26/01/2026
Tim building
Antara games yg disediakan oleh pihak penganjur:
1. Radio rosak
2. Sebut no yg x sama dgn org lain
3. Belon air
4. Bola beracun
5. Bangunan straw
Semua aktiviti ini jika hanya untuk games semata, sedih sekali. Just fo fun🥲
Maka selesai games, diberi tugas utk recap atau refleksi dari apa Allah kata.
1. Radio rosak
Ini biasa terjadi dlm mana2 organisasi😢
Beberapa hari lepas ada kes viral yg berlaku dlm industri pendidikan awal kanak2
Buat kita yg menonton, jangan mudah share perkara yg kita tak pasti. Jika tidak kita juga akan ke balai polis😢
Al-Hujurat 49:6
يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓاْ إِن جَآءَكُمۡ فَاسِقُۢ بِنَبَإٖ فَتَبَيَّنُوٓاْ أَن تُصِيبُواْ قَوۡمَۢا بِجَهَٰلَةٖ فَتُصۡبِحُواْ عَلَىٰ مَا فَعَلۡتُمۡ نَٰدِمِينَ
Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang FASIK membawa sesuatu BERITA, maka SELIDIKLAH (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini - dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu MENYESALI apa yang kamu telah lakukan.
Jadi netizen yg TABAYYUN, selidik dulu.
Namun..
Tak semestinya apa yang kita lihat itu betul
Dan belum tentu apa yg kita sampaikan itu betul
Hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda:
كَفَى بِالْمَرْءِ كَذِبًا أَنْ يُحَدِّثَ بِكُلِّ مَا سَمِعَ
Maksudnya: “Cukuplah seseorang dikatakan sebagai pendusta apabila dia bercakap mengenai semua yang didengar.”
Riwayat Muslim
3. Belon air
Berjaga2 agar belon air tidak jatuh ke tanah dan pecah
Itulah memikul TANGGUNGJAWAB dan AMANAH yg diberikan
Sebagai pendidik amanah utama kita adalah mengembalikan anak2 kepada SIAPA ALLAH
SIAPA AL KHALIQ
Seandainya kita di barisan hadapan jua rapuh KEIMANANYA kepada ALLAH, kepada perkara GHAIB syurga dan NERAKA.. apatah lagi anak2 kecil.
Malah paling payah nak dakwah kepada IBUAYAH dan masyarakat
Ibuayah yang claim”saya bayar mahal” “mengapa servis tadika taska begini?”😢😢😢
4. Bola beracun
Semua nak cepat2 supaya bola di tangan boleh di pass pada orang sebelah
Inilah sikap seorang pendidik iaitu YUSARIU KHAIRAT
فَاسْتَبِقُوا الْخَيْرَاتِ
Maksudnya: “Oleh itu berlumba-lumbalah kamu mengerjakan kebaikan,”
(Surah Al-Baqarah: 148)
Tiada istilah PENCEN dalam kehidupan
“Saya dh pencen, penat nak fokus pada agama p**a”
Tapi bagaimana dengan ummah yg makin tenat?
Kes rogol zina
Rasuah
Buka aib sana sini
Dunia bukan untuk berehat
Tapi tempat untuk berpenat
Menyemai benih agar dapat dinikmati di akhirat kelak🤲🏻