Konvensyen Minda Qurani

Konvensyen Minda Qurani

Share

Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Konvensyen Minda Qurani, Educational consultant, No 7, Jalan Putra Makhkota 7/8B, Subang Jaya.

Photos from Konvensyen Minda Qurani's post 01/06/2023

Suasana sepanjang berlangsungnya Konvensyen Minda Qurani

Insha'Allah akan diteruskan lagi untuk manfaat ummah

Photos from Konvensyen Minda Qurani's post 01/06/2023

Konvensyen Minda Qurani

Misi memartabatkan sistem pendidikan dan ekonomi mengikut acuan ajaran Al-Quran seperti yang ditetapkan dengan ajaran Islam

Permulaan pada bulan Mac 2023 yang lalu dan diteruskan lagi untuk anak bangsa dan negara

25/05/2023

SURAH AL KAHFI AYAT 10

إِذْ أَوَى الْفِتْيَةُ إِلَى الْكَهْفِ فَقَالُوا رَبَّنَا آتِنَا مِنْ لَدُنْكَ رَحْمَةً وَهَيِّئْ لَنَا مِنْ أَمْرِنَا رَشَدًا

(Ingatlah) tatkala para pemuda itu mencari tempat berlindung ke dalam gua, lalu mereka berdoa: "Wahai Tuhan kami, berikanlah rahmat kepada kami dari sisi-Mu dan sempurnakanlah bagi kami petunjuk yang lurus dalam urusan kami (ini)"

24/05/2023

BERSERAH PADA ALLAH

Allah dapat menggantikan segala sesuatu akan tetapi segala sesuatu tidak dapat menggantikan Allah
🌹Habib Umar bin Hafidz🌹

20/05/2023

SOLAT

Kepentingan ibadat ini sering diperkatakan dan turut diumpamakan seperti tiang agama. Rasulullah SAW sendiri pernah bersabda: "Pokok segala urusan adalah Islam, tiangnya adalah solat dan kemuncaknya adalah jihad." Hadis Riwayat al-Tirmizi

19/05/2023

MOTIVASI DIRI

Yang peduli dengan dirimu adalah dirimu sendiri , dan yang bertanggung jawab dalam hidupmu adalah kamu sendiri .

Dalam hal Semangat .... Motivator sejati yang sebenarnya bukan orang lain ...tapi itu adalah dirimu sendiri

Dirimu sendiri yang membuatmu SEMANGAT..
Dirimu sendiri yang membuatmu BANGKIT...
Dirimu sendiri yang bergerak untuk TIDAK MALAS...

Karana meskipun Ribuan Motivator mengucapkan MOTIVASI , tetap keputusan BANGKIT atau MENYERAH kembali dengan keputusan dirimu sendiri ...

Semoga Allah memudahkan semua usaha dan kerja keras kamu semua
Aamiin 🤲

21/04/2023

Ambil peluang pada momen terakhir Ramadhan untuk memperbaiki diri dan memperkuat ikatan dengan Allah.

16/04/2023

JAUHI SIFAT SOMBONG

Salam perjuangan!
Kelemahan dan kekurangan diberikan Allah agar kita jauh dari kesombongan.

Firman Allah SWT di dalam al-Qur’an:

وَلَا تَمْشِ فِي الأرْضِ مَرَحًا إِنَّكَ لَنْ تَخرِقَ الأَرْضَ وَلَنْ تَبْلُغَ الْجِبَالَ طُولًا

Maksudnya: Dan janganlah engkau berjalan di bumi dengan berlagak sombong, kerana sesungguhnya engkau tidak akan dapat menembusi bumi, dan engkau tidak akan dapat menyamai setinggi gunung-ganang.

Surah al-Israa’ (37)

12/04/2023

Doa Malam Lailatul Qadar & Amalan 10 Malam Terakhir Ramadan

Ketika tiba 10 malam terakhir, Rasulullah juga menunjukkan kesungguhan yang luar biasa sebagaimana yang diceritakan oleh Aisyah RA, beliau menceritakan :

كَانَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا دَخَلَ العَشْرُ الأوَاخِرُ مِنْ رَمَضَانَ أَيْقَظَ أَهْلَهُ وَشَدَّ المِئْزَرَ وَأَحْيَا اللَّيْلَ

Maksudnya: “Adapun Rasulullah SAW apabila tiba 10 hari terakhir bulan Ramadhan, Baginda SAW membangunkan ahli rumahnya, mengikat kainnya (menjauhi isteri-isterinya) serta menghidupkan malam tersebut”. [Riwayat Ibn Hibban, no. Hadith

اللَّـهُـمَّ إنَّكَ عَفُوٌّ تُـحِبُّ العَفْوَ فَاعْفُ عَنِّي

Allahumma Innaka ‘Afuwwun Tuhibbul ‘Afwa Fa’fu ‘Annii

Maksudnya:
“Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Pengampun dan amat s**a akan keampunan, maka berikanlah keampunan kepadaku.”

07/04/2023

TINDAKAN LANGKAH PERTAMA

Salam Perjuangan.

Kehidupan kita di dunia ini tidak menjanjikan satu jaminan yang berkekalan. Apa yang ada hanyalah percubaan, cabaran dan pelbagai peluang. Jaminan yang kekal abadi hanya dapat ditemui apabila kita kembali semula ke pada Allah.

Photos from Konvensyen Minda Qurani's post 05/04/2023

POST MORTEM MEETING KONVENSYEN REVOLUSI MINDA QURANI - 4 APR 2023

Alhamdulillah....selesai meeting bersama Dato Hj Nakhaei, Global Dakwah Malaysia. Terima kasih kepada semua 24 NGO yang telah hadir, mengambil bahagian dan memberi kerjasama dari segi idea yang sangat membina untuk diketengahkan demi perjuangan Agama, Bangsa & Tanah Air pada hari Konvensyen tersebut.

Kami akan memaklumkan kepada semua yang terlibat tentang perkembangan susulan dan juga Konvensyen yang seterusnya.

29/03/2023

Salam Perjuangan.

Allah berfirman dalam surah At-Taubah ayat 51:

قُل لَّن يُصِيبَنَآ إِلَّا مَا كَتَبَ ٱللَّهُ لَنَا هُوَ مَوۡلَىٰنَاۚ وَعَلَى ٱللَّهِ فَلۡيَتَوَكَّلِ ٱلۡمُؤۡمِنُونَ

“Katakanlah (wahai Muhammad): “Tidak sekali-kali akan menimpa kami sesuatu pun melainkan apa yang telah ditetapkan Allah bagi kami. Dialah Pelindung yang menyelamatkan kami, dan (dengan kepercayaan itu) maka kepada Allah jualah hendaknya orang-orang yang beriman bertawakal”

Want your school to be the top-listed School/college in Subang Jaya?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Telephone

Website

Address

No 7, Jalan Putra Makhkota 7/8B
Subang Jaya
47650