Amazing Seed USJ1
English Islamic Kindergarten
Playschool
Pre-school 4, 5 & 6 years
Transit
Child Care. Special Program :
1. little QARI
2. smart SOLAT Wise Muslims Kindergarten
19/02/2026
*RAMADAN KAREEM* 🌙
Bulan yang dinanti akhirnya kembali…
Bulan penuh rahmat, keampunan dan pembebasan dari api neraka.
Sebagaimana firman Allah:
"Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang sebelum kamu agar kamu bertakwa."
— (Al-Baqarah: 183)
Marilah kita sama-sama merebut peluang Ramadan ini:
✨ Perbanyakkan doa, kerana Ramadan adalah bulan dimakbulkan permintaan
✨ Hidupkan malam dengan ibadah, moga bertemu Lailatul Qadar
✨ Lembutkan hati dengan Al-Quran, penawar jiwa dan cahaya hidup
✨ Suburkan sedekah dan kebaikan, kerana ganjarannya dilipatgandakan
Semoga Ramadan kali ini bukan sekadar rutin,
tetapi menjadi titik perubahan terbaik dalam hidup kita.
Semoga Allah menerima amal kita, mengampuni dosa kita,
dan menulis kita dalam kalangan hamba-Nya yang bertakwa 🤍
Sesi tadabbur setiap pagi bersama teachers di Amazing Seed. Alhamdulillah, kami bermula dari Surah Al Baqarah dan hari ini di Surah Al'A'raf ayat 141 - 142.
Perkongsian bersama Teacher Miza... Bismillah
05/10/2025
Bismillah...
Pernah tak ibu ayah alami momen, ketika anak pulang dari tadika, mereka buat sesuatu yang menyentuh hati dan perasaan ibu ayah?
Kadang-kadang perkara kecil yang mereka pelajari di tadika boleh jadi sangat besar buat kita. Ada anak balik rumah terus ucap “Assalamualaikum ibu, ayah”, ada yang tiba-tiba baca doa makan sebelum semua mula makan.
Itulah hasil bila anak-anak dibimbing dengan adab sebelum ilmu. Sedikit demi sedikit, akhlak mereka terbentuk dan kita as parent pun of course rasa bangga dan happy.
Allah SWT berfirman:
"Dan rendahkanlah dirimu terhadap mereka berdua (ibu bapa) dengan penuh kasih sayang dan ucapkanlah: Wahai Tuhanku, kasihilah mereka sebagaimana mereka telah mendidikku semasa kecil." (Surah Al-Isra’, 17:24)
Didikan adab yang baik akan kembali kepada ibu ayah sebagai kasih sayang anak kepada kita. Kalau ibu ayah ada pengalaman macam tu, boleh share pengalaman dengan kami di ruangan komen. Kami pun teringin nak tahu.
Ayuh daftar anak anda bersama kami, kita mulakan asuhan adab dan akhlak mereka berkembang seiring dengan ilmu.
https://www.wasap.my/60196942581/KeluargaASM
https://www.wasap.my/60196942581/KeluargaASM
https://www.wasap.my/60196942581/KeluargaASM
04/10/2025
Kerana IMAN
SUMUD FLOTILLA
Membina gelombang baru. Bukan gelombang biasa2.
Tapi gelombang kemanusiaan kepada rakyat Gaza.
Kenapa bersungguh sangat nak pergi tempat Perang?
Kerana IMAN.
Iman kepada Allah.
Bukan kerana nak famous. Bukan nak ramai follower. Bukan mahu nama di angkat.
Tapi lillahitaala.🩷
{وَمَا نَقَمُوا مِنْهُمْ إِلا أَنْ يُؤْمِنُوا بِاللهِ. الْعَزِيزِ الْحَمِيدِ}
Dan mereka tidak menyeksa orang-orang mukmin itu melainkan kerana orang-orang mukmin itu beriman kepada Allah Yang Maha perkasa lagi Maha Terpuji. (Al-Buruj: 😎
Kita mungkin berjuang di landasan berbeza.
Mereka berjuang secara fizikal dan mental menghadapi musuh.
Kita? Masih dengan urusan sendiri. Tidak!
Bangkitlah dengan kekuatan kita sendiri.
