Sekolah Islam Darul Ehsan

Sekolah Islam Darul Ehsan Sekolah Integrasi Masjid Darul Ehsan Ahli lembaga pengarah terdiri daripada ibubapa pelajar.

Sekolah ini merupakan sebuah institusi pendidikan swasta yang telah ditubuhkan sejak tahun 1998, terletak di sebuah kawasan yang strategik di Subang Jaya, bersebelahan Masjid Darul Ehsan. Pada awal penubuhan, sekolah ini diuruskan oleh Biro Pendidikan Masjid Darul Ehsan yang terdiri daripada ahli kariah masjid. Sejak 2003, pengurusan sekolah adalah di bawah Yayasan SAMDE (594389-A), sebuah badan yang ditubuhkan khusus untuk pengurusan dan kewangan sekolah. Matlamat utama sekolah adalah untuk memartabatkan dan menjulang institusi pendidikan Islam sebagai pilihan utama masyarakat untuk membentuk generasi Ulil-Albab. Dalam melahirkan pelajar yang cemerlang dan seimbang dari segi intelek, jasmani, rohani dan emosi, sekolah menerapkan methodologi pendidikan '5A' - ASUH, AKIDAH, AKHLAK, AMALAN & AKADEMIK.

[ PENUTUPAN SEKOLAH ● JEREBU ]Berdasarkan Kenyataan Media Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bertarikh 8 Oktober 2026...
08/10/2026

[ PENUTUPAN SEKOLAH ● JEREBU ]

Berdasarkan Kenyataan Media Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bertarikh 8 Oktober 2026, semua institusi pendidikan di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia di Negeri Selangor adalah ditutup sepenuhnya mulai 9 Oktober 2026 susulan keadaan jerebu sehingga dimaklumkan semula oleh Jabatan Pendidikan Negeri Selangor.

Sehubungan itu:

1. Sekolah ditutup bermula esok, Jumaat, 9 Oktober 2026.

2. PdPR akan mula dijalankan yang mana butiran terperinci berkaitan PdPR akan dimaklumkan dalam masa terdekat.

3. Sebarang permasalahan berkaitan pembelajaran anakΒ² boleh terus berhubung dengan guru kelas @ guru subjek masingΒ².

Maaf atas sebarang kesulitan.

Sekian, terima kasih.

Pentadbiran
SEKOLAH ISLAM DARUL EHSAN
8 Oktober 2026

08/10/2026

Pergi ke taman memetik melati,
Dua puluh lapan November hari dinanti,
Anugerah gemilang bakal diberi,
Acara apakah? Cuba teka sendiri!

Drop your answers in comment box

[PENYAMPAIAN SIJIL DAN KENAIKAN PANGKAT KOPERAL TKRS 2026]Pada tarikh 22 & 23 Ogos 2026 telah berlangsungnya Ujian Kenai...
08/10/2026

[PENYAMPAIAN SIJIL DAN KENAIKAN PANGKAT KOPERAL TKRS 2026]

Pada tarikh 22 & 23 Ogos 2026 telah berlangsungnya Ujian Kenaikan Pangkat Koperal TKRS Peringkat Petaling Perdana bertempat di SK Taman Desaminium.

Seramai 5 orang Lans Koperal wakil SRIDE telah dihantar untuk ujian tersebut. Alhamdulillah, semua kadet TKRS SRIDE telah berjaya mendapatkan pangkat Koperal pada tahun ini.

Berikut adalah nama murid-murid yang terlibat :

1) Koperal Nur Farihah Liyana
binti Mohd Isa
2) Koperal Wan Aida Humaira binti Wan Muhamad Hasbullah
3) Koperal Wan Ahmad Luth
Habib bin Wan Ahmad Nazri Fahmi
4) Koperal Muhammad Adam Hakim Bin Mohd Hazahari
5) Koperal Nuh Syareef Bin Ahmad Syafiq

TAHNIAH DAN SYABAS kepada semua koperal-koperal yang telah berjaya dalam ujian yang telah diuji sepanjang ujian tersebut.

[ HARI KEDUA PENTAKSIRAN SEBENAR MATRIKS PEMBELAJARAN TAHUN 4 ]Alhamdulillah, semalam anak-anak Tahun 4 telah meneruskan...
08/10/2026

[ HARI KEDUA PENTAKSIRAN SEBENAR MATRIKS PEMBELAJARAN TAHUN 4 ]

Alhamdulillah, semalam anak-anak Tahun 4 telah meneruskan perjuangan dengan menduduki peperiksaan hari kedua. 🀲🏻

Semoga segala usaha dan persediaan yang dilakukan membuahkan hasil yang terbaik.

🀲🏻 Semoga dipermudahkan segala urusan dan dikurniakan kejayaan yang cemerlang. Aamiin Ya Rabbal Alamin.

[ PERTANDINGAN MAYA FIGHTER TAEKWONDO MARTIAL ARTS CHAMPIONSHIP ]Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua wakil peserta...
06/10/2026

[ PERTANDINGAN MAYA FIGHTER TAEKWONDO MARTIAL ARTS CHAMPIONSHIP ]

Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua wakil peserta Kelab Taekwondo SRIDE yang telah mewakili sekolah Negeri Selangor ke pertandingan Maya Fighter Taekwon-Do Martial Arts Championship 2026 yang bertempat di Dewan Serbaguna Taman Maluri, Kuala Lumpur.

