SK Temudok Kem YBB 2136

SK Temudok Kem YBB 2136 Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from SK Temudok Kem YBB 2136, School, Sri Aman.

Telah berlangsung Kejohanan Bola Baling Peringkat Bahagian Sri Aman di SK Ridan, Lubok Antu, yang menyaksikan seramai 7 ...
20/05/2026

Telah berlangsung Kejohanan Bola Baling Peringkat Bahagian Sri Aman di SK Ridan, Lubok Antu, yang menyaksikan seramai 7 orang murid SK Temudok Kem telah terpilih mewakili pasukan Zon Undop:
Elzakia Diah anak Kennedy
Edeline Callysta anak Edward
Nur Hafeezah Qaireena binti Shaifulrizan
Mohd Azeem bin Mohd Shukri
Mohd Mirza Daiyan bin Mohd Razibhazwan
Mohd Azril bin Khayril
Awang Nazran bin Awang Nazwan
Untuk makluman, ini merupakan penyertaan pertama Zon Undop bergabung membentuk satu pasukan lelaki dan satu pasukan perempuan bagi kejohanan ini. Dalam kategori perempuan, pasukan Zon Undop berjaya meraih tempat ke-4, satu pencapaian yang amat membanggakan walaupun baru pertama kali menyertai kejohanan di peringkat ini.
Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua pemain atas semangat juang dan komitmen yang ditunjukkan.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih juga diucapkan kepada Cikgu Faisal Harya bin Ramzi dan Cikgu Matjani bin Mahri selaku wakil jurulatih dari SK Temudok Kem yang tidak mengenal penat lelah dalam melatih murid-murid di SK Batu Lintang.
Semoga kejayaan ini menjadi pembakar semangat untuk Zon Undop terus melakar kecemerlangan dan naik podium pada tahun hadapan. Tahniah!

Tahniah dan syabas diucapkan kepada adik Zulwaqiuddin bin Zulrafiza kerana telah berjaya mengharumkan nama sekolah denga...
17/05/2026

Tahniah dan syabas diucapkan kepada adik Zulwaqiuddin bin Zulrafiza kerana telah berjaya mengharumkan nama sekolah dengan merangkul Johan dalam acara Hafazan sempena Mahrajan Al-Quran, Nasyid dan Khat Sekolah-sekolah Peringkat Bahagian Sri Aman yang telah berlangsung pada 13 Mei 2026.
Kejayaan ini merupakan hasil daripada usaha gigih, disiplin serta semangat yang tinggi dalam mendalami ilmu Al-Quran. Semoga pencapaian ini menjadi inspirasi kepada murid-murid lain untuk terus berusaha mencapai kecemerlangan dalam bidang akademik dan sahsiah.
Tahniah juga diucapkan kepada guru pembimbing iaitu Ustaz Ismail Bin Lidi serta Uztazah Faten Jalillah bt Jalil, atas bimbingan yang diberikan. Semoga adik Zulwaqiuddin terus cemerlang pada peringkat yang lebih tinggi.

Tahniah diucapkan kepada murid-murid SKTK yang telah menyertai Karnival STEM pada 13 dan 14 Mei 2026. Antara pertandinga...
15/05/2026

Tahniah diucapkan kepada murid-murid SKTK yang telah menyertai Karnival STEM pada 13 dan 14 Mei 2026. Antara pertandingan yang telah disertai ialah:
Bridge Building Competition di SK Kem Pakit
1.Adik Joycelyn Josie Anak Jerome
2.Adik Anastasia Abigail Anak Garry
3.Adik Aqmal Reza Bin Parijal
Water Rocket Challenge di SK St. Lawrence
1.Adik Edeline Callysta Anak Edward
2.Adik Nur Alisha Aqilah Binti Rajit
Penyertaan murid-murid ini telah dibimbing oleh Cikgu Faisal Harya Bin Ramzi dan Cikgu Dolly anak Uping.
Walaupun belum berjaya menaiki podium, pengalaman yang diperoleh sepanjang pertandingan amat bermakna dan memberi pendedahan yang sangat berguna kepada murid-murid dalam meningkatkan kemahiran STEM, kreativiti serta semangat kerjasama.
Syabas dan tahniah kepada semua peserta serta guru pembimbing atas usaha, komitmen dan semangat yang ditunjukkan. Teruskan berusaha dan jadikan pengalaman ini sebagai langkah untuk mencapai kejayaan yang lebih cemerlang pada masa akan datang.

