05/06/2026
"Kenapa anak dah berkurung study siang malam, tapi gred exam masih lagi dekat takuk lama?" ðŸ˜
Ramai sangat mak ayah yang datang mengadu dan meluahkan rasa risau pada Cikgu pasal perkara ni. Anak dah korbankan waktu bermain, berkurung dalam bilik, malah buku rujukan p**a dah penuh setebal kamus atas meja belajar.
Tapi bila keluar keputusan ujian, grednya masih merosot atau 'stuck' dekat situ juga.
Sebenarnya mak ayah, anak kita bukan malas. Mereka dah usaha sehabis baik, tetapi mereka mungkin terjatuh dalam 3 'perangkap' belajar ini:
📌 1. Perangkap "Hafal Buku" Tapi Tak Tahu Kata Kunci (Keywords)
Dalam peperiksaan, menulis jawapan yang panjang berjela belum tentu menjamin markah penuh kalau tak kena dengan kata kunci yang dikehendaki dalam skema pemarkahan sebenar. Pemeriksa kertas ada panduan skema yang sangat ketat. Ada kata kunci, ada markah. Jika tak ada kata kunci, tulis satu muka surat panjang pun markah boleh melayang begitu sahaja!
📌 2. Otak Lambat 'Recall' (Ingat Semula Maklumat)
Membaca nota berkali-kali adalah proses pembelajaran yang pasif. Masalahnya, bila anak kurang buat latihan (drilling) menggunakan pelbagai aras soalan, otak mereka akan jadi sangat susah nak panggil balik (recall) maklumat yang dibaca ketika berada di dalam dewan peperiksaan. Ini punca utama kenapa anak tiba-tiba jadi 'blank' masa menjawab.
📌 3. Kurang Stamina Menghadapi Tekanan Masa
Ramai pelajar yang sebenarnya tahu jawapan, tapi bila keluar dewan exam, mereka mengeluh sbb "tak sempat siap". Mereka tak biasa dengan simulasi masa yang sebenar. Tanpa latihan yang kerap dengan format waktu peperiksaan yang betul, anak-anak akan mudah panik.
Jadi, apa peranan kita sebagai mak ayah? Mari kita pantau corak pembelajaran anak di rumah. Tukarkan pembacaan pasif kepada latihan aktif.
Galakkan mereka buat lebih banyak latih tubi menggunakan pelbagai kertas soalan luar agar minda mereka lebih lali, faham format, dan tidak panik apabila melihat soalan yang di-twist kelak.
Boleh Cikgu tahu, anak mak ayah yang bakal ambil SPM sekarang paling struggle atau risau dengan subjek apa? Cuba kongsi di ruangan komen bawah, insya-Allah nanti Cikgu cuba kongsikan tips-tips khusus untuk subjek tersebut. 👇🌸