11/09/2026
Salam Jumaat,
Dalam Penyampaian sidang Pleno di Konvensyen Perkhidmatan Awam 2026 baru-baru ini kami bercakap tengang Trust Arhitecture, Man to Man, Man to Machine, Machine to Machine juga Machine to Man… tetapi dalam menjalani kehidupan ini ada satu lagi Trust yang sangat asas iaitu Man to God. Trust in God, Kepercayaan Kepada Allah (الثقة بالله).
Trust Architecture (Seni Bina Kepercayaan) mesti di bina dari dimensi kerohanian, maka hubungan Manusia dengan Allah merupakan lapisan kepercayaan yang paling asas dan tertinggi dalam perspektif Islam.
Trust, hubungan dengan Allah, hubungan dengan manusia dan hubungan dengan makhluk, dengan ingatan mesin juga makhluk.
Ia bukan bermaksud Allah perlu “mendapatkan” kepercayaan manusia. Sebaliknya, Allah Maha Dipercayai, manakala manusia membina keyakinan, keimanan dan pergantungan kepada Allah melalui iman, takwa, tawakal dan yakin.
Trust in Allah, Kepercayaan kepada Allah (الثقة بالله) membawa maksud, Iman, tawakkal, taqwa, yakin redha dan doa dengan hanya bergantung harap kepada Allah jua.
1. Iman (إيمان) — Kepercayaan dan keyakinan
Beriman kepada Allah, sifat-sifat-Nya, janji-Nya, ketetapan-Nya dan segala yang disampaikan melalui wahyu.
2. Tawakal (توكل) — Berserah dan bergantung kepada Allah
Tawakal bermaksud berusaha bersungguh-sungguh dengan mengambil sebab dan ikhtiar, kemudian menyerahkan hasil akhirnya kepada Allah.
فَإِذَا عَزَمْتَ فَتَوَكَّلْ عَلَى اللَّهِ
“Kemudian apabila engkau telah berazam, maka bertawakallah kepada Allah.”
(Surah Āli ‘Imrān, 3:159)
Tawakal bukan bermaksud pasif atau tidak berusaha. Prinsipnya asas ialah, Usaha dan Ikhtiar disusuli Doa dan Tawakal, itulah kebergantungan kepada Allah.
3. Takwa (تقوى) — Kesedaran terhadap Allah
Kepercayaan kepada Allah diterjemahkan melalui kehidupan yang patuh kepada perintah-Nya, menjauhi larangan-Nya dan sentiasa menyedari bahawa manusia bertanggungjawab kepada Allah.
4. Yakin (يقين) — Keyakinan yang teguh
Mempunyai keyakinan bahawa ilmu, hikmah, janji dan ketentuan Allah adalah benar, walaupun manusia belum memahami atau melihat hasilnya.
5. Reda (رضا) — Menerima ketentuan Allah
Menerima ketentuan Allah dengan hati yang tenang, sambil terus berusaha melakukan perkara yang baik dan benar.
6. Doa (دعاء) — Pergantungan harap kepada Allah
Doa merupakan pengakuan bahawa manusia mempunyai keterbatasan dan memerlukan pertolongan Allah.
Trust in Allah maka akan terbit Trust in Man, dengan ikhtiarnya, Trust in Technology, yang semuanya menjadi Accountability to Allah, amanah dan tanggungjawab.
Maka atas Trust lah iaitu dengan iman dan takwa secara kolektif dalam sesebuah komuniti, pasti Allah akan melimpahkan keberkatan dari langit dan bumi, oleh itu yakinlah kita kepada Allah, Semoga Allah turunkan keberkatan kepada seluruh UiTM dan negara tercinta, aminn 🤲🏽
وَلَوْ أَنَّ أَهْلَ الْقُرَىٰ آمَنُوا وَاتَّقَوْا لَفَتَحْنَا عَلَيْهِم بَرَكَاتٍ مِّنَ السَّمَاءِ وَالْأَرْضِ وَلَٰكِن كَذَّبُوا فَأَخَذْنَاهُم بِمَا كَانُوا يَكْسِبُونَ
Jikalau sekiranya penduduk negeri-negeri beriman dan bertakwa, pastilah Kami akan melimpahkan kepada mereka berkah dari langit dan bumi, tetapi mereka mendustakan (ayat-ayat Kami) itu, maka Kami siksa mereka disebabkan perbuatannya.
(Al Al-A‘raf 7:96)
𝐔𝐧𝐢𝐯𝐞𝐫𝐬𝐢𝐭𝐢 𝐔𝐧𝐠𝐠𝐮𝐥 𝐏𝐞𝐦𝐚𝐜𝐮 𝐁𝐮𝐦𝐢𝐩𝐮𝐭𝐞𝐫𝐚 𝐏𝐫𝐨𝐟𝐞𝐬𝐢𝐨𝐧𝐚𝐥
دمي اڬام بڠسا دان تانه اير
اوسها تقوى مليا
❤️