Sempena Peluncuran Hari Antidadah Peringkat Sekolah  SK Temudok Kem 2026. Selamat menonton😊
12/05/2026

Sempena Peluncuran Hari Antidadah Peringkat Sekolah SK Temudok Kem 2026.
Selamat menonton😊

HAK CIPTA TERPELIHARA SK TEMUDOK KEM 2026

Tahniah dan syabas diucapkan kepada duo hebat SKTK, adik Emmanuel Rawing anak Chemerai dan adik Ruth Nathania anak Gilbe...
07/05/2026

Tahniah dan syabas diucapkan kepada duo hebat SKTK, adik Emmanuel Rawing anak Chemerai dan adik Ruth Nathania anak Gilbert yang berjaya mara ke peringkat final setelah melepasi pusingan saringan dalam pertandingan Genta Suara Sekolah² Malaysia, Bintang Irama Malaysia Solo dan Duo Peringkat Daerah Sri Aman yang telah berlangsung di SK Nanga Klassen.
Pasangan duo ini turut berjaya menempatkan diri dalam kelompok Top 10 daripada 21 penyertaan menerusi lagu bertajuk Hati ke Hati. Kejayaan ini merupakan satu pencapaian yang amat membanggakan buat warga SKTK.
Tahniah juga diucapkan kepada guru pembimbing, Cikgu Joy anak Mawing atas bimbingan dan usaha yang diberikan sepanjang pertandingan berlangsung. Semoga kejayaan ini menjadi pembakar semangat untuk terus melakar lebih banyak kejayaan pada masa akan datang! 🎤🏆

Tahniah diucapkan kepada ketiga peserta Kadet TKRS SKTK kerana telah berjaya mendapat Tempat Ketiga Bantu Mula Puteri Pe...
06/05/2026

Tahniah diucapkan kepada ketiga peserta Kadet TKRS SKTK kerana telah berjaya mendapat Tempat Ketiga Bantu Mula Puteri Peringkat Daerah Sri Aman pada bulan April 2026.

HAK CIPTA TERPELIHARA SK TEMUDOK KEM 2026

Pada 5 Mei 2026 telah berlangsung Kejohanan Sepak Takraw Peringkat Zon Undop yang diadakan di Gelanggang Futsal 13 RAMD ...
05/05/2026

Pada 5 Mei 2026 telah berlangsung Kejohanan Sepak Takraw Peringkat Zon Undop yang diadakan di Gelanggang Futsal 13 RAMD Kem Pakit. Pasukan SKTK telah berjaya meraih tempat ketiga hasil semangat juang dan kerjasama yang tinggi sepanjang kejohanan berlangsung.
Tahniah diucapkan kepada semua pemain yang telah memberikan aksi terbaik serta menunjukkan semangat kesukanan yang cemerlang. Penghargaan juga diberikan kepada jurulatih, Cikgu Faisal Harya Bin Ramzi dan Ustaz Ismail bin Lidi atas bimbingan dan usaha yang tidak pernah putus dalam melatih pasukan SKTK.
Semoga kejayaan ini menjadi pembakar semangat untuk terus melakar lebih banyak kejayaan pada masa akan datang. Syabas SKTK!