Dengan lisan, dengan doa dan dengan hati.
(موضوع) عن علي رضي الله عنه مرفوعا: الدعاء سلاح المؤمن، وعماد الدين، ونور السماوات والأرض. [ع، عد، ك، القضاعي، ((الضعيفة)) (179)]
Daripada 'Ali RA secara marfu' (disandarkan kepada Nabi SAW): DOA adalah SENJATA orang MUKMIN, tiang agama serta cahaya langit dan bumi.
[Riwayat Abu Ya'la dalam al-Musnad, Ibn 'Adi dalam al-Kamil fi al-Du'afa', al-Hakim dalam al-Mustadrak dan al-Quda'ei. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 179]
Apa pun kita doakan moga Allah permudahkan urusan mereka di sana.
Selamatkan mereka kerana menjadi suara2 orang Islam.
SELAMATKAN GAZA dari rejim zionis🤲
Allahuakbar
04/10/2025
30/09/2025
Bismillah..
DOA yang diajarkan oleh Rasulullah s.a.w.
Dari Abdullah bin Amr r.a (usia 11tahun saat Rasulullah hijrah),
Rasulullah s.a.w mengajarkan kami doa (ketika hendak tidur):
"Ya Allah yang Maha Menciptakan langit dan bumi, yang Mengetahui perkara ghaib mahupun yang kelihatan, Rabb segala sesuatu dan Pemiliknya. Aku bersaksi bahawa tiada tuhan selain Engkau (Allah), aku berlindung kepadaMu dari keburukan diriku, kejelekan syaitan dan jerat-jerat syaitan dan aku berlindung kepadaMu dari aju membuat keburukan atau membawa keburukan itu kepada seorang muslim"
[H.R Ahmad]
Di Amazing Seed, kita akan sama-sama mengingatkan supaya sentiasa berdoa kepada Allah. Allah s**a khalifah yang selalu berdoa. Kita rasa yakin Allah ada dalam setiap tingkahlaku dan pemikiran kita.
Berminatkah anda menyertai keluarga besar kami dalam menyemai iman sebelum ilmu?
https://www.wasap.my/60196942581/KeluargaASM
https://www.wasap.my/60196942581/KeluargaASM
https://www.wasap.my/60196942581/KeluargaASM
Bismillah.
Aktiviti ni nampak simple, tapi sebenarnya penuh dengan ilmu dan perkembangan yang sedang berlaku dalam diri si kecil.
Aktiviti mengoyakkan kertas yang direndam dapat membantu anak-anak:
-Merangsang motor kasar & halus
-Mengasah fokus & koordinasi mata-tangan
-Mengembangkan kreativiti & imaginasi
-Meningkatkan kemahiran sosial bila bermain bersama rakan
Daripada hasil kertas basah yang dikoyak kecil-kecil, anak membuat kertas dan mereka sangat gembira melihat sesuatu yang indah dapat dihasilkan dengan usaha.
Allah SWT berfirman dalam Surah Al-Furqan ayat 48-49:
“Dan Dialah yang meniupkan angin sebagai pembawa khabar gembira sebelum kedatangan rahmat-Nya (hujan), dan Kami turunkan dari langit air yang suci, supaya Kami hidupkan dengan air itu negeri yang mati dan Kami beri minum kepada apa yang telah Kami ciptakan haiwan ternak dan manusia yang ramai.”
Ayat ini mengingatkan kita bahawa setiap titisan, setiap hembusan angin, adalah tanda rahmat Allah. Dengan bantuan air, Allah izinkan kita untuk menghasilkan kertas. Darinya, anak belajar mengenal kasih sayang dan kekuasaan Pencipta.
InsyaAllah di Amazing Seed, kami berusaha untuk mendidik anak-anak dengan memandang Apa Allah Kata. Buat ibu ayah yang ingin sertai keluarga besar kami, boleh hubungi kami di
https://www.wasap.my/60196942581/KeluargaASM
https://www.wasap.my/60196942581/KeluargaASM
https://www.wasap.my/60196942581/KeluargaASM
Bismillah..
“Teacher, kenapa Allah jadikan buah ada yang manis, ada yang masam?”
