11/11/2022
Client call cuak nak tanya something.
Hospital explain pasal biling dan dia x faham.
Kene bayar RM4k sebelum discharge. Kata hospital, plan client ada co-insurance.
Saya call client then call hospital dan hospital explain kata dari GL client, pihak insurance bagi limit RM20k dan beserta co-insurance. Dalam hati duduk suspect budak claim department ni baru kot tak faham GL tu. Xpe, kita call insurance p**ak dengar kepastian.
Call insurance dan kami sama sama gelak.
Pihak insurance tidak akan sama sekali mendedahkan limit medical client. Nak nak lagi sekarang yang berjuta. Insurance hanya akan bagi anggaran amount untuk initial dahulu. Cukup tak dengan limit sekian sekian, if cukup proceed lah.. if terlebih, send la balik final bill.
In this case, hospital belum hantar pun discharge note dan final bill tapi mintak client saya bayar dulu.
Selepas explain kepada client, client siap gelak balik kepada saya. Dia kata: puan ni kalau silap client x faham dah marah agent dah ni kan? Kata dulu tak explain la apa. Kata tipu limit.. 😬
Ya… Tq la client yang sorang memang super rilex.
Dan saya kata lah, macam biasa process discharge biasanya lama. Puan dah lah involve doc surgery, kalau doc duduk dalam OT berjam jam… lambat la dia sign form puan. Mahu sampai ke malam ni puan (dari pukul 12:57 tadi dan approve pukul 3:01 tadi)
Dia faham dan rilex. Dia faham dan kata tu biasaa….
** Anyway perlu tahu:
GL pre admission can go up to 4jam menunggu..
Discharge lagiiiii la lama sebab insurance akan bertanya banyak soalan kenapa buat ni kenapa buat tu.
06/11/2022
Hibah adalah hadiah kepada orang yg kita sayang...boleh jadi untuk bantu mereka meneruskan kehidupan selepas ketiadaan kita,kos sara diri dan anak2, boleh jadi mereka blh guna duit hibah untuk kos urus pusaka kita(urus pusaka bukan free), boleh jadi juga bantu lunaskan hutang kita. Plan ni akan tamat hujung bulan ni.
Untuk dapatkan info lanjut👇👇👇
https://forms.gle/vsGqvUwMWibEda6U9
28/10/2022
Pagi pagi dah heavy topik di dalam group. kes dari eksident yang berlaku semalam. Boleh rujuk:
https://fb.watch/gqRY5XEuHT/
Tahu kah anda, ada benda benda anda boleh claim kemalangan seperti ini dan kebakaran dan kerosakan alatan rumah sebab kilat JIKALAU bangunan anda ada polisi JMB Insuran. Kalau ada lah.. dan Tengok juga coverage apa dorang letak..
So sila laa semak polisi building apartment ada. If tak ada, boleh roger sis untuk bercakap dengan management. If ada,boleh minta sis semak juga..
*** Ada kawan share pasal dia claim dengan fire insurance dengan pihak insurance, tapi frust ada benda dia tak boleh claim. Dapur terbakar.. boleh claim balik baiki, cat dan pintu jee.. cooker hood, kabinet tak boleh claim. Sis faham, fire insurance tak include content la tu. Tak letak ”Householder” rider, memang tak boleh claim..
So semak la ya polisi insurance yang kita sign dengan bank tu include apa ya 😘
25/10/2022
Insurance tak cover????
Medical card menipu!!
Lalu lalang berita ni. 😅😅 scarynya..
Always must be reason!! Dan benda benda macam ni as agent kene highlight sangat sangat kepada client.
1. Benda utama - CONTESTABLE PERIOD:
Waktu boleh sangkal dalam bahasa melayu nya. Jangan la nak mohong kata insurance si A cover semua, si B cover itu ini. Dalam waktu less than 2 tahun memang akan ada contestable period ni. SEMUA COMPANY.
Sign up 4 bulan lepas tu warded seperti appendik, sakit perut gerk, sakit jantung!! Dan bisul sekali pun - biasanya kene PAY AND CLAIM! Bukan insurance tak cover tapi fall under investigation.
Mereka akan semak dulu dengan klinik berdekatan anda tentang rekod anda ke klinik. Tetiba penah ada rekod ke klinik untuk sintom sintom berkenaan memang Bye Bye laaa..
2. Non-disclosure : haa bila jumpa rekod kat atas tu dorang kira as non disclosure. Tak payah la bising kata macam mana. Silap silap korang boleh dikira fraud plak!
Sebab tu sekarang nak isi form apply med card, siap kene deflare apa sintom sintom dita ada rasa dan kalau ada huat med check up kene declare!
3. Cara anda bagi tahu doktor. Kata dekat doktor dah biasa sakit ni, dari 10 tahun lepas dh rasa. Tapi medical card baru sign up 3 tahun. Then doc pun tulis la report seperti patient bagi tahu.. DECLINED!