29 April 2026 telah berlangsung Kejohanan Bolasepak 12TKB Peringkat Zon Undop di SK Nanga Klassen. Walaupun pasukan SKTK...
01/05/2026

29 April 2026 telah berlangsung Kejohanan Bolasepak 12TKB Peringkat Zon Undop di SK Nanga Klassen. Walaupun pasukan SKTK terkandas dalam kejohanan kali ini, semangat juang dan komitmen tinggi yang ditunjukkan oleh anak-anak murid amat membanggakan. Mereka berjuang habis-habisan hingga ke wisel penamat tanpa mengenal erti putus asa.
Kalah bukan penamat, tetapi satu pengalaman untuk menjadi lebih matang dan kuat. Insya-Allah, tahun depan SKTK akan kembali dengan persediaan yang lebih mantap, semangat yang lebih padu, dan tekad untuk memberikan saingan yang lebih sengit. Teruskan berjuang, anak-anak SKTK! 💪⚽🔥

📖 Program Jom Baca Bersama       10 Minit Tahun 2026 ✅ 23.04.2026 | KHAMIS  🕚 1100-1110 pagi 🛖 SK Temudok Kem, SRI AMANT...
23/04/2026

📖 Program Jom Baca Bersama
10 Minit Tahun 2026
✅ 23.04.2026 | KHAMIS
🕚 1100-1110 pagi
🛖 SK Temudok Kem, SRI AMAN

Tema : Membaca Mengembirakan | Membaca Membina Bangsa

“Membaca jambatan ilmu.”
Mulakan dengan 10 minit, suburkan amalan sepanjang hayat.






Berlangsung Kejohanan Badminton Peringkat Bahagian Sri Aman selama dua hari 22-23 April 2026 di Dewan IPD Sri Aman denga...
23/04/2026

Berlangsung Kejohanan Badminton Peringkat Bahagian Sri Aman selama dua hari 22-23 April 2026 di Dewan IPD Sri Aman dengan penyertaan 6 orang wakil SK TEMUDOK KEM.
Gempak dan padu! 💥
Adik Mirza Daiyan dan Adik Azril tampil garang di gelanggang, membuktikan kehebatan mereka apabila berjaya merangkul tempat ketiga kategori beregu lelaki 12 TKB! 🏆🔥
Aksi bertenaga, semangat luar biasa, dan mental juara — inilah wajah pejuang SK TEMUDOK KEM!
Terima kasih juga diucapkan kepada Cikgu Faisal Harya Bin Ramzi serta Ustaz Ismail bin Lidi selaku Jurulatih!
Terus mara, terus gegar! 💪

13 APRIL 2026 | ZON UNDOP 🔥Dua gelanggang. Satu misi.SK TEMUDOK KEM turun berjuang tanpa kompromi!📍 SJKC Chung Hua Undop...
14/04/2026

13 APRIL 2026 | ZON UNDOP 🔥
Dua gelanggang. Satu misi.
SK TEMUDOK KEM turun berjuang tanpa kompromi!
📍 SJKC Chung Hua Undop – Bola Jaring 12TKB
📍 SK Batu Lintang – Bola Baling Lelaki & Perempuan 12TKB
💥 HASILNYA… BUKAN BIASA-BIASA!
🏆 JOHAN BOLA BALING LELAKI 12TKB
➡️ Dominasi penuh! Bukti kekuatan sebenar di gelanggang!
🥉 TEMPAT KETIGA BOLA JARING
🥉 TEMPAT KETIGA BOLA BALING
➡️ Lawan habis-habisan! Jiwa kental, semangat luar biasa!
🔥 Ini bukan sekadar permainan…
Ini perjuangan, disiplin dan maruah sekolah!
👏 Tahniah kepada semua murid hebat SK TEMUDOK KEM!
Kamu bukan sekadar peserta… kamu PEJUANG GELANGGANG!
💪 Ribuan terima kasih kepada barisan jurulatih padu:
Cikgu Serani anak Bau
Cikgu Maimun binti Ahmad
Cikgu Matjani bin Mahri
Ustaz Ismail bin Lidi
🎯 Dipacu oleh kepimpinan:
PK Kokurikulum – Cikgu Faisal Harya Bin Ramzi
🔥 Respect juga kepada seluruh warga SK TEMUDOK KEM yang berjaya menganjurkan Kejohanan Bola Baling Zon Undop dengan penuh komitmen!
SK TEMUDOK KEM – TAK TURUN SEKADAR CUKUP SYARAT,
TAPI TURUN UNTUK MENANG! 💥🔥

Address

Sri Aman
95000

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SK Temudok Kem YBB 2136 posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category