07/05/2026
Alhamdulillah, delegasi UiTM Perak telah berjaya menyempurnakan program "UTS-UiTM PERAK CONNECT 2026: RESEARCH AND COMMUNITY PROGRAM" bertemakan "Bridging Ideas, Building Impact" yang berlangsung dari 27 hingga 30 April 2026 di Sibu, Sarawak. Program merupakan inisiatif daripada Program Ukur Bahan UiTM Perak yang ditunjangi oleh Pengarah projek Prof Madya Sr Dr Haryati Md Isa. Turut menghadiri program tersebut adalah Ketua Jabatan Alam Bina dan Teknologi, TPr Dr Kushairi Rashid. Sepanjang empat hari mobiliti ini, para pelajar dan pensyarah terlibat secara aktif dalam pelbagai aktiviti akademik berimpak tinggi bersama University of Technology Sarawak (UTS) seperti Kem Penyelidikan, sesi pembentangan penyelidikan berkumpulan dan serta perbincangan strategik mengenai Geran Penerbitan Bersama. Program kali ini juga turut melibatkan promosi Program Pascasiswazah di UiTM Perak dengan memberikan pendedahan kepada mod penyelidikan campuran melalui program BE992 Doktor Falsafah Rekabentuk dan Alam Bina. Selain program berteraskan akademik, delegasi turut menyantuni masyarakat setempat melalui program Tanggungjawab Sosial Universiti (USR) di Rumah Panjang Sungai Passai yang memberikan pengalaman lapangan yang sangat berharga kepada semua peserta. Program mobiliti yang diakhiri dengan majlis penutup yang telah turut dihadiri oleh Dekan School of Built Environment (SBE) iaitu Prof Madya Sr Dr Tan Fock Kui, pada 30 April. Seramai dua orang pelajar UiTM Perak iaitu NURFAZLIYANA NATASYA BINTI MOHD dan SITI NOOR'AIN telah dipilih sebagai pembentang terbaik bagi Kem Penyelidikan yang dijalankan. Diharap jalinan kerjasama keilmuan dan kemasyarakatan antara kedua-dua buah universiti dapat terus diperkukuh pada masa akan datang.
18/04/2026
19/03/2026
12/03/2026
12/03/2026