pembangunan Maahad Tahfiz Lil Banat Al Hanafiah:
https://maahadlilbanatalhanafiah.onpay.my/order/form/21

"Setiap Kebaikan Adalah Sedekah" - HR MuslimBerbuat baik dan menghulurkan apa sahaja bentuk kebaikan adalah sedekah. Sen...
12/10/2022

"Setiap Kebaikan Adalah Sedekah" - HR Muslim

Berbuat baik dan menghulurkan apa sahaja bentuk kebaikan adalah sedekah.

Sentiasa jadi manusia bermanfaat dengan buat baik!



-------------------------------------------------------------
Anda ingin mendapatkan ilmu bermanfaat, tips, info dan aktiviti terkini Dana Pembangunan Maahad Tahfiz Lil Banat Al Hanafiah jom sertai channel kami di telegram:
https://t.me/infaqberkongsimadrasah

Salurkan dana pembangunan Maahad Tahfiz Lil Banat Al Hanafiah:
https://maahadlilbanatalhanafiah.onpay.my/order/form/21

JADILAH PEMBERI BUKAN PEMINTA  عَنْ حَكِيمِ بْنِ حِزَامٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ و...
12/10/2022

JADILAH PEMBERI BUKAN PEMINTA

عَنْ حَكِيمِ بْنِ حِزَامٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ الْيَدُ الْعُلْيَا خَيْرٌ مِنْ الْيَدِ السُّفْلَى وَابْدَأْ بِمَنْ تَعُولُ وَخَيْرُ الصَّدَقَةِ عَنْ ظَهْرِ غِنًى وَمَنْ يَسْتَعْفِفْ يُعِفَّهُ اللَّهُ وَمَنْ يَسْتَغْنِ يُغْنِهِ اللَّهُ

Daripada Hakim bin Hizam RA dari Nabi SAW bersabda: “Tangan yang diatas lebih baik dari pada tangan yang di bawah, maka mulailah untuk orang-orang yang menjadi tanggunganmu dan sedekah yang paling baik adalah dari orang yang sudah cukup (untuk keperluan dirinya). Maka barangsiapa yang berusaha memelihara dirinya, Allah akan memeliharanya dan barangsiapa yang berusaha mencukupkan dirinya maka Allah akan mencukupkannya”.
(HR Bukhari No. 1338)

Pengajaran Hadis:

1. Bersedekah lebih baik daripada meminta-minta.

2. Menghulurkan sedekah dan sumbangan hendaklah dimulakan terlebih dahulu kepada ahli keluarga yang menjadi tanggungan kita.

3. Sedekah yang paling baik adalah lebihan daripada keperluan asas seseorang.

4. Berusahalah mencari rezeki sebaik mungkin dan elakkan diri dari meminta-minta atau mengharap belas kasihan orang lain.

5. Allah akan memelihara dan mencukupkan keperluan kepada orang yang berusaha dan bekerja mencari rezeki tanpa meminta-minta.

6. Nabi SAW mencela orang yang s**a meminta-minta (mengemis) kerana perbuatan tersebut merendahkan martabat kehormatan manusia. Padahal Allah sendiri sudah memuliakan manusia, seperti terungkap melalui firman-Nya :

وَلَقَدْ كَرَمْنَا بَنِى اَدَم َوَحَمْلنَاهُمْ فىِ اْلبَرِّ وَاْلبَحْرِ وَرَزَقْنَاهُمْ مِنَ الطَّيِّبَاتِ وَفَضَلْنَاهُمْ عَلَى كَثِيْرٍ مِمَنْ خَلَقْنَا تَفْضِيْلاً

Dan sesungguhnya telah kami muliakan anak-anak Adam. Kami angkat mereka di daratan dan di lautan. Kami berikan mereka rezeki dari yang baik-baik dan Kami lebihkan mereka dengan kelebihan yang sempurna atas kebanyakan makhluk yang telah Kami ciptakan.” (Q.S Al-Isra’ : 70)

7. Jangan sengaja menjadi peminta. Ingatlah amaran Nabi SAW seperti yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA:

مَنْ سَأَلَ النَّاسَ أَمْوَالَهُمْ تَكَثُّرًا فَإِنَّمَا يَسْأَلُ جَمْرًا فَلْيَسْتَقِلَّ أَوْ لِيَسْتَكْثِرْ

Barangsiapa meminta harta kepada orang lain untuk memperkaya diri, maka sungguh, ia hanyalah meminta bara api, maka silakan ia meminta sedikit atau banyak.
(HR. Muslim - No. 1041)

8. Lakukanlah apa juga pekerjaan yang halal dan baik seperti bertani, berniaga, mengutip tin kosong dan menjualnya, bertukang, menjadi pelayan dan sebagainya untuk keperluan hidup, jangan sekali-kali mengharapkan pemberian orang lain.

Jadilah Kita Pemberi Bukan Orang Yang Mengharap Pemberian Orang Lain.



12 Oktober 2022
16hb Rabiul Awal 1444H

---------------------------------------------------------------
Anda ingin mendapatkan ilmu bermanfaat, tips, info dan aktiviti terkini Dana Pembangunan Maahad Tahfiz Lil Banat Al Hanafiah jom sertai channel kami di telegram:
https://t.me/infaqberkongsimadrasah

Salurkan dana pembangunan Maahad Tahfiz Lil Banat Al Hanafiah:
https://maahadlilbanatalhanafiah.onpay.my/order/form/21

Address

6235, Kampung Tanjung Medan, Sungai Panjang,
Sungai Besar
84300

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Maahad Tahfiz Lil Banat Al Hanafiah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share