Kejohanan ini telah melibatkan seramai 400 peserta yang terdiri daripada tadika, sekolah rendah dan menengah. Alhamdulillah, para peserta Kelab Taekwondo SRIDE telah mendapat tempat dalam kategori pattern dan sparring walaupun ada diantara mereka perlu berlawan sesama sendiri.

Dengan penuh rasa syukur dan bangga, SRIDE juga telah berjaya meraih Anugerah Sekolah Rendah Terbaik bagi Pertandingan Taekwondo pada tahun 2026 ✨

[ HARI PERTAMA PENTAKSIRAN SEBENAR MATRIKS PEMBELAJARAN TAHUN 4 ]Alhamdulillah, hari ini anak-anak Tahun 4 telah mendudu...
06/10/2026

[ HARI PERTAMA PENTAKSIRAN SEBENAR MATRIKS PEMBELAJARAN TAHUN 4 ]

Alhamdulillah, hari ini anak-anak Tahun 4 telah menduduki peperiksaan hari pertama bagi Pentaksiran Sebenar Matriks Pembelajaran Tahun 4.

Semoga anak-anak diberikan ketenangan, kefahaman dan keyakinan dalam menjawab setiap soalan. Teruskan berusaha dan lakukan yang terbaik!

Semoga dipermudahkan segala urusan dan dikurniakan kejayaan yang cemerlang. Aamiin Ya Rabbal Alamin.

Good luck, anak-anak Tahun 4 SRIDE! πŸ’šπŸ“šβœ¨





05/10/2026

[ MAJLIS RESTU ILMU MPT4 ]

Alhamdulillah, telah berlangsung Majlis Restu Ilmu MPT4 pada pagi tadi bagi memberikan sokongan, doa dan semangat kepada murid-murid Tahun 4 dalam menghadapi Matriks Pembelajaran Tahun 4.

Semoga segala ilmu yang dipelajari dipermudahkan untuk difahami dan setiap usaha membuahkan kejayaan yang terbaik.

🀲🏻 Semoga murid-murid MPT4 SRIDE terus bersemangat, yakin dan tenang menjawab setiap ujian. Selamat maju jaya! 🌟

Usaha β€’ Doa β€’ Tawakal β€’ Berjaya

26/09/2026

[ SUASANA UJIAN KEMASUKAN MURID BAHARU SESI 2027 ]

[ UJIAN KEMASUKAN MURID BARU 2027 ]Alhamdulillah, telah berlangsung dengan jayanya Ujian Kemasukan Murid Baru 2027 pada ...
26/09/2026

[ UJIAN KEMASUKAN MURID BARU 2027 ]

Alhamdulillah, telah berlangsung dengan jayanya Ujian Kemasukan Murid Baru 2027 pada Sabtu, 26 September 2026, bertempat di SRIDE. 🌷

Terima kasih kepada semua calon dan ibu bapa/penjaga atas kehadiran serta kerjasama yang diberikan.

Semoga segala urusan dipermudahkan dan semoga calon-calon memperoleh hasil yang terbaik. πŸ€²πŸ»πŸ’š

Selamat maju jaya dan semoga bertemu lagi di SRIDE! 🌟

[🌟 HARI PERTAMA PSRA 2026 🌟]Alhamdulillah, selesai sudah hari pertama Peperiksaan PSRA 2026 subjek Akhlak Sirah (AS01) p...
21/09/2026

[🌟 HARI PERTAMA PSRA 2026 🌟]

Alhamdulillah, selesai sudah hari pertama Peperiksaan PSRA 2026 subjek Akhlak Sirah (AS01) petang tadi. πŸ“šβœ¨

Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua calon PSRA atas kesungguhan, ketekunan dan usaha yang telah dicurahkan sepanjang menjawab peperiksaan. Semoga Allah SWT memberikan ketenangan hati, kelapangan fikiran serta mempermudahkan setiap urusan anak-anak dalam menjawab soalan. 🀲🏻

Selesai sahaja waktu peperiksaan, wakil PIBG turut mengambil kesempatan untuk menyantuni para calon PSRA dengan menyediakan makanan buat calon-calon PSRA, guru-guru subjek PSRA serta guru-guru yang bertugas pada hari tersebut. 🍱❀️

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada pihak PIBG atas keprihatinan, sokongan dan sumbangan yang diberikan. Semoga segala usaha dan kebaikan ini menjadi asbab keberkatan serta pembakar semangat buat anak-anak dalam menghadapi hari-hari peperiksaan yang seterusnya.

Teruskan berusaha dan jangan lupa berdoa. πŸ’ͺπŸ»πŸ“–
Semoga dipermudahkan dan dikurniakan kejayaan buat semua calon PSRA 2026. Aamiin Ya Rabbal β€˜Alamin. 🀲🏻






Address

Sekolah Integrasi Masjid Darul Ehsan (SMIMDE) Jalan SS 15/2E
Subang Jaya
47500

Opening Hours

Monday 08:00 - 16:30
Tuesday 08:00 - 16:30
Wednesday 08:00 - 16:30
Thursday 08:00 - 16:30
Friday 08:00 - 16:30

Telephone

+60356380486

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Sekolah Islam Darul Ehsan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category