Kami menawarkan khidmat perundingan imej dan penjenamaan peribadi sejak 2013 kepada lebih 27,000 peserta dalam dan luar negara.
Turut menawarkan pensijilan profesional buat mereka yang berminat untuk menceburi bidang perundingan imej ini secara serius. Membina imej peribadi bukan sekadar kepada gaya dan penampilan. Tetapi bagaimana seseorang individu itu bijak menguruskan persepsi orang ramai terhadap diri mereka secara keseluruhan. Ya, teknik menguasai seni dan sains di sebalik tanggapan pertama, impak visual. Berpengalam
an lebih 17 tahun di syarikat-syarikat berstatus MSC ICT, swasta MNC, Syarikat Berkaitan Kerajaan GLC, Khazanah Nasional Berhad , Puan Emi Idura mengorak langkah membina impian beliau sebagai Perunding Imej dan Warna Profesional yang diakreditasi dan ditauliahkan dari lima buah negara, Malaysia, United Kingdom, Amerika Syarikat , Australia dan terkini Kanada. Beliau juga merupakan Associate pertama Institute of Image Training and Testing International (IITTI Kanada) , pertama mewakili Malaysia dalam menawarkan modul bisnes Imej dan Etiket yang berstandard antarabangsa kepada pelanggan-pelanggan korporat, agensi kerajaan juga individu individu dari golongan profesional , selebriti tanah air, ahli politik juga persatuan-persatuan wanita yang berteraskan non-profit organization di Malaysia. Setakat ini Puan Emi telah berjaya mengendalikan kursus-kursus kepada lebih 27,000 orang peserta bukan sahaja mereka dari seluruh Malaysia, malah sesi webinar dan group coaching buat peserta luar negara seperti Singapore, Brunei Darussalam, Australia, Dubai, Spain, Canada dan India. Puan Emi Idura pernah mengendalikan segmen beliau sendiri , WOW! di program Apa Kata Wanita RTM TV1 sepanjang 2017 - dengan bertemakan konsep wanita bergaya - antara fesyen dan imej. Selain sibuk dalam mengendalikan segmen WOW! setiap bulan , Puan Emi juga telah berjaya menghasilkan lebih 121 artikel , di ruangan Bicara Imej , Utusan Malaysia MEGA - Rona dari 2015 sehingga 2018. Kini beliau merupakan Pengerusi kepada AWF West Coast Fashion World Canada berpusat di Canada yang dilantik pada Disember 2020 yang lalu selain aktif mengendalikan seminar dan program Masterclass Imej Gaya dan Warna secara online sepanjang musim pandemik ini.
------
Untuk mendapatkan info lebih lanjut mengenai perkhidmatan latihan korporat, atau rundingan secara peribadi (one to one) sila hubungi beliau di