JABT Hub

JABT Hub Media Jabatan Alam Bina, Seri Iskandar

Link to another platform:
TikTok: https://urls.host/4xfnv

07/08/2026
07/08/2026

πŸ“’ Registration is NOW OPEN!

What does it take to design for humanity in an age of uncertainty?

Join the INTERWEAVE Architecture Talk Series 2026 and hear from 6 distinguished experts as they explore humanitarian architecture, resilience, disaster recovery, urban futures, and community-led design.

πŸ—“οΈ 22 September 2026
πŸ’» Online | 9.00 AM – 5.00 PM
πŸŽ“ 3 CPD (LAM, BQSM & MIP)
πŸ’΅ Fees from only RM15

Be inspired by practical strategies, real-world case studies, and thought-provoking discussions that will shape the future of architecture and the built environment.

🎟️ Secure your seat today: https://forms.gle/3ohEBG6sx9FYknZX6





🌍 BENGKEL PEMBANGUNAN PANGKALAN DATA DAN ANALISIS SPATIAL QGIS BERSAMA PLANMALAYSIA PERAK (GEO-URBAN CAMP) Alhamdulillah...
05/08/2026

🌍 BENGKEL PEMBANGUNAN PANGKALAN DATA DAN ANALISIS SPATIAL QGIS BERSAMA PLANMALAYSIA PERAK (GEO-URBAN CAMP)

Alhamdulillah, tahniah kepada Program Perancangan Bandar dan Wilayah, UiTM Cawangan Perak serta PLANMalaysia Perak atas kejayaan kolaborasi dalam pelaksanaan Siri GEO-URBAN CAMP bersempena dengan Sambutan Hari Perancangan Bandar Sedunia Negeri Perak 2026.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada En. Mohammad Faizal bin Abd Hamid selaku penceramah utama, barisan fasilitator En. Noor Imran bin Zainuddin, En. Yazid bin Shareat dan En. Muhammad Azman bin Abu Naim, serta seluruh jawatankuasa dan peserta yang terdiri daripada barisan pensyarah Program Perancangan Bandar dan Wilayah atas komitmen, kerjasama dan semangat yang tinggi sepanjang bengkel berlangsung.

Penghargaan turut dirakamkan kepada TPr. Dr. Kushairi bin Rashid (Ketua Jabatan Pengajian Alam Bina & Teknologi, Fakulti Alam Bina) , Gs. Dr. Norhazlan bin Haron (Ketua Program CF/BEAP111/221) , Gs. Dr. Nurain binti Mohd Talmizi (Pengarah Projek) , Gs. Norsyazlin binti Mohd Rosli (Timbalan Pengarah Projek), Dr. Arina binti Rahmat, Dr. Mohamad Azal Fikri bin Ali, Dr. Puteri Yuliana binti Samsudin, Gs. Noor Syarafina binti Sallehudin dan En. Muhammad Syafiq bin Mohd Sapian atas peranan dan sumbangan dalam menjayakan program ini.

Setinggi-tinggi penghargaan juga ditujukan kepada Dato’ TPr. Gs. Mohamed Zamri Mohd Zain, Pengarah PLANMalaysia Perak, atas sokongan dan kerjasama yang diberikan dalam menjayakan kolaborasi ini.

Program yang berlangsung selama dua hari, pada 29 dan 30 Julai 2026, telah menyediakan platform pembelajaran yang interaktif dan berorientasikan amalan profesional, khususnya dalam memperkukuh penguasaan teknologi geospatial, analisis dan pemetaan spatial menggunakan QGIS.

Penguasaan QGIS bukan sahaja memperkukuh kompetensi akademik, malah merupakan kemahiran penting dalam perancangan bandar, pengurusan guna tanah dan pembangunan mampan.

Semoga usaha kolaborasi seumpama ini akan dapat diteruskan pada masa akan datang.

✨ β€œEmpowering Future Planners Through Geospatial Excellence.” ✨




πŸŽ“ *PEMBENTANGAN PROJEK TAHUN AKHIR*Diploma Teknologi Reka Bentuk Dalaman21–22 Julai 2026 | 9.00 pagi – 5.00 petangProgra...
20/07/2026

πŸŽ“ *PEMBENTANGAN PROJEK TAHUN AKHIR*
Diploma Teknologi Reka Bentuk Dalaman
21–22 Julai 2026 | 9.00 pagi – 5.00 petang

Program Teknologi Reka Bentuk Dalaman, Jabatan Pengajian Alam Bina & Teknologi, Fakulti Alam Bina, UiTM Perak dengan sukacitanya menjemput seluruh warga UiTM untuk hadir menyaksikan Pembentangan Projek Tahun Akhir pelajar Semester 6.

Pembentangan ini menampilkan hasil penyelidikan, kreativiti, pemikiran kritikal serta penyelesaian reka bentuk yang telah dibangunkan oleh para pelajar sebagai kemuncak perjalanan mereka dalam program Diploma Teknologi Reka Bentuk Dalaman.

πŸ“ Lokasi:
β€’ *FSPU Utama*
Studio Aras 2
TEC214
Galeri Al-Faradli
β€’ *PTAR* (Aras 1)
β€’ *⁠Bangunan Ukur Bahan*
Galeri Al-Zahrawi 1 & 2

Sesi ini bukan sekadar platform penilaian akademik, malah menjadi ruang perkongsian idea, inovasi dan inspirasi dalam bidang reka bentuk dalaman. Kehadiran warga UiTM amat dialu-alukan bagi memberi sokongan kepada bakal pereka profesional negara.