Itu soalan polos seorang anak ketika kami belajar tentang buah-buahan minggu lalu.
Kebanyakan anak-anak s**a makan buah… tapi jarang sekali mereka faham hikmah di sebalik kejadian buah.
Tanpa panduan, anak hanya kenal buah sekadar rasa manis atau warna cantik. Padahal, Al-Quran sendiri banyak kali menyebut tentang buah sebagai tanda kebesaran Allah.
Ketika anak melihat pisang yang lembut, kami kaitkan dengan ayat dalam Surah Al-Waqi‘ah ayat 29–32 tentang “buah-buahan yang tersusun rapi dan mudah dipetik”.
Ketika anak memegang limau masam, kami ajarkan bahawa tidak semua yang masam itu buruk, kerana Allah ciptakan kepelbagaian untuk melatih kita bersyukur dalam setiap rasa kehidupan. Kami bawakan sirah Rasulullah mendapat pemberian limau masam dari Wanita yahudi.
Di sinilah anak belajar bahawa buah bukan sekadar makanan, tetapi ayat-ayat hidup yang mengingatkan mereka kepada Allah.
Kalau ibu bapa mahu anak membesar dengan ilmu yang menyentuh hati & membina akhlak melalui pembelajaran kreatif berteraskan Al-Quran dan Hadis.
InsyaAllah di Amazing Seed, kami berusaha untuk mendidik anak-anak dengan memandang Apa Allah Kata. Buat ibu ayah yang ingin sertai keluarga besar kami, boleh hubungi kami di
https://www.wasap.my/60196942581/KeluargaASM
https://www.wasap.my/60196942581/KeluargaASM
https://www.wasap.my/60196942581/KeluargaASM
26/09/2025
🏃♂️✨ AMAZING KIDS RUN 2025 ✨🏃♀️
Alhamdulillah, pada 20 September 2025, anak-anak hebat dan ibuayah semua melangkah gagah dalam Amazing Kids Run!
Kami percaya setiap langkah kecil mereka adalah latihan untuk menjadi generasi yang sihat, berdisiplin dan bersemangat. 🌱
Allah SWT berfirman:
> وَأَعِدُّوا لَهُم مَّا اسْتَطَعْتُم مِّن قُوَّةٍ
“Dan siapkanlah untuk menghadapi mereka dengan segala kekuatan yang kamu sanggupi...”
(Surah Al-Anfal: 60)
Hari ini, kekuatan itu dibina dengan larian, esok dengan ilmu, iman dan akhlak mulia. 💪🌸
Anak-anak kita bukan hanya berlari di padang, tetapi sedang berlari menuju masa depan yang gemilang, insyaAllah. ✨
26/09/2025
Bismillah,
ERTI SEBATANG PENA!
Tahukah ibu ayah, Allah sendiri memulakan surah ‘Nun dengan ayat "Demi pena dan apa yang mereka tuliskan’?
Seawal usia dini, anak-anak sudah mula mnegenal huruf, menulis dan mewarna.Ia bukan sekadar melatih motor skill anak malah ia melatih mereka gemar dalam menggali ilmu.
Allah berfirman:
“Nun. Demi pena dan apa yang mereka tuliskan.”
(Al-Qalam: 1)
Ayat tadabbur dalam surah ini mengajar kita bahawa betapa mulianya perbuatan menulis. Bagi anak-anak kecil, setiap goresan huruf dan warna adalah permulaan perjalanan mereka menuju cinta ilmu.
Ayuh daftar anak anda bersama kami, kita mulakan asuhan adab dan akhlak mereka berkembang seiring dengan ilmu.
https://www.wasap.my/60196942581/KeluargaASM
https://www.wasap.my/60196942581/KeluargaASM
https://www.wasap.my/60196942581/KeluargaASM
Click here to claim your Sponsored Listing.
Location
Category
Contact the school
Telephone
Address
No. 11A, Jalan TS 6/10A
Subang Jaya
47500
Opening Hours
| Monday | 07:30 - 18:30 |
| Tuesday | 07:30 - 18:30 |
| Wednesday | 07:30 - 18:30 |
| Thursday | 07:30 - 18:30 |
| Friday | 07:30 - 18:30 |