Benda macam ni memang tak dapat la nak membantu. Itu dah jatuh under existing illness..
Fuh… sis bukan bekap insurance tapi semua memang bersebab kenapa insurance tak nak bayar ya… sila bercakap panjang dengan agent anda.
Dan yang penting lagi..... Ambil medical card SEGERA!!!
15/10/2022
Menukar pelan medical kepada family plan adalah salah satu langkah awal persediaan sesetengah keluarga untuk menghadapi "gawat" seperti di gambarkan sesetengah pihak.
Pada tahun 2020, ramai family terkesan dengan catuan gaji yang dibuat oleh majikan. Baru mereka sedar selama ini mereka membuat komitmen lebih dari sepatutnya.
Rugi kerana start baru? Rugi juga kalau tiba tiba polisi lapse sebab tidak lagi mampu bayar!
Minggu ni ada 2 family sign up family plan dengan saya. Salah seorang siap terkejut sebab murah. Tanya apa lagi boleh tambah untuk sampaikan RM1000.. 😅
Selepas berbincang, hanya rider accident client belum ada. So kita tambah tu je lah. Jadi RM640 je.
Family medical plan,
Serendah RM540 untuk famili berlima..
Jatuh RM110 sorang!
nak quotation untuk family anda?
www.wasap.my/601157883395/mc
12/10/2022
Apa yang kita boleh belajar dari kisah ini?
1) kita diperlukan/boleh bekerja jika kita sihat.
2) jika kita sakit, kita bukan aset kepada tempat kerja kita.
3)Tuan pengarah boleh ambil PA plan untuk para pelakon sebagai back up.
4) jika pengarah tak buat, kita buatlah untuk diri sendiri ... Kita kena sayang diri kita dulu.
5) Bagi ibubapa p**a jika dah buatkan takaful untum anak sejak kecil, bila anak dewasa dan dah bekerja pastikan update pekerjaan anak. Penting!
PA plan murah ja.
Terus cover tanpa tunggu waiting period.
Nak info
Wafariena alami kecederaan dipaksa buat ‘stunt’ sendiri sampai masuk hospital, terkilan pengarah lepas tangan - Hiburan | mStar
WAFA menanggung sakit pada bahagian belakang badan sehingga kaki.
28/09/2022
Anda dah ada sakit/obesiti/pekerjaan berisiko?
Pernah mohon takaful tapi kena reject?
Berita baik untuk anda...promosi plan PASTI LULUS TANPA MEDICAL CHECK UP khas untuk anda... bermula dari serendah *RM50 sahaja.
Mohon segera sebelum tamat promosi
www.wasap.my/601157883395/planconfirmlulus
14/07/2022
Ambil takaful 2016, bayaran untuk 5 tahun lebih kurang 15k
2021 disahkan kanser😔
Kos Rawatan Segera mencecah 60k... Kos rawatan lanjutan dah capai 10k. Maknanya client dah claim lebih kurang 70k!
Plan ada waiver, client tak perlu bayar bulanan lagi, client boleh terus guna medical card.
Semoga client saya terus sihat dan dipermudahkan urusan.
Anda masih mahu tangguh ambil takaful?
13/07/2022
Harini dapat wasap dari client...
Sha aku kena buat kemo lagi...
😔😔
Client ni mula join takaful pada tahun 2016, tiada tanda tiada petunjuk, kelihata sihat sagaja...tahu-tahu 2021 doktor sahkan kanser stage 3! Terus jalani rawatan radioterapi dan kemoterapi menggunakan dana takaful medical card. Alhamdulillah...
Kanser adalah salah satu sakit kritikal. Jika dalam polisi ada "waiver" maka client tidak lagi perlu membuat bayaran bulanan. Dalam erti kata lain percuma! Tapi beliau masih lagi boleh gunakan medical card walaupun beliau tidak lagi membuat bayaran bulanan.
Doakan client saya diberi kemudahan dan kesembuhan sepenuhnya...
13/07/2022
[Kisah hidup]
Berbual dengan client, bertanyakan khabar tentang ayahnya yang baru kena serangan jantung....
alkisah si ayah merasa sakit dada bagai nak pecah katanya...2kali diserang sakit dada, lalu client saya bawa ayah dia ke hospital kerajaan...terus ke bahagian emergency...
pemeriksaan dibuat... procedure angiogram perlu dilakukan...
soalan pertama doktor kepada ayahnya ialah...
"PAKCIK ADA DUIT TAK NAK BUAT RAWATAN NI??"
client saya agak terkejut, soalan begini diajukan di hospital kerajaan...
walaupun mereka guna gl pekerja kerajaan, tetapi mereka tetap perlu bayar untuk sebahagian keperluan rawatan...
kad perubatan satu KEPERLUAN bukan cerita dongeng..
dah takyah fikir panjang...anda masih sihatkan?
cepat mohon