Design with Purpose. Present with Confidence. Inspire through Creativity.

Majlis makan malam anjuran pelajar tahun akhir Ijazah Sarjana Muda Ukur Bahan telah diadakan dengan jayanya pada 11 Jula...
14/07/2026

Majlis makan malam anjuran pelajar tahun akhir Ijazah Sarjana Muda Ukur Bahan telah diadakan dengan jayanya pada 11 Julai 2026 bertempat di MIKER AVENUE bertemakan Elegance Night. Majlis makan malam ini turut dihadiri oleh para pensyarah Ukur Bahan.
Tahniah dan Syabas diucapkan kepada para pelajar atas penganjuran majlis makan malam ini.
β€’ A night to remember. Elegance Night 2026. πŸ₯‚
β€’ Elegance in every step. ✨
β€’ "Elegance is not about being noticed, it's about being remembered. Malam terakhir bersama my favorite people! ✨πŸ₯‚"




QS ASE XPO (Applied Study Exposition) Siri ke 19 telah diadakan pada 10 Julai 2026 bertempat di Bangunan Ukur Bahan, UiT...
14/07/2026

QS ASE XPO (Applied Study Exposition) Siri ke 19 telah diadakan pada 10 Julai 2026 bertempat di Bangunan Ukur Bahan, UiTM Cawangan Perak. Program ini diadakan untuk menilai projek Applied Studies pelajar tahun akhir Sarjana Muda Ukur Bahan. Penilaian telah dijalankan oleh penilai luar antaranya
β€’ Mohamad Abdah Abd Samah (Marina Sanctuary Resort Sdn Bhd)
β€’ Siti Sara Rasol (HOV/DLP, Township & Community Services)
β€’ Sr Mohamad Azmi Bin Ahmad , CQS, RISM (ASAS Quantity Surveying Consultant Sdn Bhd)
β€’ Muhammad Ariff Husainy Bin Mohd Jasri (JMJ Mega Bina Sdn Bhd)
Terima kasih kepada para penilai atas kesudian memberi input dan tunjuk ajar kepada para pelajar Sarjana Muda Ukur Bahan UiTM Perak.
Tahniah dan Syabas diucapkan kepada para pelajar dan pensyarah atas penganjuran program ini!




πŸ“’ Registration is now OPEN!Join INTERWEAVE Architecture Talk Series 2026 and learn from 6 renowned experts in architectu...
10/07/2026

πŸ“’ Registration is now OPEN!

Join INTERWEAVE Architecture Talk Series 2026 and learn from 6 renowned experts in architecture, disaster recovery, resilience, and humanitarian designβ€”all in one day.

πŸ—“οΈ 22 September 2026
πŸ’» Online | 9.00 AM – 5.00 PM
πŸŽ“ CPD Applied (LAM, BQSM & MIP)
πŸ’΅ Fees from only RM15

Gain practical strategies, real-world case studies, and expert perspectives on designing resilient communities before, during, and after disasters.

πŸ‘‰ Register now:

https://forms.gle/3ohEBG6sx9FYknZX6




Seri Iskandar, Perak, 30 Jun 2026 – Jabatan Alam Bina dan Teknologi (JABT), Fakulti Alam Bina (FAB), UiTM Cawangan Perak...
02/07/2026

Seri Iskandar, Perak, 30 Jun 2026 – Jabatan Alam Bina dan Teknologi (JABT), Fakulti Alam Bina (FAB), UiTM Cawangan Perak telah menganjurkan Majlis Anugerah Dekan dan Kecemerlangan Pelajar 2025/2026 bertemakan "Kecemerlangan Diraikan, Aspirasi Dilestarikan" di Dewan Kuliah Utama (DKU), Kampus Seri Iskandar.

Majlis telah disempurnakan oleh Prof. Madya Sr. Dr. Mohd Azian Zaidi, PMP, Timbalan Rektor Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP), UiTM Cawangan Perak, dan turut dihadiri oleh TPr Dr Kushairi Rashid, Ketua Jabatan Alam Bina dan Teknologi, bersama barisan pengurusan, pensyarah, staf dan para pelajar.

Penganjuran majlis ini bertujuan mengiktiraf kecemerlangan akademik pelajar serta menghargai komitmen pensyarah dalam membimbing kejayaan pelajar. Pelbagai anugerah telah disampaikan termasuk Sijil Dekan, Anugerah Kecemerlangan Pelajar, Anugerah Tokoh Pelajar Aktif dan Anugerah Tokoh Fakulti.

Dalam ucapan mereka, kedua-dua tetamu kehormat mengucapkan tahniah kepada para penerima anugerah serta menekankan kepentingan kecemerlangan akademik yang disertai dengan pembangunan sahsiah, kepimpinan dan kemahiran insaniah. Majlis ini mencerminkan komitmen Fakulti Alam Bina UiTM Cawangan Perak dalam membudayakan kecemerlangan dan melahirkan graduan yang holistik, berdaya saing serta berintegriti.

"Kecemerlangan Diraikan, Aspirasi Dilestarikan."

Sumber: Jabatan Alam Bina dan Teknologi (JABT), Fakulti Alam Bina, UiTM Cawangan Perak.

Address

Fakulti Alam Bina, Universiti Teknologi MARA Cawangan
Stiawan
32610

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when JABT Hub posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share